Jumaat, 25 Mei 2012

MCA & GERAKAN HINA ISLAM, UMNO PULA TOLAK HUDUD.

“Bukan hanya lelaki,tetapi dia (Normala calon Muslimah PAS) bersalam dengan wanita juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra”
“Saya harap pengundi Cina berhati2. Kita amat bimbang berhubung isu Negara Islam. Mereka mahu mengamalkan Negara islam yang ekstrim”-Ketua Wanita parti GERAKAN. Tan Lian Hoe

“What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”-Presiden MCA,Chua Soi Lek

“Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”-Presiden MCA, Chua Soi Lek.


Akbar MCA Hina Islam:
“Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.


UMNO diperkuda MCA:
“MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011
Keesokkan harinya pula pada 24 September Najib keluarkan kenyataan untuk menjaga hati MCA kenyataannya berbunyi “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

UMNO juga tolak Hudud:

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 : " Hukum hudud adalah ciptaan ahli feqah dan ia tidak terdapat di dalam Al Quran"

Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Rabu, 23 Mei 2012

Hukum pilihanraya -Dr.Yusuf Al-Qaradhawi

Jika kita memperhatikan sistem pilihanraya umum atau pemberian undi,maka kita akan melihat bahawa ternyata menurut Islam hal ini termasuk kesaksian kelayakan yang diberikan kepada calon.

Maka setiap pemilih mesti memenuhi syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh saksi,seperti mesti adil dan diredai perilakunya.
"Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kalian"
(Ath-Thalaq:2)
"dari saksi-saksi yang Kami redhai"
(Al-Baqarah:282)
Walaupun begitu,kata beliau syarat-syarat adil dan sifat-sifat lainnya boleh kita ringankan sesuai dengan keadaan semasa.Kesaksian ini beleh diberikan ummat dengan jumlah yang sebanyak-banyaknya
sesiapa yang memberikan kesaksian kepada calon yang tidak layak untuk dipilih,bererti dia telah melakukan dosa besar,kerana sama dengan memberikan kesaksian palsu.Bahkan Allah menyebutkan perbuatan ini setelah syirik kepada Allah.

"Oleh kerana itu jauhilah oleh kalian berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkatan-perkataan dusta"
(al-Haj:30)
Sesiapa yang memberikan kesaksian atau undi kepada calon kerana calon itu merupakan kerabatnya atau orang yang berasal dari satu daerah atau kerana untuk mendapatkan keuntungan peribadi ,bererti dia menyalahi firman Allah.
"Dan hendaklah kalian tegakkan keadilan itu kerana Allah"
(ath-Thalaq:2)

Sesiapa yang tidak menggunakan hak memilih(mengundi) sehingga calon yang mestinya layak dipilih menjadi kalah dan suara majoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak,bererti dia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia diperlukan untuk memberikan kesaksian.
"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan)apabila mereka di panggil" (Al-Baqarah:282)
"Dan janganlah kalian(para saksi)menyembunyikan persaksiannya,dan barangsiapa yang menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya"(Al-Baqarah:283)

Pertikan dari buku karangan profesor Dr.Yusuf Al-Qardawi "Fiqah Daulah"

Ahad, 20 Mei 2012

Soal Jawab Aqidah Tauhid : Allah Mencarut dan Samseng.

Soalan: Benarkah Allah itu mencarut dan samseng.Terdapat dalil yang mengatakan demikian menurut seorang ulama. Benarkah?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))



Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

(01) – Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang mencela, mengeji, memaki dan mengherdik mereka yang engkar akan ajaran Allah Ta’ala. Di antaranya :

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـذَا مِنْ عِندِ اللّهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُمْ مِّمَّا يَكْسِبُون

( Ertinya : Maka KECELAKAAN yang besarlah bagi mereka yang menulis Al-Kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, lalu mereka dakwa : “ Ini datangnya dari Allah “ , dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka KECELAKAAN yang besarlah bagi mereka, dengan apa yang telah ditulis oleh tangan-tangan mereka sendiri dan KECELAKAAN yang besarlah lagi bagi mereka, dengan sebab apa yang mereka kerjakan “. ) - Surah Al-Baqarah : Ayat 79

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Ertinya : ( “ BINASALAH kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan BINASA “ ) - Surah Al-Masad @ Al- Lahab : Ayat 1

Orang-orang yang mempelajari selok-belok bahasa Al-Quran mengenali kedua-dua ayat ini sebagai “ Aayatut Tawbikh “ ( Ayat-Ayat yang turunnya untuk mencela dan memaki).

(02) – Sebagaimana diketahui sifat-sifat Allah Ta’ala , diantaranya ialah Al-‘Aziz ( Maha Mulia ) , Al-‘Adzim ( Maha Besar ) , Al-Qahhar ( Maha Gagah Perkasa ) , Al-Jabbar ( Maha Kuat ) , Al-Mutakabbir ( Maha Angkuh ) , Al-Qawiy ( Maha Kuat ) dan sebagainya.

Sifat-Sifat ini sememangnya layak dan sesuai sangat dengan Allah Ta’ala sebagai TUHAN, kerana Dialah Yang Maha Besar Lagi Yang Maha Mulia. Manakala makhluk pula, tidak sepatutnya bersifat takabbur dan angkuh kerana itu bukanlah sifat makhluk.

(03) – Perkataan-perkataan seumpama “ mencarut “ dan “ samseng “…..Apakah yang anda maksudkannya ?, kerana “ mencarut “ dan “ samseng “ menurut loghat Pantai Timur, khasnya di Kelantan dan Terengganu BERBEZA ( LEBIH LUAS PENGERTIANNYA ) dengan “mencarut “ dan “samseng ‘ yang difahami oleh orang-orang pantai Barat ( YANG SEMPIT PENGERTIANNYA ) !!!. Bukankah lebih baik anda bertanya sendiri kepada orang yang menuturkannya supaya segala kesangsian anda dan teka-teki anda terjawab. Silalah menziarahi orang ‘alim yang anda maksudkan itu dengan dada yang lapang dan jangan jadi taksub dan fanatik kepada media-massa dan propaganda sebelah pihak sahaja !!! ( Apatah lagi kalau sebelah pihak ini sahaja yang menguasai media-massa arus perdana tanpa memberikan sedikit ruang kepada pihak yang tidak sehaluan dengannya , walaupun pihak ini juga dipilih oleh rakyat secara terhormat ) .

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sumber:http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2008/12/allah-mencarut-dan-samseng.html

Berikut adalah penjelasan Tuan Guru Abdul Hadi Awang:



sumber:http://www.youtube.com/watch?v=8Cz0hB_FDGU

UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM

Tun Mahathir:

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.

2. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 : " Hukum hudud adalah ciptaan ahli feqah dan ia tidak terdapat di dalam Al Quran"

3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”.

4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.

7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

9. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

16.Tun Mahathir Mohamad 2/5/92 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.

17. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

Tun Abdullah Badawi:

1. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

Najib Tun Abduk Razak:

1. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

2. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”


Lain-lain Pemimpin UMNO:

1. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

2. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.



UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : “Ajaran ulama’ inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan itu Dato’ Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

1. Tun Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : “Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.

2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : “Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”.

3. Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”

UCAPAN-UCAPAN LAIN BERUNSUR PLURALISME & SEKULARISME

1. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

2. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : "Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS".

Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 :
Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

SUMBER

Jumaat, 18 Mei 2012

Pemimpin Umno-BN sarat dengan skandal rasuah!

Sejak 50 tahun Umno-BN menerajui negara, parti nasionalis itu yang bergabung dengan MCA,MIC dan Gerakan serta beberapa parti kecil lain termasuk di Sabah dan Sarawak tidak sunyi dari terpalit dengan skandal rasuah.

Ramai pemimpinnya dituduh dan didakwa atas kesalahan rasuah, ada yang telah dikenakan tindakan, tidak kurang yang terlepas bebas meskipun wang negara 'punah' dikerjakannya.


Penulis sempat merekodkan beberapa jenis skandal dan dakwaan yang pernah dihadapkan kepada pemimpin Umno oleh pelbagai latar masyarakat untuk tatapan pembaca menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..

Berikut adalah senarai beberapa nama pemimpin dan jenis skandal
penyelewengan yang pernah dilakukan :

1) Skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr

Mohd Khir Toyo :

Tuduhan : Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia
dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Hukuman : Pada 23 Disember, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa serta-merta dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia


2) Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal Scorpene RM500 juta komisen

Dakwaan : -Transaksi pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.Ia juga dikatakan ada kaitan dengan
pembunuhan ngeri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

-Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN,
sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Hukuman : Tiada pendakwaan dalam kes ini.

3) Skandal PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.

Tuduhan : Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.

Hukuman : Masih dibicarakan


4) Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul

Taib Mahmud dan keluarga :

Dakwaan : Dakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion

-Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan USD80 juta

-Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

-Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu Cahaya Mata Sarawak.

-Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.

-Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada “orang yang tidak dikenali” pada tahun 2009.

Hukuman : Tiada pendakwaan.


5) Skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan Ketua Wanita

Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.

Dakwaan : Menggunakan dana melalui NFC membeli satu unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta dan di Singapura bernilai kira-kira RM10 juta.

-Untung RM600,000 melalui simpanan tetap (Fix Deposit)

-Pegangan saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC.

- Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

- Sebanyak RM827,579 diguna untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan NFC.

-Suaminya, Dr Mohammad Salleh pula dikaitkan dengan dakwaan rasuah pihak berkuasa melalui orang tengah, Dato' Shamsulbaharin.

Hukuman : Sedang dalam siasatan SPRM


6) Skandal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md

Taib :

Dakwaan : Pemilikan harta melampau. Tidak dapat dinafikan bahawa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.

-Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diisytihar Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam
kenyataan bersumpah beliau.

-Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.
-Muhammad Taib pernah ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.

7) Skandal penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di

Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom, menteri

yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Dakwaan : Bukti pertama pendedahan mengenai dokumen membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

- Bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Dato' Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150yang tercatat di dalam baucer tersebut.

Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah

Hukuman : Tiada pendakwaan.


8) - Skandal membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri

Kewangan II, Hasbie Satar (Tan Sri Mohammed Nor Yakcop) yang

kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setiausaha Politiknya, Hasbie Satar ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut
Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.


9) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji

Mohamad Bin Haji Hassan dikaitkan dakwaan mengirimkan wang

secara haram ke luar Negara membabitkan RM10 juta ke London

pada tahun 2008.

10) - Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan

tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah

wang dalam Pemilihan Umno.


Turut dituduh ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin namun Khairy hanya diberikan amaran sahaja.Sementara siasatan mengenai dakwaan Ali Rustam mengamalkan
politik wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun 2010 telah ditutup SPRM.


Paling besar, pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad banyak mencatatkan dakwaan kronisme dan rasuah.Berikut senarai yang sempat dicatatkan penulis :


Skandal-skandal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.

- RM1.8 billion di mana Mahathir sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan RM836juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB.

- Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti).

- Untuk menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27% ekuiti).

- Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir bangkrap kerana hutang lapuk tidak berbayar tokoh-tokoh korporat.

- Membeli Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce.

- Dipaksa membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar Petronas.
40% ekuiti Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19 bilion.

- Menteri Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Dato' Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar.

- Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah.

Perbuatan Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

- Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia (Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto, Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup), Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd, Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar
Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja, Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan, Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran - Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan Sri Tiong (MEC), Dato’ Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof) dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad: Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah
Holding)(Tongkah Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan ‘hospital support services’), Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan
Mukhriz (Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).

-Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.

- Tan Sri Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak
RM2.985 bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir.

- Daim Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World sepertimana laporan polis oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Julai 99.

-Anwar melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi, Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham.

sumber

Selasa, 8 Mei 2012

HUDUD : JANGAN BUAT PASAL DENGAN ALLAH !!

Isu hudud dalam majlis wacara yang diadakan di Kelantan baru-baru ini menjadi sesuatu yang hangat. Hudud yang merupakan kewajipan yang Allah tuntut agar dilaksanakan telah dijadikan sebagai isu oleh menantu kepada cucu tok guru, iaitu Khairy jamaluddin.

Khairi Jamaluddin pada hari ini, mengeluarkan kenyataan tentang hudud menggambarkan beliau berusaha memecah belahkan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP dengan hukum Allah itu.

Sebagai orang yang beragama Islam, tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu merupakan tindakan yang bercanggah dengan Islam, bahkan ianya boleh merosakan aqidahnya sebagai muslim.

Hudud merupakan tuntutan Allah yang wajib dilaksanakan oleh semua orang islam yang berkuasa. Di negeri-negeri dalam Malaysia, perlaksanaan hudud “tidak dapat tidak” perlu kepada keizinan dari pihak kerajaan pusat. Ekoran itulah, Kelantan tidak berjaya melaksanakan hudud, ianya berpunca kekurangan syarat yang wajib dipenuhi, yang mana ianya tidak mendapat izin dari pihak kerajaan pusat yang memerintah. (antara syarat perlaksanaan hudud : As-Sultah)

Kewajipan melaksanakan hudud, sama dengan kewajipan menunaikan solat bagi setiap individu muslim. Kalau solat dipermain-mainkan boleh menyebabkan murtad, maka keadaan yang sama juga akan berlaku kepada mereka yang bermain-main dengan hudud.

Dalam hal ini, sebagai orang Islam, Khairi tidak seharusnya menjadikan hudud sebagai alat untuk merosakan kesatuan Pakatan Rakyat, tetapi hendaklah bersama-sama berusaha memahamkan non Muslim tentang kehebatan dan keadilan yang wujud dalam hukum hudud.

Jika ianya dijadikan sebagai alat memecah belahkan Pakatan Rakyat, tindakan itu menggambarakan bahawa dia mendustai ayat-ayat Allah, lalu bertakabbur dengannya. Tindakan sebegini sama sahaja dengan tindakan yang telah dilakukan oleh orang-orang yahudi pada zaman nabi SAW.

Lihatlah bagaimana kisah pemalingan kiblat dari Baitul Muqaddis ke Baitullah yang telah dijadikan isu oleh orang-orang yahudi, yang kemudiannya disokong oleh orang-orang munafiq pada Zaman baginda Nabi SAW.

Keadaan yang sama berlaku kepada Khairy yang menjadikan hudud sebagai isu, bukan satu kewajipan yang wajib dilaksanakan. Menyokong tindakan Khairi, maka mereka mendapat status yang sama didepan Allah SWT di akhirat nanti.

Dari artikle ini, pesanan yang ingin diberikan adalah firman Allah yang berbunyi;

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya;
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan bertakabbur diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”

(Surah Al-‘Araf : 36)

Juga firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan bertakabbur diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”

(Surah Al-‘Araf : 40)

Apa yang ingin diingatkan, dalam surah Al-‘Araf ayat 40, Allah menjelaskan bahawa “sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit” .

Mufassirun berbeza-beza tafsiran dalam menafsirkan tentang maksud “tidak dibuka pintu langit untuk mereka”.

Ada ulama sebut, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah. Ada ulama lain kata, amalannya akan tertolak. Dan yang paling menggerunkan adalah, ada ulama menafsirkan maksudnya bahawa apabila dia mati, rohnya tidak akan diterima oleh langit. (sila lihat ulasan ini dalam kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” karangan Imam Fakhr Ar-Razi)

Dengan demikian, apabila dia mati, tidak mustahil dia akan menjadi “hantu kubur”. Itupun, jika tidak tdak bertaubat kepada Allah. Dengan demikian, Kalau mahu jadi hantu kubur, rajin-rajinlah bermain-main dengan hukum Allah...

sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

HUDUD

Muqaddimah

Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

maksudnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."
Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada.
Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

maksudnya:
"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - siri kedua

Wajib Melaksanakan Hukum Hudud

Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam. [ Bahagian yang lain ialah Qisas dan Ta'zir. Insyaallah bahagian Qisas dan Ta'zir akan saya jelaskan di lain kesempatan.] Lantaran itu ia adalah sebahagian dari kesempurnaan Islam yang selayaknya dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati.

Inilah keistemewaan Islam sebagai agama yang syumul dan lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah soal perundangan. Ianya wajib dilaksana sebagaimana kita wajib menunaikan solat, puasa dan ibadah yang lain. Firman Allah dari surah an Nisa' ayat 105 menjelaskan kewajipan ini .

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"

Kewajipan melaksanakan hukum Hudud ini adalah berpaksi kepada prinsip perundangan Islam untuk memelihara :

a] Agama : melalui undang - undang murtad
b] Nyawa : melalui undang - undang qisas
c] Aqal : melalui undang - undang arak dan minuman yang memabukan
d] Keturunan : melalui undang - undang zina
e] Harta benda : melalui undang - undang curi dan rompak.

[ semua jenis undang - undang ini akan diperincikan kemudian ]

Hari ini ummat Islam berhadapan dengan peningkatan serius indeks kadar jenayah. Bermula dengan jenayah riddah [murtad], jenayah bunuh, jenayah zina, jenayah rompak samun dan sebagainya. Tiada siapa yang dapat nafikan betapa graf kadar semua jenis jenayah ini semakin meningkat dari masa ke semasa dan ia gagal ditangani oleh undang - undang yang dicipta oleh manusia. Persoalannya, kenapa tidak, kita melaksanakan undang - undang Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia ? sedang pastinya undang- undang Allah swt lebih berkesan untuk menyelesaikan masaalah manusia sebagai makhluk yang diciptaNya.

Ummat Islam dan pemimpinnya mesti mencari 1000 jalan untuk membolehkan syariat Islam ini didaulatkan di atas negara kita yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Bukan mencari 1000 alasan atau dalih untuk mengelak diri dari melaksanakan perintah Allah swt. Jika British Law boleh dilaksanakan sekian lama dalam negara kita sedang hampir tiada penduduk tetap negara kita berbangsa British, kenapa masih ada sebahagian dari kita yang begitu prejudis terhadap perlaksanaan hukum Islam [hudud] sementara majoriti penduduk negara kita ialah mislim. Hayati Firman Allah swt dari surah at Taubah ayat 63 :

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَن يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَٰلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيم

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar"
Hukum Hudud di dalam Al Quran dan As Sunnah

Sebelum saya belayar jauh untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran masyarakat mengenai hukum hudud, eloklah sementara saya masih di dermaga perbincangan terlebih dahulu saya paparkan bentuk dan jumlah hukum Hudud yang telah didraf, digazet dan dilaksanakan lebih 1400 tahun yang lalu melalui dokumen induknya Al Quranul Kareem dan As Sunnah an Nabawiyah.

Hukuman Hudud adalah suatu hukum yang tertakluk dengan 6 atau 7 jenis kesalahan dan jenayah. [ saya ringkaskan dari Kitab Mugni al Muhtaj karya Alimul Allamah Syeikh al Khatib asy Syarbaini rhm. dan Kitab Perlaksanaan Hukuman Hudud karya Sohibus Samahah Tuan Hj Said bin Hj Ibrahim mantan Mufti Negeri Sabah rhm. ]

a] Zina : iaitu persetubuhan tanpa nikah yang sah menurut syariat Islam dan hukumannya apabila sabit kes ialah sebat sebanyak 100 kali. Draf undang - undang mengenainya telah termaktub di dalam surah an Nuur ayat 2 :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."
b] Qazaf : Tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dalam masa yang sama gagal membawa 4 orang saksi lelaki yang adil. Hukumannya apabila sabit kes ialah sebat sebanyak 80 kali sebatan. Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat 4 :

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"
c] Syarbul Khamr : Minum arak atau minuman yang memabukkan. Samada ianya dalam jumlah yang sedikit ataupun banyak demikian juga mabuk ataupun tidak. Hukumannya apabila sabit kes ialah sebat tidak lebih dari 80 kali dan tidak kurang dari 40 kali. Hukuman ini berasaskan dalil dari hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah :

جلد رسول الله صلى الله عليه و سلم أربعين و أبو بكرٍ أربعين و عمرُ ثمانبن و كلٌّ سنَّةٌ و هذا أحبُّ إليَّ
رواه مسلم
maksudnya :
"Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebatan Saidina Abu Bakar rha telah menyebat sebanyak 40 kali sebatan dan Saidina Umar al Khattab rha telah menyebat sebanyak 80 kali sebatan. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw dan inilah yang lebih aku sukai."
d] Mencuri : Mengambil atau memindah secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat menghilangkan harta tersebut dari jagaan tuannya. Hukumannya apabila sabit kes ialah potong tangan pencuri tersebut. Nasnya di dalam surah al Maaidah ayat 38 :
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) sistem cegah dan kawah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
e] Murtad : Keluar dari agama Islam atau membatalkan aqidahnya dengan perbuatan, perkataan atau iktiqad [keyakinan]. Hukumannya apabila sabit kes dan ia enggan kembali kepada Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh syara' adalah bunuh. Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas rha.
من بدل دينه فاقتلوه.
رواه البخاري
"Sesiapa yang menukar / meninggalkan agamanya maka bunuhlah ia."
f] Hirabah : Merompak samada secara individu atau secara berkumpulan dengan senjata untuk tujuan merampas harta atau membunuh atau menakut - nakutkan atau mengugut dengan kekerasan. Hukumannya apabila sabit kes adalah seperti berikut :
€ : Hukuman mati : apabila perompak membunuh orang yang dirompak tanpa mengambil harta orang yang dirompaknya.
€ : Hukaman mati di kayu palang apabila perompak telah membunuh dan mengambil harta orang dirompaknya.
€ : Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri apabila perompak hanya mengambil harta orang yang dirompak tanpa membunuh dan mencederakan orang yang dirompaknya.
€: Hukuman buang negeri apabila perompak hanya menakut - nakut orang sahaja seumpama di kawasan laluan awam.
Bentuk hukuman ini telah dimuktamadkan oleh Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 33 - 34 :
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
"Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar."
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
g] Bughah : segolongan ummat Islam yang melawan dan menderhaka kepada pemerintah [ imam / ulil amri ] yang adil dan menjalankan hukum syariat Islam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al Quran dan Sunnah. Mereka tidak dianggap keluar dari ajaran Islam [ murtad ] tetapi mereka diperangi dengan kaedah dan syarat tertentu. Firman Allah swt di dalam surah al Hujurat ayat 9 :
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
Nota : Sebahagian ulama' tidak memasukkan hukum Bughah di dalam kategori hukuman Hudud kerana mempunyai perbahasan dan pendekatan hukum yang tersendiri serta tidak ditetapkan secara terperinci di dalam al Quran bentuk dan jumlah hukuman yang dikenakan ke atas bughah.
Ringkasan 6 jenis jenayah hukuman Hudud tambah satu dari jenayah bughah yang telah saya paparkan di atas adalah bersifat umum untuk memudahkan pembaca memahami terlebih dahulu skop jenayah yang disabitkan dibawah hukuman Hudud ini tanpa saya menafikan masih banyak ulasan tambahan, perbahasan dan khilaf berkait dengan kaedah penghukuman dan sebagainya.
Sebagai peringatan awal kepada pembaca, saya hanya membawa bentuk dan jumlah hukum Hudud yang telah dijelaskan oleh al Quran dan Sunnah. Di sana masih terdapat perbahasan penting oleh para alim ulama' bersumberkan dari nas tersebut yang perlu diketahui oleh kita iaitu bagaimana proses menyabitkan kes seperti pembuktian, pembicaraan, syarat sabit kes dan seumpamanya. Begitu juga kaedah perlaksanaan hukuman apabila ia telah disabitkan. Pendek kata, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami mengenai hukum Hudud ini.
Benarkah hukuman Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana masih ramai ummat Islam yang tidak memahami hukuman tersebut ?

Saya juga sarankan kepada semua pembaca bagi mendalami soal hukum Hudud ini dengan mengambil langkah pro aktif mempelajarinya secara langsung justeru ia adalah sebahagian dari ilmu Islam wajib dipelajari oleh ummat Islam. Zaman moden ini terlalu banyak kaedah dan kemudahan untuk mempelajari ilmu Islam ini. Terpulang kepada kesungguhan kita.

Masjid dan surau juga boleh mengambil langkah yang sama untuk membuka kelas pengajian berkait Perlaksanaan Hukuman Hudud secara bersiri menggantikan kuliah maghrib yang kadangkala hanya bersifat tazkirah biasa atau pengajian yang telah berulang kali dipelajari seperti bab bersuci, haid, nifas, solat dan haji tanpa saya menafikan pengajian itu juga penting untuk diulangkaji.

Saya tegas menasihati mereka yang tidak mengetahui dan mendalami pengetahuannya mengenai hukum Hudud ini agar tidak membuat ulasan dan kenyataan berasas fikiran sendiri apalagi menafsir hukum Hudud secara bukan - bukan dan jauh tersasar dari konteks hukum Hudud yang sebenar. Kelak ia akan memudaratkan diri kita sendiri apabila berdepan dengan kemurkaan Allah swt ekoran pandangan dan ulasan yang bertentangan dengan kehendakNya.

Jahil mengenai hukum Hudud tidak boleh menjadi hujjah bahawa hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan sebagaimana jahil mengenai solat tidak boleh menjadi hujjah solat tidak boleh ditunaikan. Ini kerana hukum Hudud samalah seperti kewajipan Islam yang lain justeru ianya telah dinaskan di dalam al Quran dan Sunnah sementara hukum Hudud juga telah digazet dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak hari pertama Baginda saw memerintah bumi Madinah al Munawwarah.

Malah perlaksanaan undang - undang negara hari ini yang merupakan fotostat dari undang - undang penjajah telah dilaksanakan dalam negara kita sejak mula negara merdeka tahun 1957 yang lalu, tanpa perlu pun menunggu rakyat memahami undang - undang tersebut. Bahkan mengikut kaedah perundangan, sesuatu undang - undang itu tidak terbatal hanya kerana pesalahnya tidak mengetahui undang - undang tersebut atau dalam erti kata lain, pesalah itu tidak mengetahui bahawa apa yang dilakukan itu adalah suatu kesalahan di sisi undang - undang sekalipun, ia tetap tertakluk kepada undang - undang tersebut.

Apatah lagi undang - undang Islam yang telah siap drafnya melalui al Quran dan Sunnah secara muktamad untuk diguna pakai sepanjang zaman, malah telah digazet dan dilaksana sejak mula Islam memerintah di bumi Madinah al Munawwarah lebih 1400 tahun yang lalu. Pula terlalu banyak kitab dan buku yang dikarang oleh para sarjana Islam bagi membantu ummat Islam memahami undang - undang Islam ini di sepanjang zaman. Kalau kita tidak mengetahuinya, maka ia bukan salah undang - undang tersebut tetapi kecuaian kita kerana gagal mempelajari dan memahami undang - undang tersebut.

Alasan kononnya ramai ummat Islam tidak memahami hukum Hudud maka ianya tidak sesuai dilaksanakan pada hari ini adalah helah bermadah yang cukup strategik untuk tidak melaksanakan perintah Allah swt. Ajaibnya, ramai ummat Islam tidak memahami undang - undang British yang diamalkan dalam negara kita hari ini, tetapi sesuai pula dilaksanakan ? seperkara lagi , masih adakah ummat Islam hari ini yang tidak tahu zina itu salah, mencuri itu salah, membunuh orang itu salah, minum arak itu salah ? atau ia adalah bertolak dari kedegilan untuk patuh pada perintah Allah swt ?
Bukan negara kita masyarakatnya majmuk ? melaksanakan hukuman hudud akan menjadikan negara kita huru - hara dan rakyat dalam keadaan ketakutan. Bolehkah hukuman tersebut dilaksanakan dalam dunia moden ini ?

Buat kesekian kalinya ingin saya tegaskan bahawa hukum Hudud ialah hukum Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam. Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam surah al Hujurat ayat 13 :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

Apabila Allah yang mencipta manusia dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, maka kenapa kita tidak pula boleh menerima hukum yang juga dicipta oleh Allah swt untuk mendisiplinkan kehidupan manusia [ makhluk yang diciptaNya ] di atas muka bumi. Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang selok belok kehidupan manusia secara zahir dan batinnya jika tidak penciptanya sendiri iaitu Allah Jalla wa A'la. Pertanyaan Allah swt sehingga hari ini, tiada siapa yang mampu menjawabnya, apa lagi menandinginya sebagaimana yang termaktub di dalam surah al Baqarah ayat 138 :
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat"."

Analogi yang boleh saya ketengahkan di sini ialah seperti Syarikat Proton yang mencipta dan mengeluarkan kereta berjenama Inspira. Tentunya Syarikat Proton akan mengeluarkan buku manual operasi yang akan disertakan bersama dengan produknya. Pengguna mesti menggunakan Inspira berasaskan buku manual yang telah dikeluarkan oleh syarikat pengeluar justeru syarikat itulah yang lebih mengetahui bagaimana cara dan kaedah menjaga dan mengguna produk mereka dengan baik dan meminimakan kadar kerosakkan. Pengguna Inspira tidak boleh menggunakan buku manual yang dikeluarkan oleh syarikat Mitsubishi untuk produk mereka yang berjenama Pajero 4x4.

Begitulah manusia yang merupakan produk ciptaan Allah swt. Allah swt telah mengeluarkan buku manual iaitu al Quranul Kareem yang disertakan dengan hasil produknya demi memastikan kehidupan manusia di dunia ini terurus berdasarkan manhaj Rabbani atau dengan bahasa yang lebih mudah agar cara dan gaya hidup manusia dipandu oleh petunjuk Allah swt lalu menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa godaan nafsu dan bisikan syaithan yang dilaknat oleh Allah swt.

Setelah kita yakin bahawa hukum Hudud ini dari Allah swt., bagaimana masih tersangkar prasangka bahawa hukum ini akan mencetuskan huru - hara ? berlaku huru - hara bukan kerana perlaksanaan hukum Allah swt ini, tetapi kerana manusia menolak hukum tersebut. Mudah difahami apabila kita melihat realiti masyarakat kita hari ini. Huru - hara yang dimaksudkan telah pun berlaku sedang hukum Allah belum dilaksanakan dalam negara kita .

Ayah rogol anak, cucu perkosa nenek, anak menengking ibu yang sedang solat, gengster [ along ] berleluasa, jenayah bunuh berlaku setiap hari, penderaan terhadap kanak - kanak, buang bayi, isteri derhaka kepada suami, suami menyeksa isteri, pemimpin menzalimi rakyat, yang kaya menindas yang miskin, yang lemah tidak terbela, pergaulan bebas, pelacuran, pengedaran dadah dan 1001 mungkar bersarang dalam negara kita. Bukankah ini huru - hara yang berlaku tanpa kawal. Kenapa salahkan hukum Hudud sedang hukum itu belum dilaksanakan lagi ?

Orang beriman tentunya yakin bahawa hukum Allah inilah yang akan mengembalikan semula keamanan dan keadilan. Justeru hukum Allah swt tidak semata - mata berorientasikan hukuman semata - mata tetapi juga merupakan sistem cegah dan kawal dari Allah swt. Perkara ini telah diserlahkan melalui firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 38 :
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu sistem cegah kawal dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Tiada siapa yang perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah. Hukum Hudud adalah undang - undang Jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah sabit kes. Justeru itu, tiada siapa yang perlu rasa takut terhadap hukuman Hudud kerana hukuman tersebut sekali - kali tidak akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bersalah atau dalam erti kata lain, tidak melakukan perbuatan jenayah seperti bunuh, mencuri, zina, menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak. "Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.

Non muslim juga tidak perlu takut terhadap perlaksanaan hukum Hudud justeru Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas ummat Islam sahaja sementara non muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima pakai hukum Allah , maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini. Keputusan memberi hak memilih kepada non muslim ini adalah dari ketetapan Allah swt yang tidak boleh persoal oleh manusia. Firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 42 :
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ
فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Melalui perbahasan ayat ini di dalam kitab Tafseer al Baghawi menjelaskan pandangan para mufassirin seperti an Nakhaei, asy Sya'bi, Atha' dan Qatadah rhm mengatakan bahawa hakim diberi hak memilih samaada pesalah non muslim dari kalangan ahlul zimmah dijatuhkan hukuman melalui hukum Hudud ataupun dirujuk kepada hukum yang disediakan oleh agama mereka.

Sementara sebahagian ulama' seperti Mujahid dan Ikrimah rhm menganggap ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat و ان حكم بينهم بما انزل الله lalu mereka menegaskan bahawa ahlul zimmah tertakluk jua kepada hukum Allah swt ini.
Hudud adalah Adil dan Menyelamatkan

Hukum hudud sangat dibimbangi oleh non muslim kerana perlaksanaannya dianggap kejam serta ketinggalan zaman. Apakah benar tanggapan tersebut ?
Islam adalah agama wahyu yang diutus oleh Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tuhan yang mencipta manusia, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi malah seluruh alam ini. Realiti ini sangat difahami dan diterima oleh non muslim. Firman Allah swt :
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
Surah Al Ankabut : 61
Oleh kerana Islam adalah agama yang datang dari Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijak, maka ia adalah agama yang membawa sinar keadilan buat ummat manusia melalui syariat atau peraturannya serta menyelesaikan masaalah ummat manusia dengan penuh kebijaksanaan yang akhirnya membawa ummat manusia menjadi ummat yang sejahtera, tenang, selamat, aman dan bahagia bersama agama ini. Firman Allah swt :

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Surah An Nuur : 55
Selain janji Allah bahawa syariatnya adalah adil dan membawa kebaikan kepada ummat manusia, semua dari kalangan kita samaada muslim atau non muslim dapat menyaksikan sendiri bagaimana hukum Allah swt ini benar - benar adil melalui kaedah dan hikmah perlaksanaannya. Namun ianya mestilah dilihat dan diteliti dengan jujur tanpa sebarang sceptical terhadap hukum Allah swt [ hudud] Tuhan yang Maha Mencipta ini.
Hudud adalah suatu hukum yang mengandungi 2 elemen utama iaitu balasan setimpal ke atas penjenayah dan sistem tegah kawal dari Allah swt. Ertinya hukum hudud adalah hukum yang hanya dijatuhkan atau dikenakan ke atas penjenayah yang telah sabit kes agar segala perbuatannya dibalas setimpal dan menimbulkan kesedaran atau keinsafan pada dirinya agar tidak lagi mengulangi perbuatan jenayah tersebut dan ia juga menjadi sistem yang menegah pihak lain dari melakukan jenayah sepertinya.
Perlaksanaan hukum hudud ini tidak perlu ditakuti atau dibimbangi lagi jika inilah prinsip dan kaedah perlaksanaannya. Bahkan semua pihak samaada muslim atau non muslim akan mendapat faedah yang baik dan positif dari perlaksanaannya. Antara yang boleh saya nyatakan sebagai contoh positifnya kesan perlaksanaan hukum hudud ialah :
a) Hudud tidak menjejaskan FDI negara kerana apa saja bentuk sistem perundangan di mana-mana Negara, sekiranya undang-undang yg dilaksanakan itu memelihara hak, mencegah penganiayaan dan menghindar jenayah, maka pelabur akan lebih yakin justeru negara tersebut terhindar dari korupsi dan penindasan. [Hudud merupakan suatu undang-undang pencegahan dan mendidik.]

b) Hudud tidak akan menjejaskan pelancongan sekiranya pelancong datang bercuti untuk mencari ketenangan, melawat untuk menikmati keindahan alam serta sopan santun penduduknya dan shopping untuk mendapatkan barang keperluan mereka dengan harga yang berpatutan. Kecuali pelancong itu datang untuk melakukan maksiat dan mungkar yang boleh merosakkan dirinya dan menularkan budaya keji itu dalam negara kita. Negara kita tidak perlu pelancung maksiat sebagaimana kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Thailand (pusat percutian seks) atau Macau (pusat percutian judi).
c) Hudud membenarkan kemaafan dan menggalakkan reconciliation serta mencari sebab mengapa kesalahan dilakukan. Kes bunuh umpamanya, saudara yang kena bunuh boleh memaafkan pembunuhnya. Pencuri yang mencuri kerana sebab darurat seperti lapar yang amat, maka ia tidak akan dipotong tangan. Sebaliknya menurut ajaran Islam, kerajaan mesti menyalurkan wang zakat kepadanya atau menyediakan peluang pekerjaan kepadanya.
d) Perlaksanaan hukuman hudud memerlukan penelitian dan saksi yang cukup dan ia dilaksanakan dengan berhati hati dengan berpaksi kepada prinsip keadilan dan ketelusan.
e) Hudud juga adalah undang - undang yang sangat berpotensi mencegah jenayah dan mungkar. Malah ia menyelamatkan masyarakat dari terjebak dalah pengaruh jenayah dan budaya mungkar yang merosakkan tamadun atau peradaban manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, hudud mampu melahirkan negara yang aman, masyarakat yang sejahtera dan keluarga yang bahagia kerana mereka bebas dari ancaman jenayah, mungkar dan maksiat. Bahkan non muslim turut menikmati suasana ini.
Bayangkan apabila tiada lagi mabuk - mabuk, kesempitan wang akibat kalah judi dan jenayah seksual, maka rakyat akan selamat dan terasa aman serta bahagia. Justeru sebahagian besar jenayah yang berlaku hari ini adalah akibat mabuk, kalah judi dan kegagalan mengawal syahwat. Dari sinilah berlakunya rompak, samun, culik, rogol, bunuh dan sebagainya.
Hukum hudud tidak di sebut di dalam al-Quran? Statement “Hukum hudud tidak disebut di dalam al-Quran” adalah tidak benar sama sekali. Jika dilihat kepada kalimah “Hudud”, ia disebut oleh al-Quran dalam 9 ayat.

Walaupun penggunaan kalimah “Hudud’ di dalam al-Quran itu tidak merujuk secara khusus kepada hukuman-hukuman bagi kesalahan Hudud dalam Undang-Undang Jenayah Islam, tetapi pengertian amnya merangkumi hukuman-hukuman tersebut.
Pengertian kalimah “Hudud” dalam al-Quran berlegar antara makna “Batasan-batasan Syariat Allah” atau “Aturan-aturan hukum Allah”.[1] Tiada siapa dapat menafikan bahawa hukuman-hukuman yang termaktub di dalam al-Quran (dan juga as-Sunnah) bagi kesalahan zina, qazaf, mencuri, murtad dan sebagainya adalah merupakan “Aturan-aturan hukum Allah” dan perbuatan zina, qazaf, mencuri dan sebagainya (yang ditegah dalam undang-undang jenayah Hudud) merupakan “Batasan-batasan larangan dalam Syariat Allah”.
Kerana itu tidak salah apabila para Fuqahak memakai istilah “Hudud” bagi hukuman-hukuman tersebut. Apatah lagi penggunaan istilah tersebut menepati penggunaan dalam hadis Nabi s.a.w. sendiri antaranya sabda baginda s.a.w.;
حَدُّ يُعْمَلُ فِي الأَرْضِ خَيْرٌ لِأَهْلِ الأَرْضِ مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا أَرْبَعِيْنَ صَبَاْحًا
“Satu hukum hudud yang dilaksanakan di atas muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada mereka
disimbahi hujan selama empat puluh pagi”
(Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, no. 3689)‏.
Jika dilihat kepada hukuman hudud pula, lagi-lagilah tidak benar jika didakwa hukuman-hukuman hudud tidak disebut di dalam al-Quran. Dakwaan ini menggambarkan kejahilan si pendakwa. Menurut Fuqahak; Kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Jenayah Hudud ada 7 iaitu;
Zina
Minum Arak
Qazaf (menuduh orang beriman melakukan zina)
Mencuri
Hirabah atau merompak
Murtad
Bughah (derhaka atau keluar memerangi pemerintah yang adil)
Dari 7 kesalahan di atas, empat darinya dinyatakan hukumannya oleh al-Quran, iaitu;
1. Zina (ayat 2, surah an-Nur)
2. Qazaf (ayat 4, surah an-Nur)
3. Mencuri (ayat 38, surah al-Maidah)
4. Hirabah (ayat 33-34, surah al-Maidah)
Adapun selebihnya, dinyatakan hukumannya oleh hadis-hadis Nabi. Al-Quran dan al-Hadis (atau as-Sunnah) kedua-duanya merupakan rujukan muktamad kaum muslimin. Wajib ke atas setiap individu menerima ketetapan dan hukuman yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang soheh. Ini sebagai beramal dengan perintah Allah;
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
“Maka jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat”
(Surah an-Nisa’, ayat 59).
Membangkitkan pertikaian “Hukum Hudud tidak disebut di dalam al-Quran” seolah-olah hanya hukum al-Quran sahaja yang wajib dipatuhi, sedang hukum dari Hadis boleh ditolak ketepi. Sesungguhnya jika ada orang Islam beriktikad sedemikian, ia tidak lain merupakan golongan anti hadis dan mereka telah difatwakan sesat oleh semua Institusi Fatwa di seluruh dunia Islam.
[1] Ada 9 ayat al-Quran menyebutkan kalimah “Hudud”, iaitu;
1. Surah al-Baqarah, ayat 187 (disebut 1 kali, beri makna; batas-batas larangan Allah).
2. Surah al-Baqarah, ayat 229 (disebut 3 kali, beri makna; aturan-aturan hukum Allah).
3. Surah al-Baqarah, ayat 230 (disebut 1 kali, beri makna; aturan-aturan hukum Allah).
4. Surah an-Nisa’, ayat 13 (Disebut 1 kali, memberi makna; batas-batas Syariat Allah).
5. Surah an-Nisa’, ayat 14 (Disebut 1 kali, memberi makna; batas-batas Syariat Allah).
6. Surah at-Taubah, ayat 97 (disebut 1 kali, beri makna; batas-batas hukum Allah).
7. Surah at-Taubah, ayat 111-112 (Disebut 1 kali, beri makna; batas-batas hukum Allah).
8. Surah al-Mujadilah, ayat 4 (Disebut 1 kali, memberi makna; batas-batas hukum Allah).
9. Surah at-Talaq, ayat 1 (Disebut 1 kali, memberi makna; aturan-aturan hukum Allah).

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ijtihad TGNA Di Kelantan.

Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri kepada kerajaan Kelantan pada 14 Ogos 1994; “Kita (kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

Maka kerajaan Kelantan mengambil pendekatan yang tidak gopoh dan berhati-hati kerana memikirkan Dr Mahathir boleh membuat apa sahaja kepada Kelantan, kerana sikap beliau yang memang terkenal sebagai orang tidak pernah me ngaku kalah sehingga hari ini.

Ijtihad politik yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tepat. Maka dengan pendekatan siasah syariyyah yang dilakukan di Kelantan untuk menunjukkan Islam secara praktikal, akhirnya Islam dapat dijelmakan secara praktikal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Selama ini Islam hanya ditulis dan dibaca di dalam kitab sahaja, ia hanya menjadi bahan tamadun dan kehebatannya sahaja.

Maka PAS cuba untuk menonjolkan Islam secara praktikal kepada masyarikat dan berhasrat menjadikan Kelantan sebagai makmal Islam.

Nampaknya telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang pada pandangan masyarakat.
Banyak program yang lahir daripada makmal Kelantan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan tanpa riba, cuti bersalin daripada 40 hari kepada 60 hari, cuti dua hari seminggu, rumah tiga bilik, pajak gadai Islam, dan mempelopori penggunaan dinar emas.

Malahan skim perbankan tanpa faedah di semua bank di Malaysia apabila Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan wang kerajaan negeri di keluarkan daripada bank riba kepada bank Islam. Akhirnya mendorong bank-bank konvensional mengadakan kaunter tanpa riba.

Kesemuanya telah ditiru oleh kerajaan Pusat, walaupun pada peringkat awal mereka mencaci usaha yang dilakukan oleh Kelantan.

Pesanan Al-Qaradhawi Tentang Perlaksanaan HUDUD.

Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:

“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perakian@Blog

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)