Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan penyokong UMNO yang menyebarkan propaganda dan fitnah kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.
Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.
Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.
Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [http://www.malaysiakini.com/news/153541]
Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.
Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak.
Oleh itu Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil pendekatan ‘Kalau kita tak boleh ambik semua, jangan di tinggalkan semua’
Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.
Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud.
Sebenarnya bukan Tun Mahathir sahaja pemimpin UMNO yang tidak mahu undang-undang Islam tertegak di Negara kita, umno telah melahirkan banyak pemimpin2 yang menolak hukum Islam termasuk PM kita sekarang yakni Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak . Beliau pernah mengeluarkan ucapan yang berbunyi "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang islam dilaksanakan." (kenyataan Dato' Sri Najib Tun Razak kepada wartawan ,20 April 1983)
Prof Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan :
“Diantara mereka yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah S.W.T dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah S.W.T,mereka enggan dan ingkar. Lebih dasyat daripada itu mereka bertindak melakukan keganasan keatas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
15 jam yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan