Muhd Shauki Abd Majid, iaitu pengurus penyelidikan YADIM ada menulis satu article yang bertajuk “kerajaan tidak menghalalkan judi dan arak”. (sila klik)
Dalam article tersebut, banyak perkara yang perlu diperjelaskan. Antaranya adalah seperti berikut;
[1]
Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).
KOMEN:
Kitab Al-Asybah Wa An-Nazair bukan karangan Imam As-Syafie, tetapi ia adalah karangan seorang ulama yang mengikut manhaj Imam As-Syafie, iaitu Imam Jalaluddin As-Sayuti.
[2]
DALAM Islam, larangan meminum arak adalah untuk memartabatkan kehidupan ummah. Larangan itu dilaksanakan secara bertahap. Peringkat pertama, meminum arak dilarang secara perbandingan dan berunsur sindiran, sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat yang diturunkan di Madinah. Ketika itu, sebuah masyarakat baru Islam sedang dalam proses pembinaan. Surah itu adalah surah al-Baqarah, ayat 219.
Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas .
Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakanbahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan
Berdasarkan urutan turunnya ayat-ayat itu, jelaslah bahawa Allah tidak membuat larangan secara sekali gus, tetapi berperingkat sesuai dengan tahap dan pembangunan ummah pada ketika itu. Lagi pun, di peringkat akhir, meminum arak pada ketika itu sudah bertukar menjadi satu kebiasaan, bahkan menjadi amalan dan lumrah.
KOMEN;
Pertama;
Pengharaman arak pada zaman nabi SAW secara tadarruj adalah kerana arab merupakan golongan yang terbiasa dengan arak. ekoran itu, Allah haramkannya secara beransur-ansur.
Adapun judi, ia bukan budaya umat Islam di Malaysia. bahkan, kewujudan judi merupakan sumber kewangan golongan kapitalis yang tidak pernah mengira halal dan haram.
Kedua;
Dalam beberapa agama, mereka melihat arak sebagai sesuatu yang diizinkan dalam agama mereka, disamping tidak menafikan ada agama yang memandang arak sebagai sesuatu yang diharamkan.
Apabila agama mereka membenarkan mereka meminum arak, maka sebagai sebuah kerajaan Islam, hak itu perlu diberikan kepada mereka.
Hal ini diakui oleh seorang ulama bermazhab Hanafi bernama Al-Kasani dengan katanya;
فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ
Maksudnya;
“Dalam negeri atau tempat yang bukan penempatan orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi[1]”
Haram atas kerajaan islam membenarkan penjualan arak berlaku di kawasan-kawasan penempatan orang islam. Jika ini berlaku juga, maka kerajaan islam telah melakukan kesilapan dalam mengurus negara. Hal ini telah ditegaskan oleh Al-Qurafi.
Adapun berkenaan dengan judi, maka hendaklah dipastikan, adakah ia adalah perkara yang berkaitan dengan kebudayaan agama mereka atau tidak. Jika terbukti bahawa ia adalah kebudayaan agama mereka, maka itu dibenarkan. Adapun jika ia bukan kebudayaan agama mereka, maka hendaklah ia diharamkan dalam kerajaan Islam, hatta kepada non muslim sekalipun.
Semua keizinan ini sebenarnya diasaskan kepada kebebasan beragama yang kerajan islam berikan kepada non muslim, yang mana ianya adalah berasaskan kepada dalil-dalil berikut;
Firman Allah;
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya;
”Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : 256)
Sehubungan itu juga, Umar bin Al-Khattab pernah menulis surat kepada Ahl Al-Quds yang mana isi suratnya adalah seperti berikut;
هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم
Maksudnya;
“Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu’minin kepada Ahl Iilya’ daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka[2]”
Memahami dari ulasan-ulasan ini, kerajaan islam tidak seharusnya melarang berlaku penjualan arak diantara non muslim. Namun, pihak kerajaan islam tidak dibenarkan memakan hasil dari penjualan arak yang berlaku sesama non muslim tersebut.
Ini disandarkan kepada hadis Nabi SAW;
لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ حُرِّمَتْ عَلَيْهِمْ الشُّحُومُ فَبَاعُوهَا وَأَكَلُوا أَثْمَانَهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيْءٍ حَرَّمَ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ
Maksudnya;
“Allah telah melaknat yahudi, kerana mereka mengharamkan lemak, lalu mereka menjualnya dan mereka makan hasilnya. Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu kaum dari memakan seseorang, maka Allah akan mengharamkan atas mereka hasil jualannya[3]”
Ekoran dari itu, hasil jualan arak (samada berbentuk lesen permis atau sebagainya), maka hendaklah digunakan untuk kepentingan non muslim juga. Ini disandarkan kepada kaedah “Al-Qiyas Al-Jali” yang mana, jika kerajaan islam boleh membenarkan orang non muslim minum arak, maka bersangat dibenarkan kepada non muslim makan hasil kerajaan yang bersumber dari bayaran permis arak.
Sumber:Al-Bakistani
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
6 jam yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan