Khamis, 8 Disember 2011

Syukur: PAS Tidak Pernah Bina Kasino Dan Kilang Arak

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik untuk merestuinya.

“Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan pusat judi Genting dan kilang arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PAS hanya berjaya membina satu masjid sepanjang pemerintahannya di Kelantan.

“Bilangan masjid bukan matlamat kita tetapi memakmurkan masjid itulah yang menjadi objektif utama PAS, bahkan Rasulullah s.a.w meletakkan asas bahawa memakmurkan masjid sebagai perkara utama dan mencela masjid yang dibina bukan di atas dasar taqwa kepada Allah, sepertimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran tentang masjid dhirar yang dicela oleh Allah kerana dibina bukan kerana Allah.

Alhamdulillah, PAS tidak pernah bina satu kasino dan kilang arak pun.

“Siapa yang bina tempat tersebut di tanahair kita ini?” soalnya.

Beliau juga bertanya siapa yang merasmikan kilang arak di negara ini.

“Semua rakyat khususnya yang beragama Islam sangat tahu tentang hakikat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Rasulullah s.a.w melarang umat Islam daripada memperkecilkan sesuatu amalan yang maaruf , mungkin ianya nampak kecil pada mata kita tetapi ia sebenarnya memberikan timbangan yang sangat berat pada hari akhirat kelak.

Justeru, katanya Umno sepatutnya memuhasabah diri terhadap perkara maksiat yang telah dilakukan termasuk mengizinkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam untuk terus berlaku dalam negara ini.

“Kita harap umat Islam tidak terus memberi kepercayaan kepada Umno lagi dalam PRU 13 yang akan datang kerana kegawatan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya berpunca daripada sistem yang tidak berlandaskan Islam,” ujar beliau lagi.

harakahdaily/-

Isnin, 5 Disember 2011

ALASAN HUDUD KELANTAN HUDUD CIPTAAN PAS ADALAH ALASAN PUAK MUNAFIQ.



Penjelasan demi penjelasan telah dibuat tapi puak Munafiq masih memberi alasan yang sama.


HUDUD adalah hukum Allah, ia bukan hukum PAS dan rekaan mana-mana pemimpin PAS. Sepatutnya tidak menjadi masalah kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk menerimanya. Penerimaan hukum Allah sama seperti menerima perintah puasa. Jika difikir secara logik, ibadah puasa juga amalan yang memenatkan dan menyeksa penganutnya. Tetapi kenapa kita boleh laksanakan dengan baik dan teratur.



Perlu difahami bahawa hukum jenayah di dalam Islam ialah hudud,qisas dan takzir. Kenapa hanya difokuskan kepada hukum hudud sahaja, sedangkan di dalam enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 terdapat di dalamnya ketiga-tiga hukumnya sekali.


Perlu diingatkan kepada penentang- penentang hukum Allah, bahawa enakmen ini dibuat oleh mereka yang berautoriti dan pakar di dalam perjalanan Mahkamah Syariah dan Sivil. Ia bukan dibuat di atas sentimen untuk meraih undi sahaja, tetapi ia lahir daripada ke sedaran ini adalah perintah Allah.


Banyak tuduhan yang menganggap bahawa Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS hanya soal hudud, qisas dan takzir sedang kan yang lain tidak dipedulikan.

Seolah-olah PAS hanya hendak menegakkan negara berhukum sahaja.


Oleh itu apabila amaran Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri kepada kerajaan Kelantan pada 14 Ogos 1994; “Kita (kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”


Maka kerajaan Kelantan mengambil pendekatan yang tidak gopoh dan berhati-hati kerana memikirkan Dr Mahathir boleh membuat apa sahaja kepada Kelantan, kerana sikap beliau yang memang terkenal sebagai orang tidak pernah me ngaku kalah sehingga hari ini.


Ijtihad politik yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tepat. Maka dengan pendekatan siasah syariyyah yang dilakukan di Kelantan untuk menunjukkan Islam secara praktikal, akhirnya Islam dapat dijelmakan secara praktikal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.


Selama ini Islam hanya ditulis dan dibaca di dalam kitab sahaja, ia hanya menjadi bahan tamadun dan kehebatannya sahaja. Maka PAS cuba untuk menonjolkan Islam secara praktikal kepada masyarikat dan berhasrat menjadikan Kelantan sebagai makmal Islam.

Nampaknya telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang pada pandangan masyarakat.


Banyak program yang lahir daripada makmal Kelantan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan tanpa riba, cuti bersalin daripada 40 hari kepada 60 hari, cuti dua hari seminggu, rumah tiga bilik, pajak gadai Islam, dan mempelopori penggunaan dinar emas.


Malahan skim perbankan tanpa faedah di semua bank di Malaysia apabila Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan wang kerajaan negeri di keluarkan daripada bank riba kepada bank Islam. Akhirnya mendorong bank-bank konvensional mengadakan kaunter tanpa riba. Kesemuanya telah ditiru oleh kerajaan Pusat, walaupun pada peringkat awal mereka mencaci usaha yang dilakukan oleh Kelantan.


Jadi tertolaklah hujah yang mengatakan PAS hanya hendak menegakkan hukum hudud sahaja, tanpa memikirkan Islam yang lebih menyeluruh.


Jangan dibayangkan apabila hudud dilaksanakan maka ramailah mereka yang kudung tangan akhirnya orang Islam akan ke tinggalan kerana kudung tangan.


Kita yang pergi ke Makkah dan Madinah iaitu negeri yang melaksanakan hukum hudud adakah kita melihat ramai mereka yang kudung tangan kerana kesalahan mencuri? Tentu tidak.


Kerana Islam bukan agama menghukum tetapi agama yang hendak mendidik. Kerana kaedah yang dipakai ialah ‘Tersalah melepas lebih baik daripada tersalah menghukum.”


Oleh itu di dalam perbicaraan mahkamah akan menimbulkan keraguan supaya kes itu dilepaskan. Pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. apabila seorang yang berikrar di hadapan Nabi s.a.w. mengatakan beliau mencuri, sabda Nabi s.a.w. kepadanya: “Aku tidak terfikir engkau telah mencuri.” Jawab orang itu “tidak, memang saya mencuri.” Nabi ulang sebanyak tiga kali (tujuan baginda itu supaya ia menarik balik). Jawab orang itu memang dia mencuri. Maka baru baginda s.a.w. memotong tangannya.


Mengenai dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan hukum hudud di Kelantan tidak adil kerana ia hanya melibatkan orang Islam sahaja, untuk menjawab perkara ini marilah kita merenung ayat Allah SWT dalam surah al-Maidah 42 yang bermaksud: “Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (Muhammad untuk meminta keputusan) maka berilah putusan di antara mereka atau berpaling daripada mereka maka mereka tidak akan berbahaya kamu sedikit pun. Tetapi jika engkau memutuskan (perkara mereka), maka putuskanlah dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.”

Kelantan memilih pendekatan ini adalah sesuai dengan Islam ini agama dakwah.


Di dalam Islam orang yang sudah disabitkan kesalahan maka mereka ini akan terlepas di akhirat. Apabila orang Islam berakhlak baik, maka ia akan menjadi suri teladan untuk mereka tertarik dengan Islam.


Pendekatan yang diambil oleh negeri Kelantan sebenarnya sudah lama dipejuangkan oleh Almarhum Profesor Dr Ahmad Ibrahim supaya orang Islam dapat mengamalkan hukum mereka dan akan menjadi teladan kepada bukan Islam.


Jika qisas dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah simbahan asid yang menjadi masalah negara. Kerana mereka yang menyimbah asid akan dihukum balas. Jika mangsa yang disimbah cacat, maka penjenayah ini juga cacat.


Sedangkan hukum yang ada pada hari ini penjenayah hanya dihukum penjara sahaja, sedangkan mangsa simbahan asid akan cacat selamalamanya.

Beberapa soalan yang boleh dikemukakan kepada mereka yang fobia dengan hukum hudud terutama kepada pemimpin Umno.

1. Adakah ISA yang ditangkap tanpa bicara itu adil? Sedangkan kesalahan jenayah dalam Islam kena dibicarakan dahulu sebelum dihukum.

2. Adakah hukum gantung yang dikenakan kepada pengedar dadah menepati dengan kehendak Islam?

3. Adakah hukum gantung tidak zalim, walaupun mangsa yang digantung terjeler lidah?

4. Adakah hukum yang berjalan sekarang adil? Jika pasangan Islam dan bukan Islam ditangkap khalwat, maka yang dibicara hanya pesalah Islam sahaja.

AF Ustaz Idris Ahmad.

Khamis, 1 Disember 2011

Ada Orang Kata Tak Boleh Lawan UMNO Sebab Kita Kena Taat Pada Para Pemimpin???


Saya pernah membaca sebanyak dua kali buku Fiqh al-Khilafah hasil karangan Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri yang pastinya merupakan tokoh yang begitu dikenali dalam dunia undang-undang. Buku yang merupakan tesis beliau di University Of Lyon di Perancis ini seingat saya telah ditulis pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki.

Buku karangan beliau yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis adalah membincangkan konsep kerajaan menurut kaca mata Islam. Antara yang menarik di dalam buku ini adalah seperti berikut:

  1. Sesebuah kerajaan tidak akan dianggap sebagai kerajaan Islam melainkan apabila kuasa penetapan dasar (al-Sultoh al-Tasyri`iyyah) adalah diserahkan bulat-bulat kepada ketetapan Allah dan RasulNya, bukan kepada pandangan ahli parlimen.
  2. Kerajaan Islam terbahagi kepada dua; al-Khilafah al-Rashidah (kerajaan yang sempurna) dan al-Khilafah al-Naqisoh (kerajaan yang berlaku kekurangan). Menurut beliau, al-Khilafah al-Rashidah hanya akan berlaku apabila sistem perlantikan seseorang khalifah adalah dengan pemilihan daripada rakyat. Sekiranya sistem yang diamalkan adalah sistem beraja, maka kerajaan tersebut adalah al-Khilafah al-Naqisoh.
  3. Dari sudut sejarah, al-Khilafah al-Rashidah hanya berlaku bermula daripada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar dan berakhir pada pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Tolib. Selepas itu sehinggalah jatuh Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, Khilafah adalah Khilafah yang tempang kerana perlantikan Khalifah adalah dengan cara kekeluargaan.
  4. Apabila khilafah adalah khilafah yang tempang (al-Khilafah al-Naqisoh), maka sekiranya umat Islam dapat menjatuhkan khilafah ini dan dapat menggantikannya kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka umat Islam hendaklah menjatuhkan sebuah Khilafah Islamiah yang tempang.
  5. Sekiranya umat Islam tidak mampu untuk menggantikan al-Khilafah al-Naqisoh kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka bersabar dengan kezaliman al-Khilafah al-Naqisoh adalah lebih baik daripada hidup di dalam zaman tiadanya Khilafah langsung.
  6. Antara usaha yang perlu dimainkan bagi mendirikan Khilafah Islamiah buat masa hadapan adalah mewujudkan institusi ilmu yang mampu mengeluarkan orang-orang yang pakar dalam bidang fiqah (al-Mujtahidun).
Saya secara peribadi semasa di Mesir telah bertemu dengan al-Marhum Dr. Tawfiq Shawi yang merupakan menantu kepada Rd. Abdul Razzaq al-Sanhuri (Dr. Tawfiq Shawi dan isterinya Dr. Nadiah al-Sanhuri adalah orang yang bertanggungjawab menterjemahkan buku Fiqh al-Khilafah ke dalam bahasa Arab). Saya bertanya kepada beliau: "Adakah Malaysia sebuah negara Islam?" dan beliau dengan pantas menjawab "Tidak". Saya dapat mengesan sebabnya iaitu Syarak tidak dijadikan pemutus paling tinggi dalam dasar negara sebaliknya tugas ini dirampas oleh dua pertiga ahli Parlimen.

Saya membuat satu kesimpulan:

Sekiranya sebuah Khilafah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Islam dan menjadikan kuasa pemutus dasar tertingginya adalah Syarak pun boleh dijatuhkan oleh rakyat apabila cara perlantikan Khalifah bukan dengan cara suara rakyat, maka apa sangatlah dengan kerajaan BN yang memerintah Malaysia pada hari ini yang sememangnya bukan negara Islam bahkan sanggup pula mengenepikan aturan-aturan Syarak.

Rasanya Kerajaan BN hari ini sangat-sangat layak untuk diruntuhkan oleh rakyat yang cintakan Islam dan cintakan kesejahteraan sejagat.


Ustaz Hairul Nizam Mat Husain.

Khamis, 27 Oktober 2011

Benarkah Kelantan mundur?

Kenapalah Kelantan jadi mundur?
Pelabur takut untuk melabur di Kelantan kerana rakyat miskin?
Banyak rakyat Kelantan merempat diluar negeri?
Tidak ada pembangunan !
Tiada peluang pekerjaan !
Tiada peluang pendidikan !


Sebenarnya Kelantan sudah jauh maju, jauh dari itu kemajuan Islam Di Kelantan jauh mendahului negeri lain. Ramai orang Kelantan sudah kaya raya di ibu kota Kuala Lumpur,
Sehinggakan Dato’ Tony Fernandes pula sibuk untuk bina Tune Hotel di negeri mundur ini,
Lihatlah airport negeri mundur, telah mencapai 1 juta trafik pada 2009. Mendahului airport domestic negeri maju lain.


Ni dia Kemunduran Negeri Kelantan Yang Dicanang Oleh Umno..!!

Pelaksanaan & Perancangan.
A) Pelaksanaan.

1) Kompleks Saidina Ali.

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali
Fasa pertama Kompleks Perniagaan Saidina Ali telah siap sepenuhnya awal tahun ini. Projek ini telah dimajukan oleh Ali Homes yang beribu pejabat di Kota Bharu.
2) Masjid Ayesha.

Masjid Ayesha

Masjid Ayesha
Sebuah masjid baru di Kok Lanas yang diberi nama Masjid Ayesha terletak bersebelahan Kompleks Perniagaan Saidina Ali. Status projek telah mencapai 65 % dan dijangka siap penghujung 2011.
3) KFC & Pizza Kok Lanas.

KFC & Pizza Kok Lanas

KFC & Pizza Kok Lanas
Satu-satunya Restoran bersama (single outlet) KFC-Pizza terletak di Kok Lanas telah dibuka awal tahun 2011 dilokasi yang strategik di antara Ketereh dan Kok Lanas.
4) KFC Kota Bharu.

KFC Kota Bharu
Restoran KFC kedua (single outlet) di Kota Bharu selepas pembukaan pertama (single outlet) KFC Kubang Kerian hampir 2 tahun lepas. Dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011 dan dibuka kepada umum akhir tahun ini.
5) Pembesaran HUSM Kubang Kerian.

Pembesaran HUSM
Sebuah Projek Kerajaan Pusat menempatkan beberapa buah blok baru telah memasuki fasa terakhir setelah dimulakan pertengahan 2010 lalu.
6) Pembesaran HRPZ II.

Pembesaran HRPZ
Juga sebuah projek Kerajaan Pusat untuk menambah 4 blok tambahan baru telah bermula awal tahun ini dan dijangka siap Mac 2013.
Entri Terdahulu: Pembesaran HRPZ.
7) Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Pemanjangan Laluan LTSIP

Pemanjangan Laluan LTSIP
Projek pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa telah memasuki 90 % pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.
Entri Terdahulu: Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
8 ) Pasar Kota Jembal.

Pasar Kota Jembal
Projek Pembinaan Pasar Baru Kota Jembal yang bermula pada awal tahun ini telah memasuki 70 % pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011.
Entri Terdahulu: Pasar Baru Kota Jembal.
9) Medan Selera Kota Bharu.

Medan Selera Kota Bharu
Sebuah projek Kerajaan Pusat di bawah JPP untuk membina sebuah Medan Selera di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV telah bermula Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2012.
10) Wisma SPRM.

Wisma SPRM
Sebuah Wisma Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Yahya Petra telah siap sepenuhnya pada Julai 2011 setinggi 8 tingkat ini dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9). Harap tiada yang jatuh lagi disini.
11) Wisma PERKESO.

Wisma PERKESO
Sebuah Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Kampung Sireh telah siap dan beroperasi pada pertengahan 2010.
12) Battuta Ville.

Battuta Ville

Artistik Battuta Ville
Projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam. Projek ini dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Entri Terdahulu: Batutta Ville.
13) Anjung Vista.

Anjung Vista

Artistik Anjung Vista
Pembinaan Anjung Vista Service Apartment ini telah 30% siap dan ia bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta.
Entri Terdahulu: Anjung Vista Apartment.
14) Pembesaran Hotel Perdana.

Pembesaran Hotel Perdana

Pembesaran Hotel Perdana

Artistik Pembesaran Hotel Perdana
Sebuah Projek Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menambah-baik dan pembinaan blok bangunan baru Hotel Perdana 11 Tingkat dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2012.
Entri Terdahulu: Pembesaran Hotel Perdana
15) Holiday Villa.

Holiday Villa

Artistik Holiday Villa
Sebuah bangunan hotel 9 Tingkat bertentangan dengan Pasar Wakaf Che Yeh dimiliki oleh Holiday Villa dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.
16) One Residence.

One Residence

Artistik One Residence
Sebuah Kondominium di Jalan Paya Bemban – Cherang setinggi 24 Tingkat telah dimulakan pembinaannya Jun 2011 dan dijangka siap sepenuhnya April 2013.
Entri Terdahulu: One Residence Condominium.
17) Apartment KB Sentral.

KB Sentral

KB Sentral

KB Sentral
Entri Terdahulu: KB Sentral.
18) Mydin Mall (Terbesar di Malaysia).

Mydin Mall Tunjong
Sebuah pasaraya Mydin Mall yang terbesar di Malaysia terletak di Bandar Baru Tunjong sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Dec 2012.


19) New Shop-lots.

Unit di Jalan Kelochor

Unit di Jalan Wakaf Mek Zainab

Unit di Paya Bemban

B) Perancangan.

1) Hotel Madinaturraudhah.

Tapak pembinaan Hotel Madinaturraudhah

Artistik Hotel Madinaturraudhah

Imej Satelit Lokasi Hotel Madinaturaudhah
Entri Terdahulu: Hotel Madinaturaudhah

2) Bayan Residency.

Bayan Residency

Artistik Bayan Residency

Imej Satelit Lokasi Bayan Residency
Terletak diantara laluan Kota Bharu – Panji, Pembinaan Bayan Residency dijangka akan dimulakan Ogos 2011 setelah proses untuk mendapatkan kelulusan selesai.
3) Perdana Residency.

Artistik Perdana Residency

Imej Satelit Lokasi Perdana Residency
Perdana Residency di Jalan Sri Cemerlang setinggi 23 Tingkat ini yang dimiliki oleh PKINK akan menempatkan lebih dari 250 buah unit dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan seawal Oktober 2011.
4) Ali Vista.

Ali Vista

Imej Satelit Lokasi Ali Vista
Pembinaan Apartment Ali Vista yang dimajukan oleh Ali Homes ini masih belum dimulakan sepenuhnya.
5) Apartment PKINK.

PKINK Apartment

Imej Satelit Lokasi PKINK Apartment
6) ND Mutiara.

ND Mutiara Tower

Imej Satelit ND Mutiara
Servis Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND Mutiara Realties Sdn Bhd syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan. Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis Tanjung Chat. Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan. Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan yang berniaga di Ibu Negara.
7) Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra (Tapak Stesen Bas SKMK)

Hotel 26 Tingkat
Hotel 26 Tingkat
Imej Satelit Lokasi Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra
Pembinaan Hotel setinggi 26 Tingkat ini di atas tapak bekas stesen bas SKMK di lihat sebagai salah satu mercu tanda yang terbaru di Kota Bharu. Proses pemilik tanah telah selesai dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada penghujung 2011.
8 ) Apartment di Jalan Che Su

Pelan

Artistik Apartment

Artistik Apartment

Imej Satelit
Sebuah lagi pembinaan yang akan menambahkan lagi seri di tepi Sungai Kelantan. Terletak di antara Jalan Che Su dan Jalan Gajah Mati, Apartment ini bersebelahan GR Hotel (Grand RiverView), dan sekarang, ia dalam proses untuk mendapatkan tanah yang menempatkan lebih dari 50 buah rumah-rumah dan setinggan di tepi Sungai Kelantan. Menurut sumber, pemilikkan tanah sudah mencapai 30% iaitu ia akan bermula dari sebelah LIDO (lama) hingga Off Jalan Gajah Mati berhadapan Jalan Sultanah Zainab.

9) An-Naim Resident.


An-Naim Resident

Imej Satelit Lokasi an-Naim Resident
Pembinaan dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 setelah Taqwa Point di hadapan An-Naim Resident yang akan siap sepenuhnya menjelang Mei 2012.
10) Airport City.

Airport City
Airport City merupakan suatu pelan perancangan jangka panjang oleh MPKB-BRI meliputi tanah seluas 200 ekar di hadapan Pantai Sabak dan menghadap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Suatu perancangan selepas projek-projek di Lembah Sireh dan Pasir Tumboh ini siap sepenuhnya.
Lain-Lain:
1) Pembangunan Lembah Sireh. (Kota Bharu Waterfront)
2) Bandar Satelit Pasir Tumboh. (Kota Tok Kenali)
3) Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim. (Bandar Baru Tunjong)


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perakian@Blog

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)