Memaparkan catatan dengan label Hukum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

Hukum pilihanraya -Dr.Yusuf Al-Qaradhawi

Jika kita memperhatikan sistem pilihanraya umum atau pemberian undi,maka kita akan melihat bahawa ternyata menurut Islam hal ini termasuk kesaksian kelayakan yang diberikan kepada calon.

Maka setiap pemilih mesti memenuhi syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh saksi,seperti mesti adil dan diredai perilakunya.
"Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kalian"
(Ath-Thalaq:2)
"dari saksi-saksi yang Kami redhai"
(Al-Baqarah:282)
Walaupun begitu,kata beliau syarat-syarat adil dan sifat-sifat lainnya boleh kita ringankan sesuai dengan keadaan semasa.Kesaksian ini beleh diberikan ummat dengan jumlah yang sebanyak-banyaknya
sesiapa yang memberikan kesaksian kepada calon yang tidak layak untuk dipilih,bererti dia telah melakukan dosa besar,kerana sama dengan memberikan kesaksian palsu.Bahkan Allah menyebutkan perbuatan ini setelah syirik kepada Allah.

"Oleh kerana itu jauhilah oleh kalian berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkatan-perkataan dusta"
(al-Haj:30)
Sesiapa yang memberikan kesaksian atau undi kepada calon kerana calon itu merupakan kerabatnya atau orang yang berasal dari satu daerah atau kerana untuk mendapatkan keuntungan peribadi ,bererti dia menyalahi firman Allah.
"Dan hendaklah kalian tegakkan keadilan itu kerana Allah"
(ath-Thalaq:2)

Sesiapa yang tidak menggunakan hak memilih(mengundi) sehingga calon yang mestinya layak dipilih menjadi kalah dan suara majoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak,bererti dia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia diperlukan untuk memberikan kesaksian.
"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan)apabila mereka di panggil" (Al-Baqarah:282)
"Dan janganlah kalian(para saksi)menyembunyikan persaksiannya,dan barangsiapa yang menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya"(Al-Baqarah:283)

Pertikan dari buku karangan profesor Dr.Yusuf Al-Qardawi "Fiqah Daulah"

Khamis, 16 Jun 2011

Solat Sunat Gerhana

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.


Definisi Kusuf dan Khusuf

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah S.A.W pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah S.A.W telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Waktu Solat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana.

Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.


Cara Solat Sunat Gerhana

Gerhana Penuh Matahari

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

* Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Ahad, 12 Jun 2011

KONSEP KEADILAN DALAM ISLAM.

Pendahuluan:

-Keadilan sebagai satu konsep terpenting dalam Islam.

-Maksud keadilan mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:
Adil:

1) jujur,lurus, tak memihak mana-mana pihak.

2) sepatutnya, selayaknya, sewajarnya

3) saksama, tak berat sebelah

4) benar

Keadilan:

1) pengertian, taakul, kebolehan befikir dengan bijak, pertimbangan dengan teliti, kesaksamaan.

2) kebenaran-Autoriti dari:

Al Quran: An-Nahl:90

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan membuat kebaikan”

As sunnah:

Rasulullah bersabda sebagaimana katanya: “Sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, akan aku potong tangannya.”

Aspek-aspek Keadilan dalam Islam

Pemerintahan

Islam sangat-sangat menyuruh pemimpin berlaku adil terhadap rakyat yang dipimpin mereka tanpa mengira agama, bangsa dan jantina. Orang bukan Islam yang bermastautin di Negara Islam wajib dipelihara darah dan hartanya sebagaimana orang Islam. Harta kekayaan Negara juga wajib dibahagikan kepada semua rakyat tidak kira muslim atau tidak.


Perundangan

Hukuman Hudud

Konsep keadilan dalam jenayah hudud bukan saja memihak kepada mangsa jenayah tapi juga kepada penjenayah.

Contoh:

1) Jenayah mencuri.
Kepada mangsa: haknya terbela dan bagi bakal-bakal mangsa, hukuman potong tangan penjenayah boleh menenangkan hati bakal-bakal mangsa kerana penjenayah tidak akan melakukan jenayah tersebut lagi.

Kepada penjenayah: hukuman hanya boleh dijatuhkan sekiranya jenayah yang dilakukan memenuhi syarat-syarat untuk disabitkan dengan jenayah tersebut. Misalnya barang yang dicuri mencapai had nilai tertentu dan barang yang dicuru diambil dari tempat simpanan.

2)-Jenayah berzina.

Kepada penjenayah:

-terdapat syarat-syarat yang agak ketat sebelum seorang penzina boleh disabitkan kesalahan zina antara syarat-syarat tersebut adalah mestilah ada 4 orang saksi yang melihat dengan jelas perbuatan tersebut dilakukan tanpa ada ragu sedikit pun.

-Allah membezakan hukuman antara penzina yang sudah berkahwin dengan penzina yang masih bujang.

3)-Jenayah menuduh wanita suci berzina
Kepada mangsa: Islam menjaga maruah mangsa dan bakal mangsa dengan cara menghukum orang yang menyebar fitnah tanpa bukti.

4) Jenayah murtad.
Kepada penjenayah: Orang yang murtad diberi peluang secukupnya untuk kembali kepada Islam dengan cara mewajibkan proses pentarbiahan kembali orang yang murtad tersebut.

5) Jenayah memberontak.
Kepada penjenayah: Orang yang memerangi Negara juga diberi kesempatan untuk menjelaskan sebab utama mereka bertindak demikian.

6) jenayah merompak dijalanan.
hukuman untuk jenyah ini berbeza mengikut jenayah yang dilakukan dalam proses merompak.

7) Jenayah minum arak
Kepada Penjenayah: Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa walaupun mulut peminum berbau arak tetapi tiada saksi yang melihat dia minum arak, dia tidak boleh dijatuhkan hukuman.

Hukuman Qisas

-bunuh

-mencederakan

Keluarga mangsa akan mendapat pampasan (diyah) sekiranya jenayah tersebut dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa niat atau apabila keluarga mangsa memaafkan penjenayah tersebut.


Hukuman Ta’zir

Walaupun ada hukuman dibawah hudud dan qisas namun masih terdapat banyak jenayah yang memerlukan kuasa hakim untuk memutuskan hukuman.

Prosidur pensabitan kesalahan.

Dalam Islam, hanya penjenayah yang benar-benar dibuktikan bersalah sahaja yang akan dihukum. Penjenayah juga dibenar membela diri.

Undang-undang Faraid dan Wasiat

Dalam pembahagian harta pusaka, waris lelaki akan mendapat nisbah yang lebih besar iaitu 2/3 berbanding waris perempuan yang hanya mendapat 1/3.Sebab utama adalah kerana lelaki memikul tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita.Dalam undang-undang wasiat, Islam menetapkan had nilai harta yang boleh diwasiatkan iaitu hanya 1/3 daripada harta keseluruhan. Ini bagi menjaga hak waris yang masih hidup.

Undang-undang Keluarga Islam

Dalam undang-undang keluarga Islam, suami diberi hak untuk melafazkan talak, namun begitu isteri juga diberi hak untuk memohon cerai dengan cara tebus talak, ta’liq atau fasakh.

Sosial

Islam menetapkan had aurat bagi wanita dan lelak bagi memelihara maruah dan bagi menjaga keharmonian sejagat. Islam juga menggariskan had pergaulan lelaki dan perempuan bagi tujuan yang sama.

Sumber

Hukum Onani (Masturbate)

Masturbate atau dalam Bhs. M'sia = Melancap atau Onani (Bhs. Arab = Istimna) ialah suatu perbuatan mengeluarkan sperma dengan tangan sendiri dengan tujuan mencapai kepuasan seks secara bersendirian, tanpa pasangan.

Persolan ini dirasakan amat patut dibincangkan hukumnya memandangkan ia adalah satu perkara yang sering timbul dibenak fikiran apabila seseorang itu bermusafir jauh dari pasangan hidupnya sehingga menyebabkan dia mencari sesuatu alternatif lain bagi mencari kepuasan seks dirinya. Dalam perbincangan ini perkataan onani digunakan mewakili masturbasi sebagai bahasa yang tepat mengikut Kamus Dewan.

Onani adalah suatu perbuatan yang dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha.

Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur'an:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7][1]

Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang menjaga kehormatan diri hanya akan memperlakukan hubungan seksual bersama isteri-isterinya atau hamba-hambanya yang sudah dinikahi. Hubungan seksual seperti ini adalah suatu perbuatan yang baik, tidak tercela di sisi agama.

Akan tetapi jikalau seseorang itu cuba mencari kepuasan seksual dengan cara-cara selain bersama pasangannya yang sah, seperti zina, pelacuran, onani atau persetubuhan dengan haiwan, maka itu dipandang sebagai sesuatu yang melampaui batas, salah lagi berdosa besar di sisi Islam. Demikian ringkas penerangan Imam as-Shafie dan Imam Malik apabila mereka ditanya mengenai hukum onani.

Kenyataan di atas disokongi oleh riwayat berikut:

Di Hari Akhirat Tuhan tidak akan melihat golongan-golongan ini lantas terus berfirman: Masuklah kalian ke dalam api neraka bersama-sama mereka yang (berhak) memasukinya. Golongan-golongan tersebut ialah [1] Orang-orang homoseksual, [2] orang yang bersetubuh dengan haiwan, [3] orang yang mengahwini isteri dan juga anak perempuannya pada waktu yang sama dan [4] orang yang kerap melakukan onani, kecuali jikalau mereka semua bertaubat dan memperbetulkan diri sendiri (maka tidak lagi akan dihukum).[2]

Lebih dari itu onani juga hanya berupaya memberikan kepuasan sementara kepada pembuatnya dan ia tidak lain hanya akan menambahkan lagi dorongan untuk melakukan hubungan seksual yang lebih sempurna.

Ini adalah kerana manusia telah dicipta oleh Allah Azza waJalla untuk memuaskan kehendak seksual masing-masing dengan pasangan masing-masing dan apabila manusia cuba mencari alternatif lain ia hanya akan menaikkan semangat, tidak pula memuaskannya. Justeru itu onani tidak akan berjaya memuaskan nafsu seksual tetapi hanya akan melahirkan nafsu yang lebih kuat dan mengarah kepada perbuatan yang lebih buruk mudaratnya seperti zina, pelacuran dan sebagainya.

Shah Waliallah Dahlawi menerangkan: Ketika air mani memancut dengan banyak, ia juga mempengaruhi fikiran manusia. Oleh itu orang muda akan mula menaruh perhatian terhadap wanita cantik dan hati mereka mula terpaut kepadanya.

Faktor ini juga mempengaruhi alat jantinanya yang sering meminta disetubuhi menyebabkan desakan lebih menekan jiwa dan keinginan untuk melegakan syahwatnya menjadi kenyataan dengan berbagai-bagai aktiviti. Dalam hal ini seorang bujang akan terdorong untuk melakukan zina. Dengan perbuatan tersebut moralnya mulai rosak dan akhirnya dia akan tercebur kepada perbuatan-perbuatan yang lebih merosak. [3]

Keterangan di atas dapat diumpamakan kepada seseorang yang selalu mengkhayal dirinya memandu kereta Ferari. Lalu di satu hari dia memperoleh peluang untuk memandunya tetapi dihadkan kepada kelajuan maksimum 80 kmsj. Sudah tentu ini hanya memberikan kepuasan sementara lalu menjadi pemankin pula untuk berkehendak memandu kereta tersebut selaju 200 kmsj atau lebih.

Melakukan onani secara kerap juga banyak membawa mudarat kepada kesihatan dan seseorang yang melazimkan diri dengan onani akan menghadapi kesan-kesan kelemahan badan, anggota yang terketar-ketar atau terkaku, penglihatan yang kabur, perasaan berdebar-debar dan kesugulan fikiran yang tidak menentu.[4]

Kajian perubatan juga membuktikan bahawa kekerapan melakukan onani akan memberi kesan negatif kepada kebolehan seseorang itu menghasilkan sprema sihat dan cukup bilangan dalam jangka masa panjang. Ini akan menghalang kebolehan seseorang itu menghasilkan zuriat-zuriat bersama pasangan hidupnya malah lebih dari itu, menghadapi ketergendalaan seksual dalam umur yang masih muda (mati pucuk).[5]

Melazimkan diri dengan onani juga menjauhkan hakikat seseorang itu daripada tujuan ciptaannya, iaitu sebagai sebaik-baik ciptaan Allah Subhanahu waTa'ala, sebaik-baik makhluk bumi dan sebagai sebaik-baik umat, iaitu umat Islam. Ia menjauhi nilai-nilai moral serta akhlak tinggi yang menjadi unsur utama kemulian umat Islam berbanding dengan yang lain-lain.

Walaubagaimanapun sesetengah ahli fiqh berpendapat bahawa onani dibolehkan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kegentingan syahwat dan dia berkeyakinan bahawa onani dapat meredakan syahwatnya dan dapat pula menghalang dirinya daripada terjerumus ke dalam sesuatu yang lebih besar mudaratnya seperti zina atau pelacuran. Kebolehan ini bukanlah bertujuan menghalalkan perbuatan onani tetapi ia adalah didasarkan kepada kaedah usul fiqh yang menyatakan:

Dibolehkan melakukan bahaya yang lebih ringan supaya dapat dihindari bahaya yang lebih berat. Di sini perlu diwarnakan bahawa onani yang dibolehkan dari prinsip di atas hanyalah dalam suasana yang amat menekan, berbeza pula dengan onani yang dilakukan setiap hari atau setiap masa yang terlahir dari perbuatan melihat video-video, majalah-majalah atau angan-angan lucah. Yang pertama dibolehkan atas dasar pertimbangan maslahat agama manakala yang kedua diharamkan atas dasar pertentangan dengan perintah dan nilai-nilai agama.[6]

Tetapi sebelum seseorang itu dengan mudah menceburkan dirinya dalam kebolehan melakukan onani dalam saat-saat keperluan, dia seharusnya mencari alternatif-alternatif lain bagi mengelak dirinya daripada langsung menghampiri perbuatan tersebut.

Melazimkan diri dengan berpuasa, atau dengan banyak berzikir mengingati Allah Ta'ala atau dengan mensibukkan diri dengan perkara-perkara kebajikan adalah antara menu sajian yang dicadangkan. Tidak ketinggalan juga ialah doa kepada Allah Subhanahu waTa'ala agar dia terpelihara dari perlakuan atau lintasan hati yang mengarah kepada sedemikian perbuatan, mengingatkan kepada kisah Nabi Yusuf alaihi-salam dalam al-Qur'anul Karim di mana beliau walaupun selaku seorang Nabi Allah, tetap memanjatkan doa kepada Allah Azza waJalla agar terpelihara dari godaan-godaan serta fitnah wanita yang dihadapi di istana tempat kerjanya ketika itu. (Lihat surah Yusuf 12, terutamanya pada ayat 32 dan 33). Sesiapa yang berusaha untuk menjauhkan onani atas dasar taqwa dan iman kepada Allah Subhanahu waTa'ala, nescaya Allah akan mencukupinya.

Insya-Allah hidayahNya akan membimbing seseorang itu menjauhi perbuatan onani dan pada waktu yang sama akan digantiNya dengan anugerah kelazatan jiwa dan kepuasan batin yang tidak mungkin tercakup penggambarannya melalui tulisan ini.

Kesimpulan

1.Onani pada dasarnya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam lagi bertentangan dengan nilai-nilai kesyumulan ajarannya.

2.Sesetengah ahli fiqh membolehkan onani jikalau seseorang itu berkeyakinan bahawa ia akan dapat menghalang dirinya daripada terjerumus dalam kesalahan agama yang lebih besar. Kebolehan ini bukanlah sebagai menghalalkan onani.

Rujukan:

[1]Pendapat Imam as-Shafie dinyatakan dalam Reliance of The Traveller, w37 oleh Nuh Ha Min Keller manakala pendapat Imam Malik dinyatakan dalam Halal and Haram in Islam, pg 170 oleh Prof. Dr. Yusuf Qardhawi. Walaubagaimanapun bandingkan juga dengan pendapat Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya al-Muhalla dan Imam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Majmu al-Fatawa.

[2]Maksud riwayat yang disandarkan kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, dikemukakan oleh Imam adz-Dzahabi dalam al-Ka'bar, ms 59 tanpahttp://www.blogger.com/img/blank.gif mengemukakan status kekuatannya atau sumber periwayatannya.

[3]Shah Waliallah Dahlawi - Hujjat Allah al-Baligha, 2/122.

[4]Prof. Dr. Afzalur Rahman - Ensiklopedia Sirah, 5/25-26 dengan merujukan kepada beberapa kajian ahli-ahli perubatan.

[5]Prof. Dr. Hamka - Membahas Soal-Soal Agama dan Ensiklopidi Hukum Islam, 4/1149.

[6]Shaikh Ali al-Tantawi - al-Fatawa, ms 176I ; Prof. Dr. Yusuf Qardhawi - Halal and Haram in Islam, pg 171 ; Ensiklopidi Hukum Islam, 4/1148-1149.

Sumber

Sabtu, 11 Jun 2011

HUDUD: Kefahaman Anda Tentangnya.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian ‘alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh mukiminin dan mukminat yang menurutinya jejak langkahnya dengan kebenaran.

Penulisan ini akan menjawab persoalan berikut:

1. Mengapa persaksian wanita dalam kes zina tidak diterima, adakah hak mereka dinafikan dalam hukuman Islam?

2. Adakah wanita yang mengandung tanpa suami akan dikenakan hukuman hudud walaupun ia dirogol?

3. Apa itu ta’zir? Adakah hukumannya setimpal dengan kesalahan pelakunya?

4. Adakah wanita yang dirogol teraniaya, akibat dikenakan hukuman Qazf apabila ingin menuduh perogolnya?

5. Bagaimana wanita yang dirogol ingin mendakwa tertuduh tanpa dikenakan qazf?

6. Sekiranya kesalahan melibatkan hudud berlaku di asrama jururawat, bilik air wanita dan seumpamanya, adakah pesalah zina dan lainnya akan terlepas serta tidak dikenakan hudud ke atas pesalah zina kerana semua saksi adalah wanita?

7. Bagaimana jika tiada bukti langsung?

PERSAKSIAN WANITA DALAM KES ZINA DAN HUDUD LAIN SERTA QISAS.

Perlu diketahui bahawa Jenayah zina telah sepakat di kalangan ulama boleh thabit dari dua perkara :

a) Pengakuan daripada penzina atau Iqrar.

b) Bukti yang jelas iaitu oleh 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka, punyai pengelihatan, boleh bertutur, tidak ditohmah sebagai pembohong dan adil. (al-Feqh al-Islami wa adillatuhu, 8/6035-6040, cet kedua, Dar al-Fikr)

Bagaimanapun ulama berselisih pendapat dalam persoalan saksi perempuan dalam kes zina ini. Terdapat 2 pendapat dalam hal ini :

a) Jumhur ( Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyah, Hanabilah): Tidak harus wanita menjadi saksi dalam hal ini serta tidak diterima penyaksian mereka. (Rujuk Al-Hidayah 3/116, Al-Ikhtiyar 2/140; Tabsirah al-Ahkam Ibn Farhun, 1/264; Bidayah al-Mujtahid, 2/464; Rawdah at-Tolibin 9/29; Mughni al-Muhtaj, 4/441; ashbah wa an-Nazair As-Suyuti, ms 260; Al-Mughni Ibn Qudamah, 12/5; Kassyaf al-Qina’, 6/433; At-Turuq al-Hukmiah Ibn Qayyim, 219)

b) Ato’ Bin Abi Rabah, Hammad Bin Sulaiman (guru Imam Abu Hanifah, w : 120 H) serta mazhab Zohiriyah : Harus wanita menjadi saksi, iaitu seperti 3 lelaki dan 2 wanita , atau 2 lelaki dan 4 wanita, atau seorang lelaki dan 6 wanita. Malah Ato’ Bin Abi Rabah (w: 114 H) mengatakan “sekiranya 8 wanita adil memberikan persaksian terhadap wanita lain dengan zina, nescaya aku akan menjatuhkan hukuman” (Lihat Turuq al-Hukmiyah, Ibn Qayyim, ms 207)

Iaitu dengan kaedah satu lelaki bersamaan 2 wanita, berdasarkan persaksian dalam hukum hakam harta. Bagaimanapun pendapat ini adalah syaz dan lemah. Penulisan ini tidak akan mengemukakan dalil mereka serta jawapan terhadap dalil mereka.

DALIL PARA JUMHUR ULAMA’:

1. Firman Allah:
Mafhum: “Maka mestilah bersaksi ke atasnya ( kes zina) dengan empat saksi daripada kamu” (An-Nisa’: 15)

Wajh ad-Dalalah (pendalilannya): perkataan ‘Minkum’ dalam ayat adalah ditujukan kepada lelaki, tidak termasuk perempuan di dalamnya. (Lihat al-Jami’ li ahkam al-Quran, Imam Qurtubi, 5/83)

2. Firman Allah:
Mafhum: “Bagi mereka yang menuduh wanita-wanita baik (dengan zina) kemudian tidak membawakan empat orang saksi” (An-Nuur 4)

Wajh ad-Dalalah: Menurut kaedah bahasa Arab. Angka 3 sehingga 9 apabila di ‘muannas’kan maka ma’dud (perkataan selepasnya) adalah ‘muzakkar’. Maka Allah menggunakan kalimah ‘arba’ah’ yang bermaksud empat dengan mua’annas lalu semestinya ia ditujukan kepada saksi lelaki.

3. Firman Allah SWT:
Mafhum: Hendaklah kamu bersakasi dengan mereka yang adil daripada kalangan kamu (At-Talaq: 2)

Wajh ad-Dalalah : Sekali lagi perkataan ‘minkum’ ditujukan kepada lelaki dan bukan perempuan. Umum sebutan ini telah diterangkan oleh perbuatan Nabi SAW yang mana Nabi tidak menerima saksi wanita dalam hal Hudud dan Qisas..

Menurut Imam Shihabuddin Az-Zuhri (Ulama’ besar Tabi’ al-Tabi’en wafat thn 124 H): Telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab, sesungguhnya mereka tidak menerima penyaksian wanita dalam kes Hudud dan Qisas. (Rujuk Nasb ar-Rayah, Imam Az-Zaila’ie, 4/79; Musannaf Ibn Abi Syaibah 4/128 Kitab an-Nikah )

4. Sabda Nabi SAW:
Mafhum: “Empat saksi lelaki atau hukuman sebat ke atas belakangmu” (Riwayat al-Bukhari dari Ibn Abbas lihat Nasb ar-Rayah 3/306, dan Abu Ya’l al-Mausili daripada anas bin Malik)

MENGAPA PERSAKSIAN WANITA TIDAK DITERIMA?

Berikut adalah fitrah semulajadi yang ada dalam diri wanita (ia juga ada dalam diri lelaki tapi tidak sebanyak wanita) yang menyebabkan persaksian mereka dalam hal Hudud dan Qisas menjadi ragu, lalu tidak diterima: Ringkasnya akibat aqal yang kurang, sifat lalai dan lupa serta tidak mampu menguasai perkara dengan tepat. (Al-Feqh al-Islami, Daripada Wahbah Az-Zuhayli, 8/6044): Dalilnya seperti berikut:

a) Kekurangan aqal wanita ini disebut oleh Allah SWT yang menciptakannya iaitu:
Firman Allah: ()
Mafhum: “Dalam kes hutang… Hendaklah kamu bersaksi dengan seorang saksi atau dua orang saksi lelaki (dalam menulis hutang) maka sekiranya tidak ada dua lelaki, maka cukuplah ada seorang lelaki dan 2 orang perempuan..” (Al-Baqarah: 282)

Ayat ini jelas menunjukkan wanita sememangnya dijadikan kurang aqalnya berbanding lelaki, iaitu diperlukan 2 orang wanita bagi menyamai kemampuan aqal seorang lelaki (Lihat At-Tafsir al-Kabir, Imam Fakhr Addin ar-Razi, 4/16).

Hal ini juga disebutkan oleh Nabi SAW: Mafhumnya: Dari Abdullah Bin ‘Umar ra “….Sesungguhnya kurangnya aqal wanita kerana penyaksiannya 2 orang wanita menyamai seorang lelaki, maka inilah tanda kurang aqalnya, manakala ia duduk tidak solat dan serta tidak berpuasa pada bulan Ramadhan (ketika Haid), maka inilah tanda kurang agamanya. ”(Riwayat Bukhari 2/941, Kitab As-Shahadat no hadith 2515; Muslim 2/58, Kitab Iman; Abu Daud 5/59; Ibn Majah 2/1326; Ahmad 7/186)

b) Sifat lalai serta lupa yang wujud dalam diri wanita ciptaan Allah.
Disebut dalam firmanNya:
Mafhumnya: “…maka apabila seorang daripadanya (saksi wanita) itu lupa maka yang seorang lagi akan mengingatkannya” (Al-Baqarah: 282 )

Selain menyebutkan tentang sifat lupa wanita terutama dalam hal penyaksian, ayat di atas juga memberikan hukum bahawa penyaksian wanita diterima dalam hal kewangan dan harta. Cuma dalam hal Hudud dan Qisas, penyaksian mereka ditolak kerana hal ini memerlukan ketepatan dan mengelakkan campur tangan perasaan wanita yang amat cepat bergolak maka, Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar serta dituruti Jumhur ( Majoriti) ulama’ Islam TIDAK MENERIMA PENYAKSIAN WANITA DALAM KES HUDUD DAN QISAS, TETAPI MENERIMA DALAM KES HARTA, MELIHAT ANAK BULAN, PENYUSUAN DAN BEBERAPA YANG LAIN.

c) Tidak diterima penyaksian wanita dalam kes hudud dan qisash kerana ia melibatkan tubuh, badan, nyawa dan kematian, maka para ulama’ sepakat menyatakan ia tidak sesuai dengan fitrah wanita untuk menelitinya juga tidak sesuai untuk diminta campur tangan dalam perkara sebesar ini. (Lihat al-Ma’unah, Al-Qadhi abd Wahab, 3/1385). Yang mana kesannya amat besar.

Ia adalah seperti hak menjatuhkan talaq yang hanya terletak pada lelaki, menurut aqal yang sohih, sekiranya diletakkan kuasa kepada wanita nescaya akan tersangat mudah wanita menjatuhkan talaq, ini adalah kerana sifat semulajadi ciptaan wanita yang amat cepat sensitif dan terkesan dengan persekitaran. Maka akibat sifat-sifat yang diketahui melalui Nas Al-Quran dan hadith2 Nabi, wanita tidak boleh dijadikan saksi dalam kes berat seperti hudud qisas. Jika melibatkan wanita maka persaksian tersebut menjadi syubhat (ragu) kerana bimbang persaksian dibuat bukan kerana kebenaran tetapi perasaan dan sebagainya. Lalu Hudud tertolak dengan adanya syubhat.

Penyaksian selain hudud diterima kerana hal yang disebutkan di atas masih boleh menerima ‘zann yang kuat’ (sangkaan yang kuat). Penyaksian wanita sememangnya boleh sampai ke tahap itu, tetapi tahap ini dikira ‘syubhat’ dalam hudud dan qisas, dan hudud tertolak dengan adanya ‘syubhat’.

Adakah ini mengenepikan Haq wanita?

Sudah tentu tidak, benar pernyataan “Persaksian bukan hak tetapi tanggungjawab” kerana itulah wajib bagi mereka yang mempunyai bukti untuk ke hadapan hakim menerangkan dalil dan haram hukumnya tidak memperbuat demikian dan haram juga sesiapa yang menghalang saksi daripada memberikan penyaksiannya. Ini disebut dalam Al-Quran Surah at-Talaq ayat 2 dan al-Baqarah ayat 282. serta 283. Justeru ia wajib menurut Syafiyyah, Zohiriyah dan Ibn Farhun Al-Maliki. Manakala Mazhab lain menyatakan Fardhu Kifayah. (Rujuk al-Muhazzab 3/435 ; Fath al-Wahab 2/392; al-Muhalla Ibn Hazm 8/526)

Jelas, ia tidak mengenepikan hak wanita, bahkan ia menjaga hak wanita, iaitu dengan mengtaklifkan wanita hanya yang dengan perkara yang dimampui oleh mereka, bertepatan dengan kelayakan dan kesesuaian fitrah wanita.

Persoalan: Contoh, kalau berlaku di asrama jururawat, adakah pesalah zina akan terlepas serta tidak dikenakan hudud pesalah zina semua saksi adalah wanita?

Sekiranya jenayah bunuh, pukulan hingga cedera (iaitu semua kes yang melibatkan hudud dan qisas) juga zina, berlaku di bilik air wanita atau perkara yang melibatkan urusan dalaman wanita seperti kelahiran, tanda dara, aib pada kemaluan wanita, kecederaan di tempat ‘aurat dan yang seumpama dengannya, yang mana kesemua tempat tersebut tidak mungkin boleh dilihat lelaki atau terdapat lelaki, penyaksian wanita dalam hal ini terdapat perselisihan di kalangan ulama’ :

a) Penyaksian mereka tetap tidak diterima, cukup sekadar ta’zir. Demikian pandangan Ulama Hanafiah. (Al-Mabsut, As-Sarakhasi 16/ 136; Hashiyah Ibn ‘Abidin 8/195)

b) Diterima penyaksian wanita ketika itu akibat dharurat. Iaitu di tempat atau keadaan yang tidak mungkin dilihat atau terdapatnya lelaki. Dan disyaratkan terdapat 4 orang paling kurang sebagai saksinya menurut Mazhab Syafie, seorang menurut mazhab Hanafi, ada juga yang mengatakan 2 orang. Demikianlah pandangan Mazhab Malikiyah, Syafi’yyah dan Hanabilah yang lebih shohih. (Kassyaf al-Qina’, 6/436; Ar-Rawd al-Murabba’ 7/614).

Dalil ulama di peringkat ini adalah daripada Imam Az-Zuhri berkata: "Telah berlalu sunnah bahawa harus penyaksian wanita dalam perkara yang tidak boleh dilihat kecuali oleh wanita, seperti kelahiran dan keaibannya dalam mereka” (Lihat Musannaf Abd Razak, Musannaf Ibn Abi Syaibah, lihat Nasb ar-Rayah 4/80 – di naqal daripadapada Al-Feqh al-Islami wa adilatuhu, 8/6045) Pandangan ini ditarjihkan (dianggap sesuai dan lebih waqi’e) oleh Prof. Fathi Uthman Al-Qafa dari Universiti Al-Azhar.

Bagaimanapun ulama’ tidak pula menyebut persoalan asrama wanita, qias antara menjaga kepentingan wanita di atas mungkin, boleh diguna-pakai dalam hal asrama wanita. Ulama’ sepakat menerima penyaksian wanita dalam kes mengesahkan dara seseorang wanita lain dalam kes zina, rogol. Iaitu kiranya saksi wanita tadi mengatakan, tertuduh masih mempunyai dara, maka jelaslah ia tidak melakukan zina (Rujuk al-Mughni, Ibn Quddamah, bab syubaht fil ishbat). Kerana zina tidak mungkin berlaku dengan mengekalkan dara. Justeru, perlu diingat, ini bermakna penyaksian wanita telah terlibat dalam hal hudud, iaitu dengan pengakuan saksi wanita, had boleh tertolak kerana syubhat atau boleh sabit. Wallahu a’lam. (Lihat al-‘Uqubah, Imam Muhd Abu Zuhrah, hlm 223)

Begitupun, paling kurang, pesalah tidak akan terlepas, hukuman ta’zir akan dilaksanakan kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan dengan bukti-bukti yang dikemukakan, malah hukuman ta’zir boleh mencecah tahap yang lebih berat daripada hudud malah sehingga ke tahap BUNUH, demikian menurut pandangan Mazhab Hanafi iaitu apabila diyakini mafsadah (keburukan) akan merebak sekiranya tidak dilaksanakan hukuman Ta’zir dengan bunuh.

Lalu tidak ada ruang bagi mengatakan wanita diketepikan dalam Islam, bahkan penyaksian beramai-ramai tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah, lalu perbicaraan dan bukti-bukti dibawakan. Ianya boleh thabit dan si pesalah dijatuhkan hukuman menurut peruntukan hudud (bagi yang menerima pandangan kumpulan kedua) atau paling kurang melalui peruntukan ta’zir. Bukannya si pesalah akan terlepas begitu sahaja kerana disaksikan oleh wanita.!.

PENJELASAN BERKENAAN HUKUMAN TA’ZIR

Takrif Ta’zir

Menurut Ulama’ Hanafiah: Ta’dib (Hukuman Pengajaran) selain Hudud. (Fath al-Qadir, Ibn Humam 5/112; At-Ta’rifat, Al-Jurjani ms 55, Ad-Durru al-Muhtar, Ibn ‘Abidin 3/117)

Menurut Malikiah: “Hukuman yang tiada had tertentu daripada Allah, ianya dijatuhkan kerana ma’siat yang dibuat kepada Allah ataupun mencabul hak manusia” (Al-Syarh al-Kabir, Ad-Dardir 4/354)

Menurut Syafi’iyyah: Hukuman Pengajaran ke atas dosa seseorang, dan bukan kaffarah (Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 4/191)

Menurut Hanabilah: Hukuman yang disyariatkan ke atas jenayah yang tiada peruntukan hudud padanya (al-Mughni, Ibn Quddamah, 8/324)

Hukuman ta’zir adalah masyru’ (disyari’atkan) di dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran iaiatu (ayat 24 surah An-Nisa’, serta hadtih dari Abu Bardah (riwayat Bukhari dan Muslim), dari Ibn Abbas (riwayat al-Baihaqi dan at-Tirmizi), dari Muadz Bin Jabal (riwayat Ahmad , al-Hakim dan Nuruddin al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid) dan dari Amru Bin Syuaib (riwayat Al-Hakim, Ad Darul Qutni dan As-Sayuti).

Kadar Hukuman Ta’zir

Terdapat 4 jenis hukuman yang utama, bagaimanapun kadarnya diperselisih di kalangan ulama.

1. Sebatan atau pukulan

Bilangan sebatan diperselisihkan di kalangan ulama’ seperti berikut:

a) Tidak boleh lebih dari 10 pukulan sahaja. Ini adalah pandangan Imam Ishak Rahawaih, Al-Laith bin Sa’ad, sesetengah ulama’ Syafie seperti al-Balqini dan al-Adzra’ie, majoriti ulama’ Hanbali dan Zohiri.

b) Harus lebih daripada 10 sebatan dalam ta’zir, tetapi kurang dari kadar hudud. Demikian pandangan Jumhur Hanafiah, pendapat yang lebih tepat bagi mazhab Syafi’e dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Semua mazhab mempunyai dalil tersendiri yang panjang untuk didedahkan di sini. Pendapat yang ditarjihkan (dianggap terkuat) oleh Tuan Guru kami, Prof. Dr Abd Fatah Idris (Prof. Feqh Perbandingan di Universiti Al-Azhar dan kini di Universiti al-Yarmouk) adalah pandangan mazhab pertama iaitu sebatan tidak melebihi 10 sebatan.

Kekuatan pukulan adalah dengan pukulan yang kuat, demikian menurut mazhab Hanafiah malah lebih kuat daripada pukulan hudud zina. (al-Hidayah wa syuruhiha, 5/117 )

Manakala pandangan Jumhur dari Mazhab Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah menyatakan sebaliknya. (Pukulan yang tidak mencederakan). Bagaimanapun pendapat Hanfiah disokong oleh tindakan oleh Saidina Umar yang memukul dengan kuat semasa menjatuhkan hukuman ta’zir. (al-Hidayah wa syuruhiha, 5/117 Ad-Durr al-Mukhtar 3/178). Justeru, pandangan Hanfaiah lebih tepat sekiranya pukulan biasa tidak mampu memberi pengajaran kepada si penzina dan penjenayah. Kerana matlamat pukulan ini adalah pengajaran.

2. Kurungan atau penjara

Mazhab Jumhur (Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) menyatakan harus memenjarakan atas nama ta’zir, serta tidak ditetapkan kadar masanya. Ia bergantung kepada tercapainya matlamat pengajaran terhadap si pesalah. (Rujukan yang sama). Hal ini berdalilkan kepada Hadith dari Bahaz bin Hakim (riwayat Al-Hakim, Abu Daud(3/314) , An-Nasaie(2/255), At-Tirmidzi (4/28) ) dan dari Abu Hurairah (riwayat al-Hakim 4/102) dan dari Yahya Bin Said al-Ansari.

3. Rampasan harta

Hal ini juga diperselisihkan di kalangan ulama’. Pandangan yang lebih kuat menurut Prof. Dr Abd Fatah Idris setelah meneliti setiap dalil adalah, harus mengambil harta pesalah atau menghapuskan pemilikan harta pesalah sbagi ta’zir. (Lihat Ahkam at-Ta’zir, hlm 85)

4. Hukuman Bunuh

Mazhab Jumhur (Maliki, Syafi’e dan Hanbali serta Zohiri): TIDAK HARUS menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pesalah. Melalui peruntukan hukuman ta’zir.

Mazhab Hanafi: Iaitu hukuman bunuh boleh dijatuhkan bagi kesalahan yang berat seperti Zina berulang-ulang kali, iaitu dijatuhkan secara politik. Atau mencuri berulang-ulang sehingga membawa kemudaratan yang besar. Dan yang seumpama dengannya. (Fath al—Qadir, 5/113; Radd al-Mukhtar 3/180)

Tuan Guru kami, Prof. Dr. Muhammad ‘Uqlah al-Ibrahim (Prof. Feqh Muqaran dari Univ. Jordan dan Univ. al-Yarmouk, lulusan Phd Univ. al-Azhar thn 1978) mentarjihkan pandangan yang mengharuskan ta’zir ke tahap bunuh bila ada maslahat. Hukuman ini sebenarnya biasa menurut perundangan sivil yang ada sekarang ini, seperti menjatuhkan hukuman mati mandatori bagi pengedar dadah, atau pembocor rahsia negara kepada musuh. Tetapi perlu diingat menurut Islam mendedah dan menegur kesalahan pemimpin negara yang dianggap rahsia bukanlah bermaksud membocor rahsia negara! Berdasarkan hadith Nabi yang membenarkan merebut kuasa (dengan cara mendedah kejahatan pemimpin agar rakyat tidak terpedaya)

Ini berdasarkan Hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid dari Ubadah bin Somit r.a. katanya: “Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami. (Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang jelas) yang kami mempunyai alasan di sisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Haq di mana saja kami berada dan kerana Allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke-7199, Muslim hadith ke-1836) dalam riwayat Ibn Hibban disebut. Apabila jelas pemimpin mengajak kamu ke arah kemaksiatan. (al-Minhaj syarh Shohih Muslim, Imam An-Nawawi)

Ta’zir2 yang lain seperti berikut :
1. Buang negeri/daerah.
2. Diruntuhkan rumahnya.
3. Dikeluarkan daripada rumahnya.
4. Diiklankan sebagai pelaku maksiat atau jenayah atau saksi palsu kepada umum.
5. Dicat hitam wajahnya atau disapu tepung dan sebagainya.
6. Dicukur rambutnya.
7. Diikat hidup-hidup dengan diberi makan dan minum dan hak untuk solat . Tetapi tidak lebih 3 hari.
8. Dipulaukan.

Demikianlah antara bentuk lain ta’zir yang disebut di dalam kitab feqh bagi keempat2 mazhab. (Rujuk Fath al-Qadir, 5/112; Ad-Durr al-Mukhtar 3/178; As-Syarh al-Kabir Ad-Dusuqi 4/141; Jawahir al-Iklil 2/296; Mawahib al-Jalil 4/381; Rawdah al-Tolibin, 10/174; Muhgni al-Muhtaj 4/192; Al-Mughni Ibn Qudamah 8/236 )

PERSOALAN2 BERKAITAN WANITA TERANIAYA

Berikut ingin diperjelaskan beberapa persoalan yang sering kedengaran di kalangan wanita awam di Malaysia :

Persoalan Pertama

Perempuan yang hamil / lahirkan anak tanpa suami boleh dijadikan qarinah (tanda) perbuatan zina dan boleh didakwa melakukan zina kecuali beliau boleh kemukakan bukti bahawa dia tidak berzina.

Ada yang mengatakan: “Ini jelas menganiayai wanita - sudahlah hamil kena tuduh zina pula dan dikenakan hukuman.”

Penjelasan:
Ini tidak benar, hukuman hudud hanya akan dijalankan sekiranya wanita tersebut mengaku berzina, lalu hukuman thabit dengan iqrar atau pengakuan. Tetapi sekiranya wanita ini menyatakan bahawa ia dirogol (tanpa menuduh sesiapa) atau tidak sedarkan diri semasa berlaku hubungan seks itu akibat termakan ubat tidur berlebihan atau apa jua kenyataan yang menolak bahawa dia berzina. Maka Hukuman hudud TIDAK BOLEH DIJALANKAN SAMA SEKALI. Walaupun wanita tersebut menipu. Ini adalah kerana berlaku syubhat (ragu) dalam pen’thabit’an jenayah zina nya. Perkara ini telah disahkan oleh As-Syeikh Prof. Dr. Abd Malik As-Sa’di bekas Mufti Iraq kepada penulis, Justeru, perbicaraan akan dilakukan sebagaimana perbicaraan mahkamah syariah. Hukuman akan diputuskan berdasar dalil-dalil dalam perbicaraan. Sabda Nabi SAW:

Mafhum: “Tertolak pelaksanaan Hudud dengan adanya keraguan, cubalah sedayamu untuk tidak menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Muslim” (Ibn ‘Adi dari Ibn Abbas, Musaddid dalam musnadnya mawquf atas Ibn Mas’ud. Hadith di dalam bab ini terdapat yang mawquf dan dhoif pada sanadnya, Bagaimanapun menurut Imam As-Syawkani, banyaknya jalan periwayatan hadith yang sama maknanya menyebabkan ia boleh digunapakai sebagai hujjah, juga melihat bahawa ia telah diamalkan oleh Saidina Umar dan Saidina Uthman ra–Nailul Awtar, 7/117, cet Dar al-Khair)

Jelasnya, wanita tidak langsung dianiaya dalam hal ini, tidak pula dengan mudah dilepaskan, kerana telah mempunyai tanda hamil tanpa suami. Maka semestinya telah berlaku hubungan seks di luar nikah. Kalau thabit ia dirogol, maka sudah tentu tidak dijatuhkan hukuman. Tapi kiranya gagal menolak qarinah (bukti) ia berzina (kerana hamil tanpa suami) dengan sebarang dalil yang kuat, barulah ia akan dikenakan hukuman, iaitu dengan ta’zir.

Malah sekiranya thabit dia berzina dengan qarinah dan baiyinah, maka hukuman hanya akan dijatuhkan selepas bersalin. Ini jelas daripada perbuatan Rasullah SAW yang tidak melaksanakan hukuman hudud ke atas wanita yang mengaku berzina dan minta untuk direjam, sehinggalah wanita tersebut selesai melahirkan kandungannya, malah Rasul juga mengambil berat tentang hal penyusuan anak yang dilahirkan itu. Iaitu hanya selepas seorang lelaki bersedia menguruskan hal penyusuan bayi tersebut, barulah Rasulullah melaksanakan hukuman rejam. (Hadith ini daripada Sulaiman Bin Buraidah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ad-Dar Qutni. Lihat Nailul Awtar 7/123. Ia merupakan hadith yang shohih. Ia jelas menunjukkan betapa toleransinya Islam.

Persoalan Kedua

Timbul dari Kesalahan qazaf perkara 9 (1). Dalam Sebahagian daripada (Draf) Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)

Mereka mengatakan: Kalau tak ada bukti alangkah teraniaya wanita itu. Iaitu tidak dapat menuduh lelaki yang dikenal-pasti merogolnya. Akibat tidak mempunyai 4 saksi.

Sebagaimana tercatat di dalam Enakmen Hudud yang dibawakan oleh Kerajaan Terengganu iaitu :

BAHAGIAN III

QAZAF


Maksudnya: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Nur, 24 :4)

Qazaf

7. (1) Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi lelaki terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina.

(2) Qazaf juga boleh dilakukan dengan membuat suatu pernyataan dengan cara yang nyata seperti menyatakan bahawa seseorang tertentu telah melakukan zina atau dengan cara tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada seseorang yang tertentu.

(3) Pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf melainkan ia dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki, dan jika pernyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf; tetapi sekiranya pernyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya kenyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina.

(4) Sesuatu pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggap tidak terbukti, sekiranya seseorang atau beberapa orang saksi yang berempat yang dipanggil untuk memberi keterangan menyokong pernyataan itu enggan memberi keterangan itu atau jika keterangan itu diberi keterangan itu bercanggah dengan pernyataan itu; dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap orang saksi yang memberi keterangan yang menyokong pernyataan itu hendaklah dianggapkan telah melakukan kesalahan qazaf.

Hukuman Qazaf

8. Sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali sebatan dan keterangannya sebagai saksi tidak boleh diterima lagi sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu.

Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf

9. (1) Seseorang yang mengadu dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendaki oleh syarak berkait dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong dakwaannya itu telah melakukan kesalahan qazaf.

(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

TAMAT PETIKAN ENAKMEN HUDUD T’GANU

Penjelasan Terhadap Persoalan Di atas:

Persoalan menuduh individu tertentu sebagi perogol atau berzina adalah kesalahan yang serius di dalam Islam. Malah Islam meletakan Maruah di dalam salah satu Dhaaruriyat al-Khams (Lima keperluan asasi yang mesti dijaga) di dalam Islam. Manakala menuduh sesorang zina tanpa bukti adalah salah satu daripada tujuh dosa besar: Sebagaimana Sabda Nabi dalam hadith daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (Rujuk talkhis al-Khabir, Ibn Hajar, Naylul Awtar 7/252).

Justeru, tidak ada sesiapa boleh menuduh zina seseorang yang lain tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas kejadian zina atau rogol berlaku, sehingga mereka dapat melihat sebagaimana pen dimasukkan ke dalam tutup pen. Barulah boleh dianggap saksi. Jika sekiranya hanya ‘berbaring di atas’ tanpa dapat melihat yang dinyatakan tadi, maka tidak dianggap saksi.

Perkara ini sememangnya sukar, kerana Hudud tidak boleh dilaksanakan walaupun terdapat hanya 1% keraguan. Tetapi ini tidaklah bermakna si pesalah boleh berseronok tanpa hukuman, kerana, jika jenayahnya ‘thabit’ melalui bukan jalan saksi, ia akan dikenakan ta’zir sebagaimana yang telah diterangkan bentuk-bentuknya tadi. Bukankah ta’zir juga cukup berkesan untuk mengajar dan menghukum si pesalah.

Cuma, wanita tanpa mempunyai saksi, tidak dibolehkan menuduh sesiapa kecuali dengan kaedah membawa bukti-bukti (qarinah-qarinah) terkuat mengikut cara perundangan ke mahkamah atau ke qadhi dan hakim. Ia mesti dilakukan dengan teliti agar tidak sabit hukum qazf ke atasnya. Antara kaedahnya:-

a) Tanpa melakukan tuduhan rambang, terbuka kepada umum dan sebagainya, kerana ia mungkin tersilap lalu menyebabkan maruah yang dituduh tercalar teruk pada pandangan umum. Jika berlaku demikian, ia pasti dinggap telah melakukan qazf.

b) Dengan membawa bukti-bukti itu ke muka pengadilan, wanita tersebut tidak dikenakan qazf. Ini jelas disebut di dalam enakmen di atas, Perkara 9(2). Iaitu ayatnya “dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.”

c) Wanita tersebut tidak boleh menyatakan dengan yakin nama lelaki terbabit, ia mesti menyebut “berkemungkinan lelaki A telah merogol saya berdasarkan qarinah dan bukti yang saya bawa”. Perkataan ini tidaklah sabit hukum qazf kerana terdapat syubhat pada perkataannya. Iaitu tuduhannya tidak jelas. Lelaki A, juga masih belum sabit merogolnya hinggalah qarinah dikaji, dan sudah tentu qarinah tidak mampu membawa seseorang untuk dihukum dengan peruntukan Hudud. Tapi ia cukup untuk dijatuhkan hukuman ta’zir.

d) Wanita tersebut juga boleh bertaubat kepada Allah dan mesti juga meminta ampun kepada lelaki yang dituduhnya. Kiranya dimaafkan oleh lelaki tadi, maka menurut pandangan yang rajih, terlepas hukuman qazf ke atas wanita itu. JELASNYA WANITA TIDAK TERANIAYA LANGSUNG.

Bagaimanapun, perlu diingat, berapa ramai pula hari ini, muncul wanita yang berzina dengan teman lelakinya, tetapi akibat ditinggalkan teman lelaki maka mendakwa dirinya dirogol, atau terdapat juga wanita jahat yang diupah dan sebagainya, yang sengaja mahu menjerat individu tertentu maka menuduh dirinya dirogol individu sasarannya, tanpa bukti langsung. Justeru dengan adanya hukuman qazf ini, perkara ini akan terhalang.

Maka, keadilan hukum Islam ini menyelamatkan kedua-dua pihak, sama ada pihak wanita yang dicabuli (dengan hukuman hudud atau ta’zir ke atas lelaki yang mencabulinya) dan pihak lelaki (boleh dithabit hanya dengan 4 saksi atau bukti yang nyata tanpa boleh dituduh sebarangan) Jelas, Islam menjaga kedua-dua belah pihak tanpa sedikitpun menzalimi mereka.

Apa itu Qarinah?

Bukti-bukti ini disebut qarinah di dalam Islam, ia terbahagi dua iaitu qarinah yang kuat (qat’ie) dan yang lemah (zanni). Qarinah yang kuat, cukup untuk mengharuskan hukuman dilaksanakan. (Rujuk Al-Feqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128). Bagaimanapun sekuat mana pun qarinah, ia masih sebenarnya tidak lepas dari syubhat. Contohnya: mengandung tanpa suami, mungkin sahaja dengan memasukkan air mani ke dalam rahimnya dengan alat moden. Justeru, untuk menjatuhkan hukuman hudud ke atas seseorang dengan berpegang kepada qarinah amat amat tipis. Amat sukar untuk menwujudkan qarinah qat’ie.

Di dunia hari ini contoh qarinah seperti kesan air mani, bulu-bulu, darah dan cap jari boleh dianalisa dan dipastikan kepunyaan lelaki atau individu tertentu. Kiranya sabit, ia hanya cukup untuk dilaksanakan ta’zir kerana qarinah ini bersifat Zanni. Bagaimanapun perlulah melalui perbicaraan yang lengkap terperinci. Demikian juga bau arak di mulut bagi menthabitkan hukuman kerana minum arak. Mengandung tanpa suami juga adalah qarinah.

Bagi mereka yang menyatakan: “Bagaimana Jika tiada bukti?”

Maka soalan ini sepatutnya ditujukan juga kepada undang-undang yang ada hari ini, adakah undang-undang yang ada hari ini membenarkan si lelaki dijatuhkan hukuman tanpa bukti? Maka mengapa ingin disalahkan hukuman Islam kerana memerlukan bukti, tanpa dilihat semua undang-undang memerlukan bukti untuk dithabitkan kesalahan. Hanya undang-undang rimba ciptaan manusia tertentu, tidak memerlukan bukti atau cukup dengan saksi pembohong. Telah disebut tadi bahawa qarinah (bukti) boleh didapati dengan mudah bagi mereka yang dirogol seperti air mani, air liur, cap jari dan sebagainya. Adalah sukar untuk tidak meninggalkan tanda secara total.

KESIMPULANNYA:

1. Penyaksian wanita tidak diterima hanya dalam kes hudud dan Qisas atas sebab fitrah semulajadi yang dijadikan Allah SWT. Ia juga diakui oleh Nabi SAW. Ia adalah sebenarnya suatu keadilan iaitu meletakkan wanita hanya di tempat yang mampu baginya. Bagaimanapun, penyaksian wanita diterima dalam perkara harta dan beberapa yang lain.

2. Hudud tidak akan dikenakan ke atas wanita yang mengandung tanpa suami, sekiranya ia menyatakan ia dirogol, kerana syubhat, tetapi hukuman haqiqi di akhirat adalah terlebih amat berat, kiranya ia berbohong.

3. Wanita yang dirogol tidak boleh menuduh sebarang lelaki sebagai perogolnya, kecuali setelah mempunyai 4 saksi lelaki muslim aqil, baligh dan adil. Kiranya tiada, bolehlah wanita membawa bukti-bukti lain yang ada ke muka pengadilan, tanpa membuat tuduhan. Kiranya ia menuduh juga tanpa 4 saksi, ia dihukum qazaf lalu disebat dengan 80 sebatan tanpa cedera.

4. Walaupun si perogol lelaki tidak dikenakan hukuman hudud akibat tidak mempunyai 4 orang saksi, tetapi ia tetap dikenakan hukuman ta’zir menurut kadar keseriusan jenayahnya (kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan dengan bukti-bukti). Hukuman Ta’zir juga cukup berkesan dalam menghukum pesalah.

5. Wanita langsung tidak teraniaya dan dizalimi dalam peruntukan hukuman hudud, demikian juga lelaki yang diberi hak seadilnya.

6. Mereka yang sering memprotes hukuman Islam ini tidak lain hanyalah akibat kurang ilmu dan kefahaman atau kerana benci terhadap Islam atau kurang imannya. Juga akibat sebab-sebab politik sempit perkauman tanpa didasari Islam.

7. Sebenarnya protes terhadap hukuman hudud, (kononnya menganiaya wanita dirogol dan hak wanita) adalah isu lapuk dan tradisi pemimpin kerajaan, ia dibuat akibat benci dan jahil terhadap kandungan Perundangan Islam. Padahal, lebih utama jika mereka selaku pemimpin negara membanteras sebab-sebab berlakunya jenayah rogol dalam masyarakat Malaysia yang semakin menggila kadarnya. Bukankah itu lebih relevan dengan tugas mereka?!

Demikianlah perbincangan serba ringkas tetapi cuba dipadatkan, semoga memberi menfaat untuk semua golongan yang masih merasai rungsing dan tidak yakin dengan hukuman adil ciptaan Allah Rabbul Jalil, ia hanya diolah dalam bentuk perundangan semasa oleh panel khas yang pakar lantikan kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan, terdiri daripadapada kumpulan ulama’ dan cendiakawan bertauliah.

Akhirnya, Islam tidaklah beria-ia menggalakkan umatnya dijatuhi hukuman hudud jika tidak mempunyai kepastian 100%, ini dijelaskan oleh Nabi SAW:

Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda’ (Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas’ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)

Segala yang baik dan benar hanya daripada Allah SWT, yang silap datangnya daripada kelemahan diri, penulisan ini terbuka untuk menerima komentar kiranya terdapat kesilapan.

Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
Jab. Feqh & Usul Feqh, Jordan
zaharuddin@yahoo.com

Al-Faqir ila afwi rabbih,
1 Jamadil awal 1423 H bersamaan 12 Julai 2002 , Ibid, Jordan

Sumber:http://www.pekanrabu.com/zubir/hudud1.html

Rabu, 8 Jun 2011

Hukum Memakai ‘Perfume' Mengandungi Alkohol

Soalan: Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat.

Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis.

Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol.

Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol. [sumber :www.zaharuddin.net ]

Ahad, 5 Jun 2011

Dalil Pengharaman Zina,Judi,Babi,Tilik Nasib & Arak.

Dalil pengharaman Zina:

Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)

Dalil Pengharaman makan bangkai,binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah, babi & Tilik Nasib

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. (Al-Maidah Ayat-3)

Berikut adalah senarai yang diharamkan oleh Allah SWT:
1-Memakan bangkai
2-Memakan darah
3-Daging babi
4-Haiwan yang disembelih atas nama selain Allah (bukan dengan nama Allah)
5-Haiwan yang tercekik
6-Haiwan yang terpukul
7-Haiwan yang jatuh
8-Haiwan yang ditanduk
9-Haiwan diterkam binatang buas (5-9 :syaratnya tidak mengapa jika sempat disembelihnya)
10-Haiwan yang disembelih untuk berhala
11-Mengundi nasib dengan anak panah

Dalil pengharaman Arak&Judi

Wahai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
( Surah Al-Maidah ayat -90)

4 perkara perbuatan syaitan:
1-Minum arak
2-Berjudi
3-Berkorban untuk berhala
4-Mengundi nasib dengan panah

Sabtu, 28 Mei 2011

Hukum Ambik Gambar Tak Tutup Aurat dan Menyebarkannya

Soalan dan Jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus..

S:Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).

J: Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

S:Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

J: Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

S:So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

J: Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

Hukum Qazaf(Tuduhan Zina)Mengikut Islam

Qazaf adalah satu daripada kesalahan jenayah Hudud yang dinyatakan secara qat’iy (pasti) dengan jelas oleh al-Qur’an dan Sunnah. Ia merupakan satu jenayah khusus yang melibatkan penghinaan yang amat serius ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan tuduhan zina atau seumpamanya dan tuduhan anak luar nikah. Justeru, pembuktian untuk mensabitkan kesalahan jenayah ini amat ketat prosedurnya.

Jika berlaku sebarang keraguan terhadap bukti maka hukuman asal boleh digugurkan berdasarkan hadith, gugurkanlah hukuman hudud dengan adanya kesamaran bukti.

TAKRIF QAZAF

Imam Nawawi daripada Mazhab Shafi’i mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya.1 Ibn Humam daripada Mazhab Hanafi mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang).2 Ibn Arafah daripada Mazhab Maliki pula mentakrifkan Qazaf ialah seseorang mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, Muslim yang baligh atau kanak-kanak melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah.3 Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali pula mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang).

Memandang kepada takrif yang diberikan oleh ulama daripada pelbagai mazhab, Qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah. Manakala zina pula mengikut Mazhab Shafi’i bermaksud memasukkan kemaluan lelaki kadar hasyafah atau seumpamanya ke dalam faraj perempuan untuk kepuasan yang haram baginya tanpa ada sebarang syubhah.

Mengikut Mazhab Hanafi pula, nama bagi persetubuhan haram dalam faraj perempuan yang hidup berlaku secara sukarela dalam negara Islam yang bebas daripada sebarang syubhah hamba miliknya atau perkahwinan. Manakala Mazhab Hambali pula mentakrifkan zina mengikut Ibn Quddamah ialah persetubuhan pada faraj perempuan yang haram baginya tanpa ada sebarang syubhah.

Mazhab Maliki pula mengikut takrif yang diberikan oleh al-Dasuqi ialah memasukkan kepala zakar atau kadarnya dalam kemaluan perempuan, sekalipun beralas, tetapi tidak menghalang kepuasan dan ketegangannya.

Berdasarkan takrif di atas bahawa penzinaan itu adalah persetubuhan haram yang dilakukan oleh seseorang dengan memasukkan kemaluannya sekadar hasyafah atau seumpamanya ke dalam faraj perempuan yang isterinya dan bukan juga hamba miliknya, serta tidak ada bukan sebarang syubhah pada perlakuan tersebut.

Tuduhan zina adalah tuduhan ke atas seseorang yang melakukan persetubuhan haram ke atas perempuan yang tidak ada hak baginya yang bertujuan untuk mengaib dan menghina pihak yang dituduh.

LIWAT SAMA DENGAN ZINA

Takrif liwat mengikut Mazhab Shafi’i ialah memasukkan zakar ke dalam dubur lelaki, perempuan atau khunsa dikenakan hukuman had(hudud).9Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali berpendapat bahawa persetubuhan di dubur sama dengan persetubuhan di faraj iaitu zina.Mazhab Maliki mengikut pendapat al-Dasuqi menyatakan bahawa seorang lelaki yang bersetubuh melalui dubur dengan perempuan asing baginya melakukan jenayah zina
mengikut syarak dan dikenakan hukuman had ke atasnya.

Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa persetubuhan pada dubur tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya, lelaki atau perempuan, sekali pun hukumnya adalah haram. Ini disandarkan kepada hujah bahawa zina haram hukumnya kerana persetubuhan di faraj, tetapi bagi peliwat, yang berlaku bukan zina, ia adalah liwat.

Berdasarkan penjelasan di atas, majoriti fuqaha’ daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina, kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya kepuasan seperti zina, maka ia sama dengan hukum zina.

AUTORITI PENGHARAMAN QAZAF

Fuqaha’ yang membincangkan tentang kesalahan jenayah Qazaf berdasarkan autoriti al-Qur’an, hadith dan ijmak. Mazhab Shafi’e13 menjadikan ayat 4 surah an-Nur sebagai dalilnya. Maksud Firman Allah:

“Mereka yang menuduh perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80 kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik."(an-Nur (24): 4)

Tuduhan zina yang palsu terhadap perempuan-perempuan yang suci dan baik akhlaknya, hendaklah mereka dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali, kesaksian mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka menjadi Fasik. Hadith Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:

“Jauhilah tujuh perkara yang besar dosanya.” Sahabat bertanya, “Apa dia ya Rasulullah?” Katanya, “syirik kepada Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik dengan zina.”

Hadith di atas menjelaskan bahawa antara kesalahan besar di sisi Allah S.W.T. ialah Qazaf ke atas seseorang perempuan yang baik dan suci peribadinya. Ia meliputi lelaki dan perempuan. Mazhab Hambali juga berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadith di atas sebagai dalil kesalahan Qazaf ini dan Mazhab Hanafi juga berdalilkan hadith di atas dan ayat surah an-Nur, ayat 32,18 Allah berfirman:

“Mereka yang menuduh Qazaf perempuan-perempuan baik dan suci yang beriman, mereka itu dilaknat di dunia dan di Akhirat dan bagi mereka azab yang besar.” (an-Nur (24): 23)

Ayat ini jelas menerangkan janji buruk ke atas mereka yang melakukan Qazaf ke atas orang wanita mukminah dan lelaki mukmin dengan menerima laknat Allah di dunia dan mendapat seksa di Akhirat.19

Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Ahmad sama dengan tuduhan zina (Qazaf) kerana mereka berpendapat bahawa liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima pelakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan jika sabit penuduh berniat dalam
tuduhannya itu bermaksud yang dituduh melakukan perbuatan kaum Lut, maka penuduh wajib dikenakan hukuman had, manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman ta’zir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina.

Sumpah Laknat Hanya Untuk Suami isteri

“Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka (berzina) tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar (an-Nur: 6). Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah ke atasnya jika ia termasuk orang-orang yang berdusta (an-Nur: 7).

Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah bahawa sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta (an-Nur: 8).

Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar (al-Nur: 9).

Dengan sumpah ini menjadikan mereka berdua terpisah dan gugur ke atas suami hukuman Qazaf dan gugur atas isteri hukuman had zina.

Memandangkan jenayah Qazaf ini sebagai suatu jenayah yang serius dan terdapat nas qat’iy tentang ketetapan kesalahan, prosedur pembuktian dan hukuman keseksaannya, kerana ia diketegorikan sebagai kesalahan awam, maka sumpah tidak termasuk dalam prosedur pembuktian jenayah Hudud, kecuali dalam kes yang melibatkan tuduhan zina antara suami dengan isteri yang tidak diketegorikan sebagai kesalahan awam.

Rujukan :http://drbadrulamin.blogspot.com

Isnin, 23 Mei 2011

HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI.

Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS

Pendahuluan

Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Hukum Tahaluf Siyasi

Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.

Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

2. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.

Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi

Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :

1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.

Maklumat Penulis:

Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah

Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)

“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.

Sabda Nabi s.a.w:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut:

“I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak.

Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini.

Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta.

Firman Allah: (maksudnya)

“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)

6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain.

Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.

Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum.

Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.

8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.

9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.

www.drmaza.com/

Hukum Handphone Berbunyi Ketika Solat.

Soalan

Surachei Suksuvan a/l Ron wrote:

ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..


Jawapan

Wa'alaikumussalam,
Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.
Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).
Ini kerana :-


1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ "
( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"
( Riwayat Muslim)

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya"
( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain"
( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.


2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-


‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja
( Riwayat al-Bukhari , no 808 )

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa :

Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran "
( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.
Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perakian@Blog

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)