Rabu, 20 Julai 2011

KECURIGAAN ITU MENGHIJAB HATIMU.



Contest Aku Berpuisi-KECURIGAAN ITU MENGHIJAB HATIMU.


KECURIGAAN ITU MENGHIJAB HATIMU.

Ketahuilah sesungguhnya ketika aku menyeru
ada Al-Quran di tangan kanan ku .
Ada As- Sunah di tangan kiri ku,
dan itulah seruan ku.

Namun jika seruan ku itu kalian anggap sebagai politik,
ketahuilah sesungguhnya dalam Islam itu ada politik.
Politik yang padanya terletak kebahagiaan dunia dan akhirat,
dan itulah politik ku.

Pimpinlah diri kalian dengan politik itu,
dan jangan pernah biarkan hatimu dihinggap curiga.
Curiga yang akan menghijab hatimu dari muatannya yang hakiki,
sehingga hatimu itu dibiarkan mati.

Kembalilah kalian kepada Islam,
kembalilah kepada ajaran-ajarannya
kembalilah kepada hukum-hukumnya.
niscaya kalian akan memperoleh kehormatan darinya.

Disuatu ketika nanti,
kalian pasti akan tahu tentang kebenaran khabarku ini.

Nukilan: Abi Hakim


Tag Sahabat Blogger.

http://briged-akhdor.blogspot.com/

http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/

http://tapahroadmali.blogspot.com/

Ahad, 17 Julai 2011

Tiada Ada Ashabiyah Dalam Islam

Islam tidak mengakui ashabiyah perkara berkaitan dengannya, dan mengharamkan kaum muslimin menghidup-hidupkan setiap perasaan atau apa saja yang mengajak kepada ashabiyah.
Rasulullah sendiri telah menyatakan, bahwa orang yang berbuat demikian tidak akan diakui sebagai ummatnya.
Sabda Nabi:

"Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada ashabiyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang karena ashabiyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati karena ashabiyah." (Riwayat Abu Daud)

Tidak ada keistimewaan khusus kerana warna kulit, kerana jenis dan kerana tanah air. Dan tidak halal seorang muslim merasa fanatik (ta'asshub) kerana warna kulitnya melebihi kulit orang lain, kerana golongannya melebihi golongan lain dan kerana daerahnya melebihi daerah orang lain.
Dan tidak halal pula seorang muslim membela golongannya kerana ta'asshub baik dalam kebenaran, kebatilan, keadilan dan kemaksiatan.

Wailah bin al-Asqa' pernah bertanya kepada Rasulullah: "Apakah yang disebut ashabiyah itu?" Maka jawab Nabi: "Yaitu kamu membela golonganmu pada kezaliman." (Riwayat Abu Daud)

Dan Allah telah juga berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan sebagai saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri-dirimu sendiri, atau terhadap kedua orang tua dan kerabatmu." (an-Nisa': 135) "Dan jangan sampai kerana kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil." (al-Maidah: 8)

Rasulullah menterjemahkan mafhum kalimat ini yang sudah sangat popular di kalangan orang jahiliah dan diertikan menurut lahiriahnya. Maka sabda beliau:

"Tolonglah saudaramu yang menganiaya ataupun yang dianiaya."

Setelah Rasulullah menyampaikan terjemahan ini kepada para sahabatnya yang sesudah lebih dahulu meresapkan iman ke dalam hati mereka, kerana apa yang diucapkan oleh Rasulullah itu ada maksud lain, maka para sahabatnya merasa hairan dan tercengang. Justru itu mereka kemudian bertanya:

"Ya Rasulullah! Kami boleh saja menolong saudara kami yang dizalimi, tetapi bagaimana kami harus menolong saudara kami yang berbuat zalim?" Maka jawab Nabi: "Yaitu kamu tahan dia dari berbuat zalim. Yang demikian itu bererti suatu pertolongan buat dia." (Riwayat Bukhari)

Dari sini kita dapat mengetahui, bahwa setiap anjuran di kalangan kaum muslimin kepada fanatik daerah seperti ajakan untuk fanatik chauvinisme, atau ajakan untuk fanatik kepada golongan perkauman seperti nasionalisme, adalah propaganda jahiliah yang sama sekali tidak diakui oleh Islam, oleh Rasulullah dan oleh al-Quran.
Islam sama sekali tidak mhau mengakui setiap ketaatan yang di luar kepercayaan Islam. Tidak juga mengakui setiap persaudaraan yang bukan ukhuwah Islamiah. Dan tidak pula mengakui setiap ciri yang membezakan manusia, selain ciri iman dan kafir. Oleh kerana itu setiap orang kafir yang menentang Islam adalah musuh orang Islam walaupun dia berjiran dan salah seorang dari anggota keluarga, bahkan walaupun dia itu saudara kandung sendiri. Sebab Allah telah berfirman:

"Kamu tidak dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir itu menaruh cinta kepada orang yang ingkar kepada Allah dan Rasulnya sekalipun mereka yang ingkar itu ayah-ayah mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau keluarga mereka." (al-Mujadalah: 22)

Dan firmanNya pula:

"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan ayah-ayah kamu dan saudara-saudara kamu sebagai kekasih (ketua), jika mereka itu lebih suka kufur daripada beriman." (at-Taubah: 23)

Jadi saudara dimanakah pendirian kita hari ini, adakah kita ini ashabiyah atau sebalik nya, saya pinjam kata-kata sahabat tepuk kepala tanya lah akal.

Sumber

Jumaat, 15 Julai 2011

Kata-Kata Hikmah Khulafa' Ur Rasyidin

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Sumber

Rabu, 13 Julai 2011

PAS Haramkan Perjudian Di Kelantan Selepas Perbincangan Dengan Semua Kaum Di Kelantan.



SHAH ALAM 4 APRIL : Pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan diputuskan setelah kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan semua kaum dinegeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan memandangkan kesemua mereka bersetuju bahawa aktiviti perjudian hanya akan membawa keburukan, barulah kerajaan negeri memutuskan untuk mengharamkan aktivi tersebut dinegeri itu.

Ia bukan sahaja memenuhi tuntutan semua agama yang menuntut penganutnya menjauhi perkara yang boleh melalaikan, bahkan juga menjamin kehidupan mereka.
"Dalam pertemuan itu semua kaum bersetuju perjudian sesuatu yang tidak digalakkan dalam agama dan berdasarkan itu kita telah mengharamkan perjudian ini," katanya.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, kerajaan Kelantan tidak akan mengkaji semula pengharaman itu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersoalkan pengharaman aktiviti tersebut dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah.

Soi Lek berkata tindakan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam.

"MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan kerajaan Kelantan di Kota Bharu semalam.

"Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," ujar Soi Lek.
Delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Gan Ping Siew dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong.

Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah.

Takiyuddin berkata beliau mengalu- alukan perbincangan sedemikian kerana ia membuka ruang kepada kerajaan Kelantan untuk menjelaskan isu perjudian yang menjadi dasar PAS sejak memerintah pada 1990 lagi.

"Kita mengalu-alukan pertemuan dan perbincangan seperti ini yang memberikan ruang kepada kita untuk memperjelaskan isu ini dengan lebih terperinci lagi," katanya.TVS

Selasa, 12 Julai 2011

10 Penipuan Besar Israel


Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.

Michel Collon

Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.


Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.

Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.

2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.

Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.

“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.

Shlomo Sand

“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.

“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.

“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.

3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.

Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.

Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.

4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.

“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.

Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.

Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.

“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.

Warga Palestin dihalau secara besar-besaran pada 1948

Perkampungan Palestin yang ditinggalkan

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.

Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.

“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.

“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.

Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.

“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.

6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.

Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.

“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.

AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.

7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.

“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.

Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.

Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.

Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.

Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.

“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.

“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.

Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.

10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.

Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.

“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.

Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.

“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perakian@Blog

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)