Khamis, 20 Disember 2012

Hadis: Melampau.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya:
Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku." - Hadis Riwayat Bukhari.

Selasa, 18 Disember 2012

Hadis:setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang di niatkan

Dari Abu Hafs Umar bin Khattab, Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang di niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka nilai hijrahnya seperti yang dia niatkan.(HR Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas muncul kerana satu sebab. Masa penghijrahan dari Mekah ke Madinah, para sahabat memberitahu kepada Nabi bahawa ada seorang lelaki yang berhijrah kerana ingin berkahwin dengan wanita yang bernama Ummu Qais. Secara luarannya, dia juga berhijrah sama seperti orang lain namun niatnya berhijrah adalah kerana seorang wanita. Oleh itu, dia digelar sebagai ' Muhajir Ummu Qais ' iaitu orang yang hijrahnya kerana Ummu Qais.

Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Sabtu, 20 Oktober 2012

Sejarah Ringkas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN

* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

USIA 6 TAHUN

* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).


USIA 63 TAHUN

* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid

2. Saudah Binti Zam’ah

3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)

5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

7. Zainab Binti Jahsy

8. Maimunah Binti Harith

9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.


Ahad, 7 Oktober 2012

Wasiat-wasiat 4 Imam Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara masalah paling kerap yang dihadapi oleh para imam mazhab, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kesukaran memperolehi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat penghafal hadis banyak yang sudah meninggal dunia manakala anak murid mereka yang sempat menghafal hadis-hadis tersebut bertebaran di seluruh dunia Islam.

Atas faktor ini dan beberapa yang lain, kita dapati para imam mazhab berwasiat kepada umat Islam dengan wasiat yang masyhur:

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.[1]

Berikut akan dikemukakan wasiat-wasiat para imam mazhab, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat al-Syafi‘e memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung kepada Mazhab al-Syafi‘e.

Wasiat al-Syafi‘e

Pertama: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku.[2]

Kedua: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.[3]

Ketiga: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.[4]

Keempat: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Wasiat para imam maz-hab ini adalah benar akan tetapi perlaksana-annya tidaklah semudah yang disangkakan. Sese-orang itu tidak boleh menghukum imam maz-hab sebagai silap sema-ta-mata kerana satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya.

Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).[5]

Kelima: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Pertama, sesuatu berita itu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wajib diterima. Kedua, berita tersebut ataupun hadis tersebut wajib diterima jika ianya telah disahkan walaupun tiada di antara imam-imam sebelum ini yang mengamalkan atau mengajarkan sesuatu daripada hadis tersebut.

Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa jika tindakan salah seorang imam itu bertentangan dengan hadis daripada Nabi maka tindakan imam itu haruslah ditinggalkan dan diganti dengan petunjuk yang berasal daripada hadis Nabi.

Di samping itu, suatu hadis yang diyakini sah daripada Nabi adalah tegas dengan sendirinya tanpa memerlukan konformasi daripada tindakan seseorang lain selepas beliau.[6]

Keenam: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Pertama, pendapat boleh diterima bilamana tidak ada sunnah dalam hal itu. Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini, seseorang itu wajib meninggalkan apa yang dia telah atau sedang lakukan.

Seseorang itu wajib meninggalkan sesuatu amalan yang bertentangan dengan sunnah. Juga dia wajib meninggalkan pendapat yang mengatakan bahawa sunnah hanya boleh tertegak atas dukungan suatu berita yang datang menyusul. Dan seseorang itu patut akur bahawa sunnah itu tidak boleh dikebelakangkan oleh sesuatu apapun yang bertentangan dengannya.[7]

Wasiat Abu Hanifah

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu.[8]

Wasiat di atas diulas oleh al-Syuhnah di dalam kitabnya Syarh al-Hidayah:

Apabila sesuatu hadis itu sahih manakala ianya bertentangan pula dengan mazhab, perkara yang mesti dilakukan ialah beramal berdasarkan hadis tersebut. Demikian itu adalah Mazhab Abu Hanifah dan para pengikut mazhab tidaklah terkeluar dari kedudukannya sebagai pengikut Hanafi dengan mengamalkan hadis tersebut.

Terdapat suatu riwayat yang sahih daripada al-Imam Abu Hanifah menyebutkan bahawa beliau telah berkata “Apabila Hadis itu sahih, itulah mazhab aku.” Riwayat ini diceritakan daripada Ibn ‘Abd al-Barr daripada al-Imam Abu Hanifah dan juga daripada imam-imam lainnya.[9]

Wasiat Malik bin Anas

Pertama: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[10]

Kedua: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:

Tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada ianya diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[11]

Wasiat Ahmad bin Hanbal

Pertama: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[12]

Kedua: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Pendapat al-Awza‘e, Malik dan Abu Hanifah, semuanya adalah pendapat semata-mata. Aku melihat semuanya sama di sisiku, yang mesti jadi rujukan hanyalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[13]



Demikian beberapa wasiat para imam mazhab kepada umat Islam keseluruhannya. Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal, secara jujur dan penuh ketaqwaan sentiasa menekankan agar yang ditaati ialah sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bukannya ajaran mereka.

Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah merumuskan:

Daripada keterangan-keterangan para imam mazhab ini, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.

Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam maz-hab itu sendiri berpesan sedemikian.

Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Dan adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi pesuruh Allah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.

Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.[14]

al-Sya’rani rahimahullah berkata:

Apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedu-dukan imam ikutan seseorang itu ke-rana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan si-lapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati berten-tangan dengan ajaran Nabi.

Kita meyakini seandainya para imam mujtahid (para imam mazhab) tersebut semasa hidupnya mengetahui kesahihan hadis-hadis yang tidak mereka pergunakan dan baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mereka, tentu mereka akan mempergunakan hadis-hadis tersebut dan mengamalkannya. Kemudian mereka akan menghindari qiyas yang telah mereka lakukan dan meralat (membetulkan) semula pendapat yang telah mereka cetuskan terdahulu …… Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam mazhab itu sendiri berpesan sedemikian. [15]

Berkata al-Albani rahimahullah setelah mengemukakan wasiat-wasiat di atas:

Kenyataan tersebut menggambarkan ketinggian ilmu dan ketaqwaan para imam tersebut, di mana melalui perkataan seperti di atas mereka menegaskan bahawa mereka tidaklah menguasai sunnah keseluruhannya.

Kadang-kala terhasil daripada mereka ini (para imam mazhab) beberapa perkara yang menyalahi sunnah yang tidak kesampaian kepada mereka. Apabila mereka mengetahui akan sunnah tersebut, mereka memerintahkan kita agar berpegang teguh dengannya dan menjadikannya sebagai mazhab mereka. Semoga Allah memberi Rahmat kepada mereka semua.[16]

Catatan Penting:

Wasiat-wasiat para imam mazhab di atas adalah benar akan tetapi perlaksanaannya tidaklah semudah yang disangkakan. Seseorang itu tidak boleh mengubah ajaran mazhabnya atau menghukum imam mazhabnya sebagai tersilap semata-mata dengan satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya. Ini kerana sesuatu mazhab itu tidak terbina di atas satu atau dua hadis tetapi himpunan ribuan buah hadis. Himpunan hadis-hadis ini pula difahami dan ditetapkan kandungan hukumnya berdasarkan kaedah-kaedah yang digariskan dalam ilmu usul fiqh.

Oleh itu perlaksanaan wasiat-wasiat di atas tertakluk kepada beberapa syarat sebagaimana yang diulas oleh al-Nawawi rahimahullah:

Perkataan (wasiat) al-Syafi‘e tersebut tidaklah bermaksud bahawa setiap seseorang yang menemui hadis yang sahih berhak berkata “Inilah ajaran Mazhab al-Syafi‘e” dan beramal dengan zahir hadis tersebut. Sesungguhnya yang berhak berkata sedemikian hanyalah seseorang yang memiliki darjat berijtihad dalam mazhab, baik yang telah sampai kepadanya atau yang menghampirinya.

Dan disyaratkan bagi orang tersebut dengan keyakinan yang mengatasi dugaan bahawa al-Syafi‘e rahimahullah tidak membicarakan hadis tersebut atau tidak mengetahui akan kebenarannya. Dan ini hanyalah dapat dilakukan setelah ditelaah semua kitab al-Syafi‘e dan juga kitab para sahabatnya (tokoh-tokoh al-Syafi‘eyyah) yang diiktiraf atau apa yang setaraf dengannya.

Syarat-syarat ini adalah sulit dan hanya segelintir kecil yang mampu mencapainya. Sesungguhnya sebab kami menyebut syarat-syarat ini hanyalah kerana al-Syafi‘e rahimahullah, berdasarkan penilaian dan ilmunya, seringkali meninggalkan pengamalan zahir sebuah hadis kerana di sisi beliau terdapat dalil lain yang melemahkannya atau yang membatalkannya (nasakh) atau yang mengkhususkannya atau kerana ditakwilkannya atau kerana beberapa sebab yang lain.[17]

Di atas adalah syarat-syarat yang perlu diperhatikan sebelum seseorang itu mengubah mazhab imamnya. Adapun atas tujuan selain itu, seseorang boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang mujtahid. Asalkan dia mampu mengkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh. al-Zarkasyi rahimahullah menulis:

Sesiapa yang (pada mulanya) bertaqlid[18] kepada sebahagian imam (mazhab) lalu kemudian darjatnya naik sedikit sehingga mampu memahami dan mengkaji dalil-dalil syari‘at , maka apabila dia menemui sebuah hadis yang dapat digunakan sebagai hujah dan hadis itu pula digunakan oleh sebahagian orang namun berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya, maka adakah dibolehkan dia berijtihad (dengan mengamalkan hadis tersebut dan meninggalkan pendapat imam mazhabnya) ?

Berkata Abu ‘Amr (Ibn al-Shalah): Dalam hal ini kami berpendapat, jika seseorang itu memiliki sarana untuk berijtihad secara mutlak atau (sekurang-kurangnya berijtihad) dalam sesebuah bab atau masalah tertentu, maka dibolehkan bagi dia beramal dengan hadis tersebut. (Juga dibolehkan) sekalipun jika dia tidak memiliki saranan untuk berijtihad secara sempurna dan wujud di hatinya keraguan terhadap hadis tersebut,[19] asalkan dia tidak mendapati hadis lain yang bertentangan dengan hadis yang ingin diamalkan itu. Jika terdapat seorang imam di luar mazhabnya yang beramal dengan hadis tersebut, maka dia boleh bermazhab kepadanya. Demikian merupakan alasan yang membolehkan dia meninggalkan pendapat imam mazhabnya (yang asal).[20]

Ibn Taimiyyah rahimahullah menguatkan lagi pendapat Ibn al-Shalah tentang tidak perlunya seseorang itu memiliki darjat mujtahid untuk beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya:

Boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang dite-muinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang muj-tahid. Asalkan dia mampu me-ngkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh.

Urusan ijtihad bukanlah suatu perkara yang tidak dapat menerima pemecahan dan pembahagian. Bahkan mungkin sahaja wujud seorang yang memiliki keahlian untuk berijtihad di dalam satu bidang ilmu atau bab atau permasalahan dan tidak di dalam bidang ilmu atau bab atau permasalahan yang lain. Oleh itu setiap seseorang boleh berijtihad mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Justeru sesiapa yang meneliti sesuatu permasalahan yang berselisih para ilmuan tentangnya lalu dia memperolehi beberapa nas (hujah) yang berada di luar nas-nas yang diperselisihan oleh kedua-dua pihak yang berbeza pendapat itu[21], maka bagi dia dua pilihan:

(Pertama), dia mengikut pendapat terakhir (terkuat dan termasyhur di dalam mazhabnya) dengan sebab ia adalah pendapat imam yang mazhabnya menjadi ikutan dia. Tindakan ini tidak memiliki hujah di dalam syari‘at[22] akan tetapi disebabkan kebiasaan yang ditentang oleh kebiasaan yang lain,[23] dia terikat kepada mengikut saja pendapat imam mazhabnya.

(Kedua), dia mengikut pendapat yang dikuatkannya berdasarkan penelitiannya terhadap nas-nas yang menjadi dalil ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, (hendaklah dipastikan bahawa) pendapatnya selari dengan pendapat salah seorang imam sekalipun ia berbeza dengan pendapat imam (yang menjadi ikutannya) dan nas-nas tersebut selamat daripada sebarang pertentangan dengan nas yang lain untuk diamalkan. (Jika dapat dipastikan dua hal ini) maka (beramal dengan pendapat yang dikuatkannya itu) merupakan satu tindakan yang salih (baik).[24]

Justeru orang yang belum mencapai darjat mujtahid sepenuhnya, apabila dia menemui hadis sahih yang pada zahir kelihatan berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa perkara yang penting:

Tidak boleh menggunakan hadis tersebut untuk mengubah ajaran mazhabnya.

Dia boleh mengamalkan hadis tersebut dengan syarat dia dapat memastikan tidak ada dalil yang menentangnya, sama ada dalam bentuk yang membatalkannya (nasikh & mansukh), mengkhususkannya (am & khas), membataskannya (mutlak & muqayyad) dan sebagainya.

Dengan hadis tersebut dia boleh meninggalkan pendapat mazhabnya dalam masalah yang berkaitan. Namun lebih afdal jika pengamalan hadis tersebut adalah selari dengan pendapat salah seorang imam atau tokoh ilmuan yang lain.

Dia juga boleh mengajar pengamalan hadis tersebut kepada orang ramai akan tetapi tidak boleh memaksa atau bertindak keras jika sebahagian mereka masih ingin mengikut pendapat mazhab masing-masing. Ini kerana orang ramai bebas memilih kepada siapa mereka hendak rujuk berdasarkan keyakinan masing-masing.

———————

Rujukan:

[1]Dari Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57. Riwayat-riwayat ini dan yang akan datang seterusnya dinukil drpd buku The Prophet’s Prayer Described oleh al-Albani.
[2]Riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3.
al-Imam Ibn ‘Asakir lahir pada 499H/1106M di bandar Damsyik. Seorang ahli sejarah dan ahli hadis yang terkemuka bagi Mazhab al-Syafi‘e pada kurun ke 5 hijrah. Beliau yang nama asalnya ialah Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hassan meninggal dunia pada 571H/1176M.
[3]Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.
[4]Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363.
[5]Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63.
al-Imam al-Nawawi ialah seorang imam mujtahid yang masyhur bagi Mazhab al-Syafi‘e. Beliau yang nama asalnya Abu Zakaria Yahya bin Syaraf lahir di Syria pada 631H/1233M. Antara karangan beliau ialah kitab fiqh Mazhab al-Syafi‘e berjudul al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan Syarh Shahih Muslim. Meninggal dunia pada 676H/1277M
[6]al-Risalah, para 423, sub-para 3.
[7]al-Risalah, para 426.
[8]Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.
[9]Dinukil drpd The Prophet’s Prayer Described, ms. viii.
[10]Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.
Ibn ‘Abd al-Barr, beliau ialah al-Imam Yusuf bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr, lahir di Qordova, Sepanyol pada tahun 368H/978M. Seorang ahli hadis yang ulung dalam dunia Islam dan ahli fiqh yang masyhur dalam Mazhab Maliki. Meninggal dunia pada tahun 463H/1071M.
[11]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 91.
[12]Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276.
al-Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al-Asy’ath al- Sijistan, lahir pada 202H/818M. Beliau sempat berguru kepada Ahmad bin Hanbal bersama al-Bukhari dan Muslim. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Abu Daud, mengandungi 4800 buah hadith dan sudahpun diterjemahkan. Selain itu beliau ada mengarang belasan buah kitab yang lain sebelum meninggal dunia pada 275H/889M di Basrah, Iraq.
[13]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 149.
[14]al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ialah seorang tokoh besar di dalam bidang hadis dan fiqh bagi Mazhab Hanbali. Beliau yang nama sebenarnya Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin Ahmad lahir pada 736H/1335M dan meninggal dunia pada 795H/1393M. Kata-katanya di atas dikutip oleh Salih al-Fulani (1218H/1804M) di dalam kitabnya Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil drpd The Prophet’s Prayer Described, ms. xv oleh al-Albani.
[15]al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 98.
[16]The Prophet’s Prayer Described, ms. viii.
[17]al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (ed: M. Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 136. Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menggariskan 20 sebab dan kaedah di mana sesuatu hadis itu boleh ditinggalkan pengamalannya. Lihat risalah beliau berjudul Rof’ul Malam ‘an A’immat al-A’lam (رفع الملام عن الأئمة الأعلام) (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut tp.thn.).
[18]Taqlid ialah mengikut pendapat seorang imam tanpa mengetahui alasan atau hujah di sebaliknya.
[19]Yakni keraguan kerana hadis tersebut berselisihan dengan pendapat imam mazhab yang diikutinya.
[20]Nukilan berpisah daripada al-Bahr al-Muhith (Dar al-Kitabiy, Beirut tp.thn.), jld. 8, ms. 343-344. al-Zarkasyi telah menukil beberapa pendapat, antaranya oleh al-Qarafi dan al-Nawawi yang meletakkan beberapa syarat ketat sebelum seseorang itu dapat mengubah mazhab seorang imam sesama-mata berdasarkan hadis sahih yang ditemuinya. Namun al-Zarkasyi juga menukil pendapat Ibn al-Shalah sepertimana di atas yang membolehkan orang perseorangan mengamalkan hadis sahih yang ditemuinya.

al-Zarkasyi, beliau ialah al-Imam Muhammad bin Bahadur bin ‘Abd Allah. Lahir di Kaherah pada tahun 745H/1344H, beliau merupakan seorang ahli usul fiqh yang ulung di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Meninggal dunia pada 794H/1392M.

al-Imam Ibn al-Shalah, beliau ialah ‘Utsman ibn ‘Abd al-Rahman Shalah al-Din, lahir di Sharkhan pada 577H/1181M. Beliau ialah seorang ahli hadis yang tersohor di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Kitabnya yang terkenal di dalam ilmu hadis, berjudul ‘Ulum al-Hadits menjadi rujukan semua 4 mazhab hingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia pada 643H/1245M.

[21]Yakni dia memperoleh dalil dan hujah yang dapat mengunggulkan satu pendapat di antara beberapa pendapat yang sedang diperselisihkan.
[22]Ini kerana kewajipan seseorang ialah mengikut dalil dan hujah yang diyakininya paling mendekati kebenaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam penjelasan seterusnya, Ibn Taimiyyah menerangkan bahawa sekalipun pilihan yang pertama ini tidak memiliki dasar yang dibenarkan oleh syari‘at, ia tetap dibolehkan kerana orang tersebut tidak memiliki kelayakan yang secukupnya untuk berijtihad sepenuhnya. Ibn Taimiyyah menggelarnya sebagai satu “penurunan”, iaitu pelonggaran syarat. Pilihan pertama ini tidak dibolehkan jika seseorang itu memiliki kemampuan untuk berijtihad sepenuhnya.
[23]Yakni sudah menjadi kebiasaan dia dituntut mengikut mazhab asalnya sahaja. Jika dia meninggalkan mazhabnya, dia akan dikritik oleh masyarakat yang sudah biasa mengkritik orang yang meninggalkan mazhab asalnya.
[24]Majmu’ al-Fatawa, jld. 20, ms. 212-213.

Isnin, 24 September 2012

9 Kesesatan Syi’ah Imamiyah Menurut Syaikh Al Qardhawi

DR Yusuf Al Qardhawi dalam Fatawa Mu'ashirah, menjelaskan 9 perbezaan tajam antara Ahlus Sunnah yang sederhana dengan Syiah Imamiyah Itsna Asy'ariah / 12 Imam. Berikut ini fatwa beliau:

1. Sikap Syiah terhadap Al Qur `an.

Sikap mereka terhadap Al Qur `an seperti yang telah saya jelaskan berulang-ulang kali bahawa mereka tetap percaya dengan Al Qur` an yang kita hafal. Mereka berkeyakinan bahawa Al Qur `an adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mushaf yang dicetak di Iran dengan mushaf yang dicetak di Mekah, Madinah dan Kaherah adalah sama. Al Qur `an ini dihafal oleh anak-anak Iran di sekolah-sekolah agama (madrasah / sekolah pondok) di sana. Para ulama Iran juga memetik dalil-dalil Al-Qur `an di dalam masalah pokok-pokok dan furu di dalam ajaran Syi'ah yang telah ditafsirkan oleh para ulama mereka di dalam kitab-kitabnya. Namun masih tetap ada di antara mereka yang berkata, "Sesungguhnya Al Qur` an ini tidak lengkap. Kerana ada beberapa Surah dan ayat yang dihilangkan dan akan dibawa oleh Al Mahdi pada saat dia muncul dari persembunyiannya. "

Mungkin saja sebahagian besar ulama mereka tidak mempercayai hal ini. Malangnya mereka tidak mengkafirkan orang yang telah mengatakan hal di atas. Inilah sikap yang sangat berbeza dengan sikap Ahlu Sunnah, iaitu barangsiapa yang meyakini telah berlaku penambahan dan pengurangan terhadap Al Qur `an, maka dengan tidak ragu lagi, kami akan cap dia sebagai orang kafir.

Padahal keyakinan seperti ini terdapat di dalam kitab-kitab rujukan mereka, seperti Al Kaafiy yang setanding dengan kitab Shahih Al Bukhari bagi Ahlu Sunnah. Kitab ini telah dicetak dan diterjemahkan lalu didistribusikan ke seluruh dunia tanpa ada penjelasan apa-apa di dalamnya. Ada pepatah di masyarakat, "Orang yang diam terhadap kebatilan, sama dengan orang yang memperkatakannya."

2. Sikap Syiah terhadap As Sunnah

Definisi As Sunnah menurut Ahlu Sunnah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam yang telah dimaksum oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Dia perintahkan umat Islam untuk mentaati beliau di samping taat kepada-Nya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, "Katakanlah," Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul (Muhammad) itu hanyalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajipan kamu hanyalah apa yang dibebankan kepadamu. Jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk, "(Surah An-Nur [24]: 54). "Dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat," (Surah An-Nur [24]: 56). "Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), "(Surah An-Nisa [04]: 59). "Katakanlah (Muhammad)," Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir, "(QS Ali Imran [03]: 32). "Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah. Dan sesiapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi penjaga mereka, "(Surah An-Nisa [04]: 80). "Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut keinginannya. Tidak lain (Al-Quran itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), "(Surah An-Najm [53]: 3-4) dan ayat-ayat yang lain.

Akan tetapi batasan As Sunnah menurut Syiah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dan para imam mereka yang maksum. Maksudnya, sunnah merangkumi bukan hanya sunnah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam melainkan juga sunnah kedua belas imam mereka. Imam mereka yang 12 orang tersebut wajib ditaati sebagaimana taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya yang dikuatkan dengan wahyu. Mereka telah menambah perintah Al Qur `an untuk taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya iaitu agar taat kepada makhluk yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri tidak memerintahkannya. Lebih dari itu, kita mengkritik Syiah kerana telah meriwayatkan sunnah dari orang-orang yang tidak tsiqah (dipercayai) kerana tidak memenuhi unsur keadilan dan kesempurnaan hafalan.

Oleh kerana itu, kitab-kitab rujukan Ahlu Sunnah tidak diterima oleh mereka. Mereka tidak mahu menerima kitab Shahih Bukhari, Muslim dan Kutub Sittah yang lain, tidak mahu menerima kitab Al Muwatha, Musnad Ahmad dan kitab-kitab yang lain.

3. Sikap Syiah terhadap Para Sahabat

Pandangan negatif mereka terhadap para sahabat merupakan pokok dan dasar ajaran Syiah. Sikap mereka itu adalah keturunan dari pokok ajaran mereka yang meyakini bahawa, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam telah berwasiat jika beliau wafat, maka Ali bin Abi Talib adalah pengganti beliau. Akan tetapi para sahabat menyembunyikan wasiat ini dan mereka merampas hak Ali ini secara zalim dan terang-terangan. Para sahabat telah berkhianat terhadap Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam yang menjadi wasilah mereka mendapatkan petunjuk dan mereka hidup di zaman beliau untuk menolongnya walaupun dengan nyawa dan segala yang mereka miliki.

Yang menghairankan, apakah mungkin para sahabat bersekongkol untuk melakukan hal ini, sementara Ali Radhiyallahu 'Anh-sang pemberani-hanya boleh diam sahaja tidak berani mengumumkan haknya ini. Justeru Ali malah ikut membaiat Abu Bakar, Umar dan kemudian Uthman. Ali tidak berkata kepada salah seorang dari mereka itu, "Sesungguhnya aku mempunyai wasiat dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam. Akan tetapi, mengapa kamu bersikap seolah-olah tidak tahu? Mengapa kamu hanya berbincang dengan enam orang sahaja dan kamu menyibukkan diri kamu sendiri? Siapakah orangnya yang harus memilih sedangkan umat Islam telah menetapkan hal ini dengan wasiat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam? "Mengapa Ali tidak mahu menjelaskan hal ini? Kemudian, jika memang Al Hasan bin Ali benar-benar telah tercatat sebagai khalifah selepas Ali kerana ada wasiat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam, tapi mengapa justru Al Hasan mengalah dan memberikan jawatan khalifah ini kepada Mu'awiyah? Mengapa Al Hasan melakukan hal ini, padahal ini merupakan perintah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Dan mengapa justeru Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam di dalam hadisnya (hadis ramalan Rasulullah Shalallahu' Alaihi Wa Sallam) memuji sikap Al Hasan ini?

Soalan ini tidak boleh dijawab sama sekali oleh mereka.

Inilah tuduhan palsu mereka terhadap para sahabat yang tidak terbukti. Keterangan mereka ini sangat bertentangan dengan keterangan yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebutkan di dalam beberapa Surah Al Qur `an. Seperti di akhir Surah Al Anfal, Surah At-Taubah, Surah Al Fath di pertengahan di akhirnya, Surah Al Hasyr dan Surah-Surah yang lain.

Demikian pula As Sunnah telah memuji para sahabat baik secara umum mahupun secara khusus. Juga zaman mereka itu dianggap sebagai sebaik-baik zaman setelah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Juga apa yang dicatat oleh sejarah tentang mereka. Mereka adalah orang-orang yang telah menghafal Al Qur `an dan dari mereka lah umat menukilnya. Mereka juga adalah orang-orang yang telah menukil As Sunnah dan menyampaikan apa yang mereka nukil dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan mahupun persetujuan beliau kepada umat ini.

Mereka juga adalah orang-orang yang telah melakukan futuh (pembebasan negeri lain dengan damai) dan membimbing umat ini menuju tauhid Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan risalah Islam. Mereka juga telah mempersembahkan kepada bangsa-bangsa yang dibebaskannya contoh-contoh teladan Qur'an yang dijadikan sebagai panduan.

4.Imamah Ali dan Keturunannya yang Berjumlah 12 Imam Adalah Pokok Ajaran Syiah. Barangsiapa yang menolak, maka Dia dicap kafir.

Di antara masalah akidah Syiah Imamiyah Itsna 'Asyariyah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah adalah, keyakinan Syi'ah bahawa kepimpinan Ali dan keturunannya dari garis Husein merupakan pokok-pokok keimanan, seperti beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, beriman kepada para malaikat -Nya, beriman kepada kitab-kitab-Nya, beriman kepada para rasul-Nya dan beriman kepada hari akhir. Tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala iman seorang muslim, jika dia tidak beriman bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Demikian juga halnya dengan 11 imam keturunan Ali bin Abi Talib. Sesiapa yang berani menolak hal ini atau doubt, maka dia adalah kafir yang akan kekal di neraka. Seperti inilah riwayat-riwayat yang terkandung di dalam Al Kaafiy dan kitab-kitab lain yang mengupas masalah akidah mereka.

Atas dasar inilah, sebahagian besar kaum Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah secara umum. Hal ini kerana akidah Ahlu Sunnah berbeza dengan akidah mereka (Syi'ah). Bahkan Ahlu Sunnah tidak mengiktiraf akidah seperti ini dan menganggap bahawa akidah ini adalah batil dan dusta atas nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya.

Bahkan Syi'ah juga mengkafirkan para sahabat yang tidak mengakui imamah Ali Radhiyallahu 'Anh. Mereka juga mengkafirkan tiga orang khulafa rasyidin sebelum Ali iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman dan para sahabat lain yang menyokong ketiga orang khalifah ini. Kita ketahui bahawa semua para sahabat telah meridhai tiga khulafa rasyidin, termasuk Ali bin Abi Talib yang pada ketika itu Ali lah orang terakhir membaiat Abu Bakar. Kemudian Ali berkata, "Sesungguhnya kami tidak mengingkari keutamaan dan kedudukan anda wahai Abu Bakar. Akan tetapi kami dalam hal ini mempunyai hak kerana kami adalah kerabat (keluarga) Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam. "Akan tetapi Ali tidak menyebutkan bahawa Dia mempunyai nash wasiat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya.

Sedangkan kami Ahlu Sunnah menganggap bahawa masalah imamah dan yang berkaitan dengannya termasuk ke dalam furu 'dan bukan termasuk pokok-pokok akidah Islam. Masalah ini lebih baik dikaji di dalam kitab-kitab fiqh dan muamalah dan bukan dikaji di dalam kitab-kitab akidah dan pokok-pokok agama. Walaupun dengan sangat terpaksa para ulama Ahlu Sunnah membicarakan masalah ini di dalam kitab-kitab akidah untuk membantah seluruh ajaran Syiah di dalam masalah ini.

Syaikh Muhammad 'Arfah, seorang anggota Lembaga Ulama Senior Al Azhar pada zamannya, telah menukil dari kitab-kitab akidah milik Syiah Imammiyah Itsna' Asyariyyah sebagai penguat apa yang kami ucapkan tentang mereka. Beliau berkata,

"Jika kita mahu mengkaji kitab-kitab akidah milik orang-orang Syiah, maka kita akan mendapati adanya kesesuaian atas riwayat-riwayat yang mereka sampaikan. Kita pun boleh langsung menukil ajaran mereka yang kita anggap sebagai ajaran yang sangat berbahaya iaitu masalah imamah, ajaran mengkafirkan para sahabat dan tiga orang khulafa rasyidin. Mereka terus mengkafirkan kaum muslimin sejak Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam wafat sampai hari ini. Hal ini disebabkan kaum muslimin tidak pernah mengakui imamah Ali dan 12 imam mereka. Hal ini seperti yang kami kutip dari penghulu ahli hadis Abi Ja'far Ash-Shaduq Muhammad bin Ali bin Husein bin Babawaih Al Qummi yang meninggal dunia pada tahun 381 Hijrah yang merupakan ahli hadis kedua dari tiga ahli hadis (Syiah) yang juga dia itu adalah pengarang kitab yang berjudul, "Man La Yahdhuruh Al Faqih", salah satu kitab dari empat kitab rujukan Syiah di dalam masalah pokok-pokok ajaran mereka. Dia berkata, "Kami berkeyakinan pada orang-orang yang menolak imamah Ali bin Abi Talib dan seluruh imam selepas beliau adalah seperti orang-orang yang menolak nubuwah (kenabian) para nabi. Kami juga berkeyakinan bahawa orang-orang yang mengakui imamah Ali dan menolak satu dari imam selepas Ali adalah seperti orang-orang yang mengakui / beriman kepada para nabi akan tetapi mereka menolak Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam. "Dia juga berkata di dalam" Risalat al I'tiqadat ", bahwasanya Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda," Sesiapa yang menolak imamah Ali selepas aku (Rasulullah Shalallahu' Alaihi Wa Sallam), ertinya dia telah menolak kenabianku dan barangsiapa yang menolak kenabianku, ertinya dia telah menolak rububiyah Allah Subhanahu wa Ta'ala. "

Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam telah bersabda, "Wahai Ali, sesungguhnya kelak setelah aku wafat, engkau itu akan dizalimi. Barangsiapa yang menzhalimimu, sama dengan dia telah menzalimi aku; sesiapa yang bersikap adil terhadapmu, sama dengan dia telah bersikap adil terhadap aku, dan sesiapa yang menentang, sama dengan menolak aku. "

Imam Shadiq AS berkata, "Orang yang menolak imam terkini kami, sama dengan menolak imam pertama kami."

Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, "Para imam selepas aku ini ada berjumlah dua belas orang. Imam yang pertama adalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS, dan imam yang terakhir adalah Al Mahdi. Mematuhi kehendak mereka sama dengan mentaati aku dan bermaksiat kepada mereka sama dengan bermaksiat kepada aku. Barangsiapa yang menolak salah seorang dari mereka, sama dengan menolak aku. "Imam Shadiq berkata," Sesiapa yang meragukan tentang kekufuran musuh-musuh kami dan sikap zalim mereka terhadap kami, maka dia dianggap telah kafir. "[1]

5. Dakwaan Wasiat dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam untuk Ali

Dakwaan adanya wasiat dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam untuk Ali menjadi khalifah selepas beliau meninggal dunia-seperti keyakinan syiah-sungguh telah merampas hak kaum Muslimin untuk memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Itulah wujud pengamalan terhadap perintah musyawarah yang telah dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai ciri khas kaum muslimin, "Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka," (QS Asy Syura [42]: 38).

Seolah-olah dengan adanya wasiat itu, umat Islam mundur selamanya, sehingga Allah Subhanahu Wa Ta'ala harus menentukan siapa orangnya yang berhak mengurus dan memimpin umat Islam. Juga diharuskan orang yang memimpin umat Islam ini datang dari rumah tertentu dan dari keturunan tertentu dari keluarga rumah ini. Padahal semua manusia adalah sama. Yang jelas bahawa yang berhak memimpin umat Islam adalah orang yang diterima (diredhai) oleh umat Islam dan dia mampu untuk memikul amanah ini dan menakhodai umat ini.

Saya yakin jika Negara Islam yang dipersepsikan oleh Ahlu Sunnah adalah bentuk Negara Islam ideal yang telah digambarkan oleh Al Qur `an dan As Sunnah yang sahih. Iaitu sangat sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat dunia pada saat ini bahawa rakyat berhak menentukan nasibnya sendiri, tidak menganut teori negara teokrasi atau sebuah sistem yang mana negara dikuasai oleh pemerintahan berasaskan agama (tertentu) atas nama Kerajaan Langit yang membelenggu leher masyarakat dan hati nurani mereka . Semua lapisan masyarakat tidak kuasa atas diri mereka sendiri kecuali harus mengatakan, "Kami mendengar dan kami taat!"

Keyakinan Syi'ah ini dibantah oleh takdir Allah, di mana Imam yang ke-12 mereka sedang bersembunyi, seperti yang mereka yakini. Akhirnya, umat manusia ditinggalkan tanpa imam maksum lebih dari 11 abad. Bagaimana mungkin Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membiarkan umat manusia tanpa imam yang akan membimbing mereka? Ternyata mereka (orang-orang Syiah) berkata, "Kami masih mempunyai Al Qur` an dan As Sunnahuntuk membimbing kami "ketahuilah, justeru kami (Ahli Sunnah) sejak dahulu sudah mengatakan hal ini.

6. Penguasaan Kumpulan Tertentu atas Seluruh Umat Manusia

Keyakinan orang-orang Syiah dibina atas dasar rasa penguasaan (merasa yang lebih) dari seluruh makhluk Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mereka merasa mempunyai kurnia yang sangat besar jika dilihat dari penciptaannya. Mereka ini berhak untuk mengatur orang lain walaupun mereka tidak memilihnya. Hal ini kerana telah menjadi keputusan langit.

Pemikiran seperti ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam secara umum. Hal ini disebabkan seluruh manusia adalah sama seperti deretan sisir. Hanya ada satu Tuhan bagi seluruh umat manusia dan mempunyai nenek moyang yang sama iaitu Adam 'Alaihis Salam. Mereka semua diciptakan dari bahan yang sama, iaitu sperma. Oleh kerana itu, tidak ada rasa superioriti seorang manusia atas manusia yang lain kecuali dengan taqwanya. Hal ini seperti yang telah dijelaskan di dalam Al Quran, "Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti, "(QS Al Hujurat [49]: 13).

Sesungguhnya manusia itu diutamakan atas yang lain hanya kerana amal perbuatan, dan bukan kerana faktor keturunan. Sebab siapa yang amalnya lambat, maka titisannya tidak akan mempercepatkan langkahnya meraih redha-Nya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, "Apabila sangkakala ditiup, maka tidak ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu (hari Kiamat), dan tidak (pula) mereka saling bertanya," (Surah Al Mu `minun [23]: 101). Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyebutkan bahawa yang akan menghukum umat manusia di hari Kiamat adalah Al Mizan yang tidak akan menzalimi seorang pun. Manusia lah yang memilih para pemimpin dalam rangka musyawarah. Manusia berbaiah kepada para pemimpin dengan syarat jangan melanggar batasan-batasan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan hak-hak manusia.

Hanya Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam saja satu-satunya orang yang dipilih oleh wahyu, "Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan-Nya," (Surah Al An'am [06]: 124). Selain beliau, hanya manusia biasa dan tidak dipilih oleh wahyu.

Kemudian kenyataan sejarah menunjukkan bahawa orang-orang yang mengaku berhak menduduki sebuah jabatan kerajaan atas dasar nas (Al Qur `an / As Sunnah), ternyata mereka itu tidak menduduki jawatan apa-apa. Justeru mereka hidup seperti manusia pada umumnya (rakyat biasa), mendapatkan persamaan di dalam undang-undang. Kecuali Ali bin Abi Talib yang dibaiat oleh kaum Muslimin menjadi khalifah. Kerana jika dilihat dari sisi keilmuan, beberapa imam 'maksum' keturunan Ali tidak dikenali sebagai orang yang unggul kecerdasannya dan layak menjadi imam. Namun ada sebahagian dari keturunan Ali termasuk ke dalam tokoh besar di bidang fiqh, seperti Muhammad Al Baqir dan Ja'far Ash-Shadiq seperti imam-imam fiqh yang lain.

7. Penyebaran Bid'ah di Kalangan Syiah

Di antara yang harus diperhatikan dari Syi'ah iaitu berlakunya penyebaran bid'ah yang mengandung kemusyrikan di kalangan para pengikut Syiah. Mereka menyembah kubur dan laman-laman web para imam dan syaikh mereka. Mereka berani bersujud ke kuburan, meminta pertolongan kepada ahli kubur dan berdoa meminta kebaikan untuk para peziarahnya dan supaya terbebas dari segala macam marabahaya. Menurut mereka bahawa para ahli kubur tersebut boleh mendatangkan manfaat dan bahaya, boleh membuat miskin dan kaya seseorang dan boleh membuat seseorang senang mahupun sengsara.

Saya (Syaikh Yusuf Al Qardhawi) pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana para penziarah kubur Imam Ridha bersujud sambil merangkak ke arah kuburan beliau dari jarak sepuluh meteran. Tentu hal ini boleh terjadi kerana kerelaan dan anjuran dari para ulama Syiah.

Hal ini berbeza dengan perilaku orang-orang awam Ahlu Sunnah pada saat mereka melakukan ziarah ke kuburan para wali dan Ahlul Bait yang kedapatan berkelakuan menyimpang dan bid'ah. Akan tetapi, perilaku ini ditolak keras oleh para ulama Ahlu Sunnah. Inilah perbezaan yang mendasar antara kami (para ulama Ahlu Sunnah) dengan mereka (para ulama Syiah). Iaitu para ulama Ahlu Sunnah mengecam perilaku mungkar yang dilakukan oleh orang-orang awam. Bahkan ada sebahagian para ulama Ahlu Sunnah yang mengkafirkan perilaku orang-orang awam ini. Akan tetapi perilaku mungkar dan syirik yang dilakukan oleh orang-orang awam Syiah adalah diredhai dan mendapat sokongan dari para ulama mereka.

8. Syi'ah Melakukan Distorsi Sejarah

Sesungguhnya Syi'ah telah memburuk-burukkan para sahabat, tabiin, dan para pengikut mereka. Juga mereka berani mengubah alur sejarah umat Islam sejak zaman yang paling baik (zaman Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dan para sahabatnya dan generasi selepas ini). Iaitu zaman terjadinyafutuh (pembebasan negeri dengan cara damai) dan kemenangan gilang gemilang serta berbondong-bondongnya umat manusia masuk Islam. Juga terbangunnya kebudayaan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan, iman dan akhlak juga umat Islam ini mempunyai sejarah yang sangat gemilang. Sekarang umat Islam cuba untuk bangkit kembali dengan cara berkaca kepada sejarahnya, menyambungkan masa sekarang dengan zaman dahulu. Menjadikan kemuliaan para pendahulu umat Islam sebagai figur untuk menggalakkan generasi muda kini untuk maju dan jaya.

Sedangkan sejarah orang-orang Syiah dipenuhi dengan kegelapan. Inilah yang mendorong saya untuk menulis sebuah buku berjudul, "Tarikhuna Al Muftara 'Alayhi"-Sejarah Kita yang diselewengkan-. Buku ini mengupas sejarah yang benar dan membantah semua tuduhan busuk orang-orang Syiah. Buku saya ini membuat orang-orang Syi'ah gerah. Kemudian salah seorang Syi'ah menulis sebuah buku membantah buku saya ini. Dia berkata, "Yusuf Al Qardhawi ini Wakil Allah Subhanahu Wa Ta'ala atau Wakil Bani Umayyah?" [2]

9. ajaran Taqiyyah

Di antara ajaran Syiah yang berkaitan dengan akhlak adalah menjadikan Taqiyyah sebagai dasar dan pokok ajaran di dalam berinteraksi dengan orang lain. Mereka selalu melakukan Taqiyyah, iaitu menampakkan sesuatu yang berbeza dengan yang ada di dalam hati. Mereka itu mempunyai dua wajah. Wajah yang pertama dihadapkan ke sekumpulan orang dan wajah yang lain dihadapkan ke kelompok yang satunya lagi. Mereka juga mempunyai dua lidah.

Mereka berdalih dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, "Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali kerana (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka, "(QS Ali Imran [03]: 28). Akan tetapi, dengan sangat jelas ayat menerangkan bahawa dibolehkannya Taqiyyah adalah pada saat kecemasan yang memaksa seorang muslim harus melakukan hal ini (Taqiyyah) kerana takut dibunuh atau ada bahaya besar yang mengancamnya. Keadaan seperti ini masuk ke dalam pengecualian, seperti firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, "Barangsiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman," (Surah An-Nahl [16]: 106).

Pengecualian ini tidak boleh dijadikan sebagai acuan di dalam bermuamalah. Hal ini (Taqiyyah) boleh dilakukan pada saat kecemasan, yang mana keadaan darurat boleh menghalalkan sesuatu yang terlarang. Akan tetapi tetap perlu dihitung secara cermat. Bagi orang lain yang tidak terpaksa, tidak boleh melakukan hal ini. Kerana sesuatu yang terjadi atas dasar pengecualian tidak boleh dikiaskan.

Akan tetapi Syiah Imamiyah menjadikan Taqiyyah ini sebagai asas di dalam muamalah mereka kerana para imam mereka membenarkan hal tersebut. Dari Ja'far As Shadiq bahawa dia telah berkata "Taqiyyah adalah agamaku dan agama leluhurku." Ibnu Taimiyyah berkata mengulas ucapan ini, "Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyucikan Ahlul Bait dari hal ini dan mereka tidak memerlukan Taqiyyah. Kerana mereka adalah orang-orang yang paling jujur dan paling beriman. Oleh kerana itu, agama mereka adalah Taqwa dan bukan Taqiyyah. "[3]

__________________________________

[1] Padahal semua ini adalah hadis-hadis palsu yang dibuat oleh mereka sendiri.

[2] Buku ini ditulis oleh seorang Syi'ah asal Mesir yang bernama Dr. Ahmad Rasim An Nafis.

[3] Lihat kitab Al Muntaqa min Minhajil I'tidal, karya Imam Adz Dzahabi hal. 68.

Ahad, 5 Ogos 2012

Penghinaan Pemimpin UMNO Terhadap Sunnah Berjanggut.

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?

Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa).

Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam.

Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu.

Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir". -(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

TGNA Luluskan 44 Lesen Arak: Menyangkal Fitnah Terhadap TGNA.






Berdasarkan tajuk akhbar itu para Facebookers & Bloggers UMNO rancak bermain dengan persepsi kononnya TGNA meluluskan 44 Lesen Arak.

Disini ada perincikan untuk Facebookers & Bloggers UMNO yang suka bermain dengan persepsi murahan:

1. TGNA mengaku bahawa arak masih dijual dikelantan.

2. 44 lesen arak untuk premis menjual arak memang wujud.

3. Lesen2 tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu BN.

4. Kelantan cuma mengizinkan lesen tersebut diperbaharui sahaja.

5. Walaupun begitu, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan keperluan non-muslim yang boleh meminum arak.. jadi kerajaan negeri tak nampak apa keperluan menyekat mereka daripada menikmati sesuatu yang mereka boleh nikmati berdasarkan Maqasid.

6. Namun dalam masa yang sama juga, terdapat beberapa peraturan dan larangan kepada peniaga2 tersebut agar mereka tidak menjual kepada orang2 muslim kelantan. Tindakan boleh diambil jika peraturan dilanggar.

Kesimpulannya tiada apa2 masalahnya dengan artikel berita tersebut. Arak hanya boleh dijual oleh non-muslim dan dinikmati non-muslim sahaja jadi apa masalahnya....

Yang menjadi masalah kepada kita ialah dasar UMNO dan penguatkuasaan badan2 dibawah Kerajaan Pusat....Arak boleh didapati dan amat mudah dibeli oleh orang Islam semudah membelinya di 7 eleven...

Kenapa perlu tuding jari kepada PAS Kelantan sedang badan2 penguatkuasa seperti Polis,Jabatan Agama dsbnya adalah dibawah kerajaan Pusat...

Syukurlah PAS Tidak Pernah Bina Kasino Dan Kilang Arak

Kilang+Arak.jpeg (400×361)




KUALA LUMPUR, 8 Dis: Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik untuk merestuinya.

“Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan pusat judi Genting dan kilang arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PAS hanya berjaya membina satu masjid sepanjang pemerintahannya di Kelantan.

“Bilangan masjid bukan matlamat kita tetapi memakmurkan masjid itulah yang menjadi objektif utama PAS, bahkan Rasulullah s.a.w meletakkan asas bahawa memakmurkan masjid sebagai perkara utama dan mencela masjid yang dibina bukan di atas dasar taqwa kepada Allah, sepertimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran tentang masjid dhirar yang dicela oleh Allah kerana dibina bukan kerana Allah.

Alhamdulillah, PAS tidak pernah bina satu kasino dan kilang arak pun.

“Siapa yang bina tempat tersebut di tanahair kita ini?” soalnya.

Beliau juga bertanya siapa yang merasmikan kilang arak di negara ini.

“Semua rakyat khususnya yang beragama Islam sangat tahu tentang hakikat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Rasulullah s.a.w melarang umat Islam daripada memperkecilkan sesuatu amalan yang maaruf , mungkin ianya nampak kecil pada mata kita tetapi ia sebenarnya memberikan timbangan yang sangat berat pada hari akhirat kelak.

Justeru, katanya Umno sepatutnya memuhasabah diri terhadap perkara maksiat yang telah dilakukan termasuk mengizinkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam untuk terus berlaku dalam negara ini.

“Kita harap umat Islam tidak terus memberi kepercayaan kepada Umno lagi dalam PRU 13 yang akan datang kerana kegawatan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya berpunca daripada sistem yang tidak berlandaskan Islam,” ujar beliau lagi.

Sumber:harakahdaily

Sekalung Tahniah Buat UMNO/BN Kerana Berjaya membawa Malaysia ke Rangking ke-10 Negara Konsumer Arak Yang Terbesar Di dunia.

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.

Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kata Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini.

Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.

Setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol.

Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.

"Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini?" soal beliau.

Beliau mengesa kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini.

Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan, cadang beliau.

DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan kelab malam.

Bagi beliau, arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.

Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini, katanya.

DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya.

Oleh itu, kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak, katanya.

Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.

"Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda," katanya.

Beliau juga berharap agar kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.

Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat, katanya.

DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak, tambah beliau.

Sumber:harakahdaily

Khamis, 28 Jun 2012

FITNAH TERHADAP TGNA- GAMBAR BERSANDING ALA BARAT

Lagi bongkar FITNAH penyokong Umno: Gambar kononnya Nik Aziz bersanding ala Barat..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVZ4dPxw_32TLTKjwpibY2Xv_v4M4BLzL974mbp5PubvBwddQvFRuc4-Hs747Jf3bogqL_ecUGfDZPnGPQ1x-uVt6hu1wJ7etnX_N5QUrkdUAZcNIRd3rvFdXKpuOEtV6aJEYC3ZGNIkOV/s400/nik+aziz+%25281%2529.jpg

Oleh: Pria Malaya

Penulis yakin ada yg sudah mengetahui (pembongkaran) fitnah ini, ada yang belum..kerana itu penulis postkan pada entry kali ini bagi mereka yang belum mengetahui, selain utk diabadikan dalam blog penulis (sbg rujukan akan datang)..

Gambar di atas bukanlah gambar Tok Guru Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah..gambar tersebut adalah gambar orang lain yg bernama Nik Aziz Kamil, seorang guru Kemas...ianya telah diedit dgn tujuan untuk memburuk2kan Tok Guru Nik Aziz..

Gambar asal adalah di bawah..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJ6ufMg3Y8Naw_52P5ROUbwc5pRLwj6TCuyvJEsJbj5mdlMthVsnFfiwsXapeV99EHBy_OPYP2uxeuClcwRz2LW9EYDJRQ19_xUzz0fEZVKJu7Ul51Cm28oRpZb18YuR8MhDwyFKkKYGXs/s400/nik_abdul_aziz_kamil.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpUeXvJAxKTBX1I6ke2leh5mbUkaZQVzhIQrMysUNngFAngSBFYXFKLJmCN0gBmP_18B576DsiBnR-gOhiXOUBN3U7ILkSPz_KMvHx3l1FGemA5Z3-3cgaM7TUotDN_2g_2oFQLdVuahyphenhyphenf/s400/Nik+aziz+sanding+ok.jpg


Boleh rujuk di sini, http://fhtechnology.biz/cubecart/index.php?act=viewProd&productId=19...

Begitulah sifat semulajadi (sebahagian) blogger dan facebooker Umno..gambar tersebut dilihat masih disebarkan oleh blogger dan fecebooker umno sehingga ke saat ini..kerana itu penulis menuntut fitnah ini dihentikan..

Jumaat, 25 Mei 2012

MCA & GERAKAN HINA ISLAM, UMNO PULA TOLAK HUDUD.

“Bukan hanya lelaki,tetapi dia (Normala calon Muslimah PAS) bersalam dengan wanita juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra”
“Saya harap pengundi Cina berhati2. Kita amat bimbang berhubung isu Negara Islam. Mereka mahu mengamalkan Negara islam yang ekstrim”-Ketua Wanita parti GERAKAN. Tan Lian Hoe

“What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”-Presiden MCA,Chua Soi Lek

“Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”-Presiden MCA, Chua Soi Lek.


Akbar MCA Hina Islam:
“Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.


UMNO diperkuda MCA:
“MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011
Keesokkan harinya pula pada 24 September Najib keluarkan kenyataan untuk menjaga hati MCA kenyataannya berbunyi “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

UMNO juga tolak Hudud:

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 : " Hukum hudud adalah ciptaan ahli feqah dan ia tidak terdapat di dalam Al Quran"

Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Rabu, 23 Mei 2012

Hukum pilihanraya -Dr.Yusuf Al-Qaradhawi

Jika kita memperhatikan sistem pilihanraya umum atau pemberian undi,maka kita akan melihat bahawa ternyata menurut Islam hal ini termasuk kesaksian kelayakan yang diberikan kepada calon.

Maka setiap pemilih mesti memenuhi syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh saksi,seperti mesti adil dan diredai perilakunya.
"Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kalian"
(Ath-Thalaq:2)
"dari saksi-saksi yang Kami redhai"
(Al-Baqarah:282)
Walaupun begitu,kata beliau syarat-syarat adil dan sifat-sifat lainnya boleh kita ringankan sesuai dengan keadaan semasa.Kesaksian ini beleh diberikan ummat dengan jumlah yang sebanyak-banyaknya
sesiapa yang memberikan kesaksian kepada calon yang tidak layak untuk dipilih,bererti dia telah melakukan dosa besar,kerana sama dengan memberikan kesaksian palsu.Bahkan Allah menyebutkan perbuatan ini setelah syirik kepada Allah.

"Oleh kerana itu jauhilah oleh kalian berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkatan-perkataan dusta"
(al-Haj:30)
Sesiapa yang memberikan kesaksian atau undi kepada calon kerana calon itu merupakan kerabatnya atau orang yang berasal dari satu daerah atau kerana untuk mendapatkan keuntungan peribadi ,bererti dia menyalahi firman Allah.
"Dan hendaklah kalian tegakkan keadilan itu kerana Allah"
(ath-Thalaq:2)

Sesiapa yang tidak menggunakan hak memilih(mengundi) sehingga calon yang mestinya layak dipilih menjadi kalah dan suara majoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak,bererti dia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia diperlukan untuk memberikan kesaksian.
"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan)apabila mereka di panggil" (Al-Baqarah:282)
"Dan janganlah kalian(para saksi)menyembunyikan persaksiannya,dan barangsiapa yang menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya"(Al-Baqarah:283)

Pertikan dari buku karangan profesor Dr.Yusuf Al-Qardawi "Fiqah Daulah"

Ahad, 20 Mei 2012

Soal Jawab Aqidah Tauhid : Allah Mencarut dan Samseng.

Soalan: Benarkah Allah itu mencarut dan samseng.Terdapat dalil yang mengatakan demikian menurut seorang ulama. Benarkah?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))



Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

(01) – Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang mencela, mengeji, memaki dan mengherdik mereka yang engkar akan ajaran Allah Ta’ala. Di antaranya :

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـذَا مِنْ عِندِ اللّهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُمْ مِّمَّا يَكْسِبُون

( Ertinya : Maka KECELAKAAN yang besarlah bagi mereka yang menulis Al-Kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, lalu mereka dakwa : “ Ini datangnya dari Allah “ , dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka KECELAKAAN yang besarlah bagi mereka, dengan apa yang telah ditulis oleh tangan-tangan mereka sendiri dan KECELAKAAN yang besarlah lagi bagi mereka, dengan sebab apa yang mereka kerjakan “. ) - Surah Al-Baqarah : Ayat 79

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Ertinya : ( “ BINASALAH kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan BINASA “ ) - Surah Al-Masad @ Al- Lahab : Ayat 1

Orang-orang yang mempelajari selok-belok bahasa Al-Quran mengenali kedua-dua ayat ini sebagai “ Aayatut Tawbikh “ ( Ayat-Ayat yang turunnya untuk mencela dan memaki).

(02) – Sebagaimana diketahui sifat-sifat Allah Ta’ala , diantaranya ialah Al-‘Aziz ( Maha Mulia ) , Al-‘Adzim ( Maha Besar ) , Al-Qahhar ( Maha Gagah Perkasa ) , Al-Jabbar ( Maha Kuat ) , Al-Mutakabbir ( Maha Angkuh ) , Al-Qawiy ( Maha Kuat ) dan sebagainya.

Sifat-Sifat ini sememangnya layak dan sesuai sangat dengan Allah Ta’ala sebagai TUHAN, kerana Dialah Yang Maha Besar Lagi Yang Maha Mulia. Manakala makhluk pula, tidak sepatutnya bersifat takabbur dan angkuh kerana itu bukanlah sifat makhluk.

(03) – Perkataan-perkataan seumpama “ mencarut “ dan “ samseng “…..Apakah yang anda maksudkannya ?, kerana “ mencarut “ dan “ samseng “ menurut loghat Pantai Timur, khasnya di Kelantan dan Terengganu BERBEZA ( LEBIH LUAS PENGERTIANNYA ) dengan “mencarut “ dan “samseng ‘ yang difahami oleh orang-orang pantai Barat ( YANG SEMPIT PENGERTIANNYA ) !!!. Bukankah lebih baik anda bertanya sendiri kepada orang yang menuturkannya supaya segala kesangsian anda dan teka-teki anda terjawab. Silalah menziarahi orang ‘alim yang anda maksudkan itu dengan dada yang lapang dan jangan jadi taksub dan fanatik kepada media-massa dan propaganda sebelah pihak sahaja !!! ( Apatah lagi kalau sebelah pihak ini sahaja yang menguasai media-massa arus perdana tanpa memberikan sedikit ruang kepada pihak yang tidak sehaluan dengannya , walaupun pihak ini juga dipilih oleh rakyat secara terhormat ) .

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sumber:http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2008/12/allah-mencarut-dan-samseng.html

Berikut adalah penjelasan Tuan Guru Abdul Hadi Awang:



sumber:http://www.youtube.com/watch?v=8Cz0hB_FDGU

UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM

Tun Mahathir:

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.

2. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 : " Hukum hudud adalah ciptaan ahli feqah dan ia tidak terdapat di dalam Al Quran"

3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”.

4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.

7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

9. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

16.Tun Mahathir Mohamad 2/5/92 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.

17. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

Tun Abdullah Badawi:

1. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

Najib Tun Abduk Razak:

1. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

2. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”


Lain-lain Pemimpin UMNO:

1. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

2. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.



UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : “Ajaran ulama’ inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan itu Dato’ Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

1. Tun Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : “Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.

2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : “Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”.

3. Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”

UCAPAN-UCAPAN LAIN BERUNSUR PLURALISME & SEKULARISME

1. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

2. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : "Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS".

Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 :
Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

SUMBER

Jumaat, 18 Mei 2012

Pemimpin Umno-BN sarat dengan skandal rasuah!

Sejak 50 tahun Umno-BN menerajui negara, parti nasionalis itu yang bergabung dengan MCA,MIC dan Gerakan serta beberapa parti kecil lain termasuk di Sabah dan Sarawak tidak sunyi dari terpalit dengan skandal rasuah.

Ramai pemimpinnya dituduh dan didakwa atas kesalahan rasuah, ada yang telah dikenakan tindakan, tidak kurang yang terlepas bebas meskipun wang negara 'punah' dikerjakannya.


Penulis sempat merekodkan beberapa jenis skandal dan dakwaan yang pernah dihadapkan kepada pemimpin Umno oleh pelbagai latar masyarakat untuk tatapan pembaca menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..

Berikut adalah senarai beberapa nama pemimpin dan jenis skandal
penyelewengan yang pernah dilakukan :

1) Skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr

Mohd Khir Toyo :

Tuduhan : Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia
dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Hukuman : Pada 23 Disember, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa serta-merta dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia


2) Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal Scorpene RM500 juta komisen

Dakwaan : -Transaksi pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.Ia juga dikatakan ada kaitan dengan
pembunuhan ngeri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

-Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN,
sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Hukuman : Tiada pendakwaan dalam kes ini.

3) Skandal PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.

Tuduhan : Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.

Hukuman : Masih dibicarakan


4) Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul

Taib Mahmud dan keluarga :

Dakwaan : Dakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion

-Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan USD80 juta

-Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

-Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu Cahaya Mata Sarawak.

-Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.

-Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada “orang yang tidak dikenali” pada tahun 2009.

Hukuman : Tiada pendakwaan.


5) Skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan Ketua Wanita

Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.

Dakwaan : Menggunakan dana melalui NFC membeli satu unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta dan di Singapura bernilai kira-kira RM10 juta.

-Untung RM600,000 melalui simpanan tetap (Fix Deposit)

-Pegangan saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC.

- Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

- Sebanyak RM827,579 diguna untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan NFC.

-Suaminya, Dr Mohammad Salleh pula dikaitkan dengan dakwaan rasuah pihak berkuasa melalui orang tengah, Dato' Shamsulbaharin.

Hukuman : Sedang dalam siasatan SPRM


6) Skandal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md

Taib :

Dakwaan : Pemilikan harta melampau. Tidak dapat dinafikan bahawa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.

-Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diisytihar Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam
kenyataan bersumpah beliau.

-Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.
-Muhammad Taib pernah ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.

7) Skandal penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di

Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom, menteri

yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Dakwaan : Bukti pertama pendedahan mengenai dokumen membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

- Bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Dato' Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150yang tercatat di dalam baucer tersebut.

Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah

Hukuman : Tiada pendakwaan.


8) - Skandal membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri

Kewangan II, Hasbie Satar (Tan Sri Mohammed Nor Yakcop) yang

kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setiausaha Politiknya, Hasbie Satar ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut
Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.


9) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji

Mohamad Bin Haji Hassan dikaitkan dakwaan mengirimkan wang

secara haram ke luar Negara membabitkan RM10 juta ke London

pada tahun 2008.

10) - Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan

tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah

wang dalam Pemilihan Umno.


Turut dituduh ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin namun Khairy hanya diberikan amaran sahaja.Sementara siasatan mengenai dakwaan Ali Rustam mengamalkan
politik wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun 2010 telah ditutup SPRM.


Paling besar, pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad banyak mencatatkan dakwaan kronisme dan rasuah.Berikut senarai yang sempat dicatatkan penulis :


Skandal-skandal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.

- RM1.8 billion di mana Mahathir sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan RM836juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB.

- Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti).

- Untuk menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27% ekuiti).

- Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir bangkrap kerana hutang lapuk tidak berbayar tokoh-tokoh korporat.

- Membeli Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce.

- Dipaksa membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar Petronas.
40% ekuiti Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19 bilion.

- Menteri Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Dato' Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar.

- Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah.

Perbuatan Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

- Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia (Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto, Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup), Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd, Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar
Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja, Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan, Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran - Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan Sri Tiong (MEC), Dato’ Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof) dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad: Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah
Holding)(Tongkah Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan ‘hospital support services’), Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan
Mukhriz (Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).

-Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.

- Tan Sri Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak
RM2.985 bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir.

- Daim Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World sepertimana laporan polis oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Julai 99.

-Anwar melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi, Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham.

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perakian@Blog

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)