Sabtu, 21 Januari 2012

Hujah Ini Akan Membatalkan Segala Serangan UMNO Terhadap PAS Dan Konsep "Negara Berkebajikan".

Negara Kebajikan PAS hanyalah satu Slogan sahaja ianya tidak mengubah Dasar Parti PAS yang mendaulatkan Hukum serta Perundangan Allah..

Sama seperti UMNO yang mengunakan Slogan 1 Malaysia ianya juga tidak mengubah Dasar Parti UMNO yang berjuang bagi mendewa2kan Pemimpin korup, kroni kemudian di sembunyikan dibelakang perjuangan bangsa Melayu...

Isu Pas menggugurkan hudud dalam perjuangan seperti dakwaan Umno tidak pernah berbangkit kerana hukum itu sebahagian daripada undang-undang Islam dan melaksanakannya tetap menjadi dasar parti itu.


Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, negara berkebajikan yang ditawarkan Pas kepada rakyat adalah program kebajikan dan tidak kesemua dasar-dasar dimasukkan ke dalamnya.

“Negara berkebajikan Pas akan menjadi dasar apabila kami memerintah negara kelak. Nama pun kebajikan. Oleh itu tidak semua dasar-dasar masuk di dalam sebab ia konsep kebajikan.

“Kenapa meletakkan tanggungjawab melaksanakan hukum hudud kepada Pas sahaja. Sepatutnya Umno sebagai Kerajaan Pusat yang melaksanakan dulu undang-undang Islam itu,”


Tapi fikir semula bagaimana UMNO nak melaksanakannya sedang ucapan ini keluar daripada mulut pemimpin2nya:


1.Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan :“Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

2.Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

3.Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Sebenarnya ini adalah wayang UMNO untuk mengelirukan umat islam...

Puak-puak UMNO mengambil kenyataan DS Nizar Bekas MB Perak yang berkata dalam dewan undangan negeri bahawa dalam manifesto PAS tak ada menyebut tentang negara islam...

Begitu juga dengan kenyataan MB Kedah Datuk Azizan yang ayatnya lebih kurang sama seperti DS Nizar.

Puak2 UMNO yang bodoh itu pula gunakan kenyataan mereka sebagai senjata hikmat untuk membelasah PAS...

Begitulah bodohnya puak2 UMNO yang tak berilmu itu sehinggakan tidak dapat membezakan apa itu manifesto dan apa itu Perlembagaan Parti.

Menifesto adalah perancangan sepenggal ( 4-5 tahun ) sesebuah Parti politik itu memerintah dan ianya boleh berubah-ubah pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan keperluan bagi sesebuah kerajaan untuk melaksakannya.

Manifesto Boleh dilakukan, ditangguh atau ditinggalkan langsung juga mengikut kesesuaian dan keperluan.

Berbeza dgn Perlembagaan Parti setiap perubahan yang akan dilakukan terhadap satu-satu fasal dan artikel dalam Perlembagaan sesebuah Parti Politik harus mendapat sokongan majoriti 2/3 Ahlinya...

Itulah UMNO cerita pasal Parti politik tapi tak tahu perihal " Akta Pertubuhan "

Sebenarnya :

UMNO dah terlalu terdesak sangat bila orang-orang bukan islam sudah boleh menerima perjuangan islam yg di bawa oleh PAS serta menolak UMNO yang berjuang semata-mata untuk mendewa-dewakan bangsa Melayu(namun hakikatnya Melayu masih terpinggir dan dikhianati)

Hakikatnya UMNO dan BN mulai gusar bila Rakyat bangkit beramai-ramai menolak sistem pemerintahan yang berdasarkan Bangsa. Seperti mana yang dilakukan oleh Pihak Penjajah British Zaman sebelum Merdeka dahulu.

Kalau zaman dahulu nenek moyang kami menolak batang tubuh British 100%

Kini kami selaku anak cucu mereka pulak bertanggung jawab pulak untuk menolak Sistem pemerintahan " Pecah Perintah " yang diwariskan oleh Pihak British kepada proxy mereka UMNO / BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perakian@Blog

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)