Baginda Rasul s.a.w bersabda :
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ
Maksudnya : “Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana sesungguhnya jika seorang daripada kamu menginfakkan emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama kedudukannya dengan sedekah para sahabatku sebanyak satu cupak dan tidak juga setengah daripadanya”. [al-Bukhari & Muslim].
Begitu juga Sabda Nabi s.a.w :
أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في الْجَنَةِ ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ.
Maksudnya : “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam Syurga, Usman dalam syurga, ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad bin Abi Waqqas dalam syurga, said bin Zaid dalam syurga, Abu Ubadidah al-Jarah dalam syurga”.
[ HR Ahmad, al-Tarmizi, al-Nasai dalam Kubra, dan Abu Daud dengan jalan daripada Said bin Zaid].
Sabda Nabi s.a.w kepada Muawiyah r.a :
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا , وَاهْدِ بِهِ
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah dia (yakni Muawiyah) sebagai yang memberi pembimbing kepada kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai penyebab hidayah”.
[ HRAhmad & al-Tarmizi].
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi S.A.W bersabda:
Daripada kalangan umatku: Abu Bakr adalah yang paling mengasihani umatku; Umar adalah yang paling kuat dalam agama ALLAH; Uthman adalah yang paling benar bersikap malu; Ubai bin Ka'ab adalah yang paling mengetahui cara membaca al-Quran; Zaid bin Thabit adalah yang paling mengetahui ilmu faraidh; Muaz bin Jabal adalah yang paling mengetahui perkara halal & haram. Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat orang jujur; manakala daripada kalangan umat ini Abu Ubaidah bin al- Jarrah adalah yang paling jujur..
[ HR al- Tirmizi]
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan