Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)
Menentang penguasa yang tidak baik.
Daripada ummu salamah r.a (isteri nabi )Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"kelak akan memerintah pembesar2 yang kebijaksanaanya ada yg kamu kenal baik dan ada yg tidak baik.maka sesiapa membenci yang tidak baik lepaslah dia dari dosa,bahkan sesiapa yg mengingkarinya (membantah)selamatlah dia tetapi siapa yang rela bahkan mengikuti yang tidak baik berdosalah dia.Bertanya sahabat bolehkah kita bunuh mereka ?jawab nabi tidak selama mereka masih melakukan solat.."
(1820 jilid 3 sahih muslim )
Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)"- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.
(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]
Rasulullah s.a.w. utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu.
Firman Allah dalam Surah an-Najm ayat 3-4:
Maksudnya : Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.
Nabi s.a.w, bersabda :
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
10 jam yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan