Dari Abu Hafs Umar bin Khattab, Rasulullah S.A.W bersabda :
Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang di niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka nilai hijrahnya seperti yang dia niatkan.(HR Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas muncul kerana satu sebab. Masa penghijrahan dari Mekah ke Madinah, para sahabat memberitahu kepada Nabi bahawa ada seorang lelaki yang berhijrah kerana ingin berkahwin dengan wanita yang bernama Ummu Qais. Secara luarannya, dia juga berhijrah sama seperti orang lain namun niatnya berhijrah adalah kerana seorang wanita. Oleh itu, dia digelar sebagai ' Muhajir Ummu Qais ' iaitu orang yang hijrahnya kerana Ummu Qais.
Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan